Cari pasangan - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Thursday, October 13, 2022

Cari pasangan


Terjumpa ni di Facebook. 
Agak susah sebenarnya nak jumpa cari -ciri lelaki yang lengkap seperti yang disebutkan oleh gadis ni. 
Tapi , mujur lah dia kata kalau boleh...
maknanya, kalau tak boleh, takpe la kut.

Nak cari yang tak smoke ramai, sebab kebanyakan mereka dah beralih menjadi vapers.
Ramai juga lelaki keliling MY yang tak merokok atau vaping.
Tapi setakat ni,
Mereka yang merokok tu,
Pemalas tolong bini.
Terlampau pembersih,
kuat memerintah.
Penggeli.
Memang tak la nak suruh diorang buang sampah,
Cebok bontot anak, 
sikit sikit ... " Bu... bu... bu. "
memerintah bini aje retinya. 
Harap-harap adik ni tak dapat laki pembersih tapi pemalas ya.

Tinggi minima 180 cm.
Dik, kita ni kat Malaysia dik.
Tinggi maksima dah 180cm tu ...hahaha...
Suami MY tinggi 152 cm.
MY pula 163 cm.. 
Tapi alhamdulillah ...
Murah je rezeki kami sekeluarga.
Tinggi dan rendah bukan ukuran kebahagian.

Kerja stable...ini memang syarat utama memilih pasangan.
Bagi MY memilih lelaki yang ada pekerjaan tu untuk dijadikan pasangan tu penting.
Tapi, MY cakap je..
Masa MY kenal suami, dia takde kerja pun.
Kami sama sama pergi CC update resume,
Daftar jobstreet, apply kerja kat jobstreet,
Minyak pergi interview pun tolong tong tong.
Ini kalau dah kaya dia lupa bini dia...
Memang MY santau je bagi susah balik.

Solat tu tiang agama...secara automatik,
Tiang kepada kehidupan berkeluarga yang bahagia adalah keluarga yang bersolat.
Boleh ngam tu susah sikit dik...
Cukuplah sekadar hormat orang tua.


Nak nafkah 5k sebulan..
Ya ampun...ni dah level bendahari ni... eh bidadari...
Mana la nak jumpa lelaki bujang yang muda dan berkerjaya mampu bagi nafkah 5000 dik... 
Kalau dapat lelaki kaya pun belum tentu dia nak bagi nafkah rm5000 bila mana rumah, makan, minum, kereta, bil bil semua dia dah bayarkan. 
Berdasarkan pengalaman,
Suami ni dia tak kisah untuk belikan isteri apa apa,
Apa sahaja pun dia boleh belikan...
Nak senang work from home, dibelikan MY laptop,
MY nak henpon yang senang nak tulis blog, dibelikan Samsung Galaxy Tab S7, lepas tu belikan Samsung Fold.
Nak beli tudung Ariani untuk mak MY, dia tinggal bayarkan aje...
Tapi kalau mintak RM5k sebulan... tak dapat la kot... hahaha...
Tapi tu suami MY...
Suami orang lain..entahla...
Masa MY masih bekerja dulu,
Nak beli apa apa kami bincang dulu.
Jarang la nak mandai mandai membeli. 
Bukan sebab takut suami atau takut bini..
Tapi sebab hormat menghormati.

Wahh..panjang lebar MY mengulas...
Hahahaha....
Semoga semua orang di dunia mendapat jodoh yang baik baik dan bahagia di dunia dan akhirat.



4 comments:

  1. ha ha ha..bukan main wish list dia kan...

    ReplyDelete
  2. amboii dasyat tu dik oiii😁 Allah dah tetapkan jodoh dari blm lahir lg
    kena belajar byk ni
    betul kan Yan , tinggi tu bkn blh tentu bahagia ke tak?
    x blh jamin kebahgian syarat2 dia tu

    ReplyDelete
  3. Kena kahwin dengan orang next level lah gitu. Semoga dia dapat jodoh yang terbaik dan membahagiakan.

    ReplyDelete
  4. Yang lain-lain tu mungkinlah boleh nak dapat tapi bila sampai tang nafkah RM5k tu terus geleng kepala..

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad