Causeway Cafe St. Giles Hotel Southkey - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Tuesday, November 22, 2022

Causeway Cafe St. Giles Hotel Southkey

 Kelmarin Mama Yan dan suami bawa anak ke ke Weekend High Tea Buffet di Causeway Cafe, St. Giles Hotel, Southekey Johor Bahru.
Saja lah kan.. Sebab hari Ahad tu cuti,
Kalau tak, memang tak merasa nak berjalan hari Ahad,
Kat Johor kan Hari Ahad hari kerja.
Awas..!
Entry ini bakal menyajikan banyak gambar sehingga pembaca boleh kemurungan.
Tapi kualiti gambar kurang memuaskan pulak.
Kena banyak berlatih lagi untuk ambil gambar makanan.
Ni macam macam saiz gambar ada..melintang, menegak, koner baring, 
besar kecik, square semua ada..hahaha

Ni meja recept Causeway Cafe.
MY ni jarang jarang pergi buffet sebab anak masih kecil kecil.
Kelam kabut jadinya.
Sekarang anak dah besar sikit.
Alhamdulillah la..
Boleh la bergerak sikit.
Nak makan makan kat luar pun dah senang sikit,
Tinggal nak jaga adik Mijan sorang je.
Yang lain dah pandai cedok lauk sendiri..hahaha...

Alahai gelap pula gambar dari Insta360 X2 ni.
Luas selesa ya nak catwalk sambil tatang pinggan.
Tak payah elak elak meja kerusi orang.

Ni meja kami kelmarin. 
Alhamdulillah dapat meja yang tak berapa jauh dari meja buffet.
Anak anak pun kejap hilang dari meja..
Kejap kejap hilang dari meja.
Dah tu takde la gambar kami sekeluarga di meja makan sebab asyik tak cukup korum je.
Anak anak asyik mengulang ambil makanan aje.

Merasa la meja ada nama MY kann...
Sebab MY yang call untuk reservation.

Saja ambil gambar panjang panjang gitu,
Nak tunjuk pemandangan belakang sekali.

Gembira budak kecil ni sekali sekala makan kat luar.

Cakk...
siapa boleh teka siapa gadis kecil molek sebelah Mama Yan ni?

ambil nasi ayam, tapi nak nasi dengan ayam dengan telur rebus.
Taknak sup, taknak sambal, ulam ulam semua taknak.

Anak sulung MY ni memang hantu dessert.
Kerja dia ambil dessert je.
Tak makan nasi pun.
Ko jangan lah ikut mama sangat bang...adoila...

Ni anak MY yang nombor 3,
Nasi ayam sepinggan penuh tu habis,

Lepas tu ambil aiskrim pulak

Kalau kat rumah sampai kecut lisut buah buah dalam peti ais,
Kat hotel boleh pulak masing masing mengokak epal.

Susahnya nak dapat gambar yang elok sikit dengan suami MY ni

comel tak kami 4 dara ni?
4 dara duduk di tepi sungai...ha masokk...

Kakak kawasan sedang meronda ronda cari habuan perut.

Jalan jalan lagi...
Tengok makanan..
Ambil gambar..
Siapa suruh datang lambat.
Orang dah ramai,
Susah nak ambil gambar.

Ni satu satunya anak perempuan MY,
MY temankan untuk ambil makanan sebab dia rendah..
Susah nak cedok sendiri.

Chocolate Butter Pudding with Strawberry Sauce.
Subhanallah.. yang ni memang sedap sangat sangat.
Tak tipu tau..
Rasa nak tambah lagi, Rasa menyesal letak sikit,
Nak bangun tambah sebenarnya,
Tapi suami pulak hulur sepiring udang.
Tak jadi bangun nambah.
Hummh.. takkan nak repeat demi sepiring puding. 

Macam ni lah makanan utama anak anak...
Ni main dish diorang,
Tapi dia punya side dish...
adoi..
Kalah ayahnya makan.

Nasi ayam ni Hainanese chicken rice..
dia ada roasted chicken, roasted duck, adalah sayur dan sos sos yang disediakan.
Tapi anak taknak semua tu.

Ada coffee machine.
Moq mula mula sampai dah buat kopi sendiri.
2 cawan kopi kot dia minum..
Mula mula tak reti lagi guna mesin,
terlebih susu kata dia,
Kali kedua tu dia kata perfect.
Sayang takde lak gambar dia mengerjakan mesin kopi tu.

Nasi ayam dia ni memang sedap ye.
Ayahhnya letak nasi sampai penuh pinggan anak,
habis.

Roasted duck.

Yang sebelah kiri Pasta Aglio-olio.
Sedap sangat. Sebab MY ambil yang ni.
Sebelah pastu tu,
Nut Breaded Chicken Finger namanya.
Ada kuah pencicah Orange Sweet Saucenya sekali

Yang ni pun sedap,
Soft Shell Crab with Spicy Chilli Coriander Dip. 
Patutnya masa MY ambil tu,
Kena tuang kuahnya sekali atas pinggan.
Barulah boleh buat orang jeles.
Ehh..niattt.. tak harum betul!

Firecracker Sausages namanya.

Ada bahagian Snacks..
Suami MY sampai sampai terus ambil Cucur ikan bilis, samosa, popia semua tu.
Tekak orang Jawa kan..
Sebelum makan yang berat...
Nak makan cemilan dulu

Ni ruangan Composed Salad dan gathered garden green,
Macam macam jenis salad ada.

ada Kerabu ayam berkerisik, ada spicy Young Mango Salad, dan macam macam lagi.

Buttermilk Chicken...

Mee Goreng Mamak pun ada.

Ada ruangan seafood on ice,
Entah berapa ekor Tiger Prawn ni masuk perut MY.
Ada pelbagai jenis sauce juga yang disediakan.
Pilih je nak apa.

Ni apa ya nama villagenya... kupang kann?
Sebab kat sini namanya New Zealand Black Mussel.

Braised Mixed Vegetable with Garlic Oyster Sauce.

Beef beriyani



Ni meja dessert.
ada lagi kat sebelah nu,
video huduh pulak.
Ada New York Cheese Cake, Creme caramel, California Carrot Walnut, Fruit Tartlet, Mini Opera Cake, Mango Mouse dan banyaklah lagi.
Rambang mata anak MY yang nombor syatu tu.

Swiss roll

Yang ni pun swiss roll jugak

Hazelnut Cream Puff

Classic Black Forest

Vegetarian wrap & roll..
sedap pulak. Tapi ambil satu aje. Buat raso raso.
Nanti buat sendiri la..

Rojak buah in the house...
Ada buah jambu, timun, buah epal, mangga muda, dan Sos rojak petisnya sekali.
Ambil bahan bahan,
letak dalam besin besi kecik tu,
letak sos,  pastu,
kacau kacau..
yummyy...
lazai bergizai

Ni area Live Noodle Corner.
Ada asam laksa dan ada lagi satu jenis laksa...
Kuah dia fresh panas panas ok.
Tapi MY tak ambil pun...
Banyak layan anak je...

ABC Corner.
boleh buat ABC sendiri ya.. dalam mangkuk tu semua ABC tu punya condiments.
ada pearl jellies, Cincau, kacang kacang, agar agar lepas tu bagitau nak letak apa lagi..
nak letak syendols, susu, sirap atau apa apa lah...


Ni chef di Causeway Cafe ni ya...
Chef Zaman namanya...

Anak anak pun seronok sungguh.
First time dapat jumpa clown katanya.

Happy sungguh adik Mijan dapat belon dari clown.
letih clown layan anak MY...
bergilir gilir anak MY.
Memang terbaik la Causeway cafe,  St. Giles ni,
Mesra anak anak.
Oh ya...
Kat sini kanak kanak dia kira dari usia 6 hingga 12 tahun ya.
MY dah tersilap terbayar untuk Mijan sekali.
Mijan baru 5 tahun padahal.
Kebanyakan tempat mula dari 5 tahun,
Tapi di Causeway Cafe ni,
Mula dari 6 tahun tau..
Korang jangan tersilap macam MY.
Rugi wooo...
Dah jadi baja baru nampak umur kanak kanak 6 hingga 12 tahun.
Tapi takpelah, halal kiralah. 

Yang teringin nak berweekend Hi Tea buffet di Causeway Cafe, Sy. Giles, Midvalley Southkey ni.,
Boleh Call atau whatsapp 
+6016 662 9321
atau 
email : fnb.skjb@stgiles-hotels.com

Setiap hari Sabtu dan Ahad sahaja,
12 pm hingga 4 pm.

Alamat:
Causeway Cafe,
Level 6,
St. Giles Hotel,
Mid Valley Southkey 1, Persiaran Southkey 1, Kota Southkey, 80150 Johor Bahru, Johor Darul Takzim.

Kena masuk lobby hotel dulu di level G,
Lepas tu, baru naik lif di lobby hotel ke Level 6.. 









4 comments:

  1. Wah boleh bawa Both Muzzammil pi Hi Tea kat sini...

    ReplyDelete
  2. cepat-cepat scroll sebab tak tahan tengok semua menu yang ada heheheh. Sangat menggoda mata dan anak tekak

    ReplyDelete
  3. sronok tu dpt hi tea kt hotel...lapar plak tgk menu2 pelbagai tu

    ReplyDelete
  4. Puas hati betul tengok menu-menu dia.. semua nampak best dan sedap..

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad