Daging Masak Kicap - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Thursday, October 20, 2022

Daging Masak Kicap


Dah lari Tune blog My ni nampaknya. 
Asyik ke luar cerita masak-masak aje.
Nak buat macam mana,
Dah kita tak kerja sekarang.
Dulu ada juga cerita pasal kerja.
Pasal tutorial mengira batu, pasir, jalan, besi.
Sekarang, sukat ayam, daging, ikan, sayur je.

Kalau tak cerita masak -masak, cerita anak
Begitulah kehidupan suri rumah ya.
Nak join review-review pun tak dapat sebab banyak yang buat weekdays kan.
Mama Yan ni pulak, 
tukang hantar dan jemput anak sekolah.
Jadi memang takde la cerita sangat selain dari kisan diri serdiri.

Hari ni MY nak share cara masak daging kicap.
Masak daging kicap ni ada pelbagai versi.
Versi abah Raub, versi mak Segamat, versi bibik,
versi youtuber,
versi blogger, Versi majalah dan lain- lain lagi.
Ni versi Mama Yan yang tak berapa rajin, dan ringkas.



Resipi Daging Masak Kicap.


Setengah kilogram daging
 2 biji kentang
2 labu bawang merah
4 ulas bawang putih
2 inci halia
suku cawan kicap lemak manis Jalen
3 sudu sos tiram
Sehelai daun limau purut.
Minyak untuk menumis
sedikit air

Cara Menyediakannya:

1. Rebus daging sehingga empuk. Sebenarnya, MY beli daging 2 kg. 
MY rebus semua. Nanti nak masak senang, dah empuk.

2. Hiris daging yang telah direbus.

3. Kupas kentang, dan hiris tebal. Basuh kentang dan toskan

4. Hiris bawang dan bawang putih. Halia pula dihiris dan potong halus seperti batang mancis.

5. Tumis bawang dan halia dalam minyak yang telah dipanaskan 

6. Tumis sehingga bawang layu. masukkan daun limau purut untuk lebih aroma.

7. Masukkan daging dan kentang. Kemudian masukkan kicap dan sos tiram.

8. Masukkan sedikit air. anggaran setengah cawan. Masaklah sehingga kentang empuk sebab daging tu dah empuk dah.

9. Kalau suka berkuah, tambah sedikit air.
Kalau suka pekat, keringkan airnya.

10. Siap. Ringkas aje kan.



Mama Yan suka hiris mcam batang mancis tu halianya. Kalau besar besar tak terkunyah. Kalau halus gitu..ngap aje. 

nak bagi banyak lauknya, letaklah kentang. 

Kalau kat kampung Raub, abah selalu masak daging kicap yang berkuah. Kicapnya pun tak pekat sangat. light light aje.
Boleh la dicicipi ya rasanya...hahaha
Kalau tak cukup masin, tambah je garam sikit.
Selera setiap orang adalah subjektif.

Kalau family mentua kat Segamat pula,
daging masak kicapnya kering tak berkuah sangat.
Mama Yan dua dua boleh makan. 
Ni versi simple je.
Kalau ikutkankan..
Daging jangan rebus dulu,
Nanti tak serap rasa kicapnya.
lepas tu kena letak lada hitam la, kayu manis, bunga cengkih lawang buah pelaga bagai.
Dah ada halia dan limau purut dah tak hanyir dah daging tu.

Semakin jauh perjalanan,
semakin banyak pengalaman.
Makin banyak membaca,
Makin banyak pengetahuan.
Baca blog pun jadilah kan..
Baca pengalaman dan rencah hidup kawan kawan blogger yang lain.
dah...wassalam



 

9 comments:

  1. ok la tu, sbb org nak masak sekarang ni main google resepi..so leh la membantu..
    dap ni..suka gak daging masak kicap cuma sekarang ni, kicap pun kurang amik..

    ReplyDelete
  2. mmg macam2 versi...kita buat mana yg senang utk kita jelah kan...janji sodap

    ReplyDelete
  3. Uiii..sedapnya daging masak kicap. Sesekali dapat makan best ni walaupun bukan pemakan daging sangat. Sesekali dapat tu rasa sedap dimakan. Kuah atau kering, dua dua sedap. Samalah kita, dua dua pun okay je :)

    ReplyDelete
  4. Ya, ada macam2 cara masak kicap ni. Akak pun masak tukar2 resepi, saja nak bertukar rasa.

    ReplyDelete
  5. Sedap ni MY...
    Halia tu gaul sekali dalam nasi, dapnya!

    ReplyDelete
  6. mudah saja caranya tp pasti sedap kan? yummy...

    ReplyDelete
  7. Best.. best.. Lama tak makan daging masak kicap..

    ReplyDelete
  8. tq MY. dpt idea nak masak pe ptg esok.
    ada stok daging. just bosan dah dok masak asam pedas & sambal.
    yes yes masak kicap, kan. letak kentang! wow, nice.

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad