Kerja di Mersing - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Friday, October 28, 2022

Kerja di Mersing



Jom pergi kerja..
tengok tapak kerja di Mersing.
MY kena temankan suami pergi kerja hari tu sebab suami tak berapa sihat.
Tapi sebab nak handover projek baru,
gagahkan juga lah diri untuk pergi.

bertampal tampal kepala dengan koyok.
dengan bau minyak anginnya lagi..
MY nak tolong drive tak bagi.
Dia kata lagi sakit kepala dia kalau bini yang bawak kereta.
Dressing tak macam orang nak pergi kerja dah gayanya.
Lantak la bos..
asalkan kau bahagia.
Dah banyak kali MY nak bawakan ke klinik / hospital,
Tapi dia taknak.
Dah sampai tahap nak pergi bilik air kena jadi suster ngensot nanti,
 Barulah dia minta nak pergi klinik.

Site pertama,
ada buat renovation dengan sebuah pejabat kerajaan.
Pening wooo buat kerja dekat pejabat kerajaan ni.
Diorang asyik tukar tukar request.
Taknak stick dengan kontrak.
Padahal tahu je kami yang susah kalau tak ikut kontrak ni.
Suka suka nak tambah sana,
ubah sini.
Bila kita taknak ikut,
Mula la nak cari pasal.
HQ dia bagi bajet sebegitu, tapi end user nak sebegini,
Eh korang settle kan la masalah domestik korang dulu...
boleh tak jangan susahkan kontraktor yang suci ni?
hahaha..
malas la nak tulis banyak banyak...
nak marah...tapi kena sabar..
Nak maki...tapi mesti zikir...


Site seterusnya,
sebenarnya taknak buat sebab ni site orang.
Barang barang dah hantar ke tapak pembinaan.
Memang la belum siap, tapi,
Bila ada kontraktor dah masuk,
Memang kami ni segan segan la nak take over kerja orang.
Nampak macam kontraktor penyelamat,
Tapi keselamatan kami?
Hmm... 
Silap silap boleh kena santau oiii..
Orang tak nampak pun penyelamatan yang dilakukan..
Yang orang bilang dan kira,
kita suka carass kerja orang.
Berat hati...tapi kami pun nak jaga hubungan baik dengan kontraktor utama.
Kami juga nak kemudahan kemudahan untuk masyarakat setempat cepat siap.


Lepas tu ramai ramai pergi makan kat Medan Ikan Bakar kat Endau.
Lauk pauknya banyak..
macam macam makanan laut..
udang, sotong, ketam, kerang...besor besor..
Ikan macam macam jenis..
Maklumlah...dekat dengan jeti nelayan.
Meriah..ramai orang.
Walaupun kami makan beramai ramai..
ada juga bergambar, cukuplah buat kenangan sendiri sendiri.
MY taklah muatnaik gambar bersama sama staff kontraktor utama dan staff MY berada di meja makan sekali di mana mana media sosial.
Kena jaga profesionalisme gitu.

Kat seberang jambatan tu dah masuk negeri Pahang

Dah nampak dah gading gajah kat menara tu...
Tanda jajahan takluk tok gajah.

Selesai makan kami pun ke sebuah taman perumahan untuk kerja kerja membaiki rumah.
Dalam kontrak sikit je kerosakan rumah kat taman tu.
Bila kami sampai,
13 buah rumah dari 30 buah keseluruhannya,
telah dipecah masuk pencuri.
Habis wayar wayar semua kena tarik potong,
Dengg...!
 heppp...azian...jangan memaki atau mencalut..
zikir...zikir... istighfar banyak banyak..
Dari sikit sikit je kerosakan yang nak kena touch up,
Terus jadi major.
Kena revise semula harga.
banyak kerja, banyak lah upahnya..
Tapi ini bukan keadaan yang menggembirakan.
Ini adalah kawasan rumah kos rendah.
Ramai sangat yang memerlukan rumah rumah ni dengan segera.
tut tut tut betul la pencuri pencuri ni.

terus la kontraktor utama buat report polis dulu.
Hmm... kacau sungguh.

MY belanjalah sekeping gambar projek.
Rumah untuk asnaf di bawah pembiayaan Majlis Agama Islam Johor.
Alhamdulillah...dah nak siap dah.
Kami buat projek kecik kecik je...
Sebolehnya memang nak siap cepat,
Tapi kekangan nak buat kerja kecik ni kadang kadang tu tak terjangkau akal.
Contohnya rumah ni..
takde akses nak masuk.
Rumah berada atas satu geran milik datuk.
Kat depan tepi jalan tu,
dah ada rumah milik sepupu.
Dan sepupu,
tak bagi lalu di kawasan rumahnya.
bukan main susah pekerja nak bawa masuk barang binaan.
Sekarang ni tak bagi tiang elektrik dipacak di kawasan rumahnya.
Adoiii...
Benda macam ni lah jadi kekangan kepada kontraktor macam kami ni.
dia umpama Alphard dengan Velfire berperang, Myvi yang kemek tersepit di tengah.
Nasib baik Myvi is King
Harap cepatlah selesai bab tiang elektrik ni. 
kalau tak, elektrik tak boleh masuk,
kami pun dikira tak siapkan kerja.

Okaylah..
wau sin sabdu di atas was,
sin di atas sa,
lam alif di atas la,
mim depan mu..
Wassalamu!















 

3 comments:

  1. Moga cepat sembuh suami Yan.
    Kita baca pun dah pening, apa lagi yang buat kerja. Moga Allah permudahkan urusan kerja semua tu.

    ReplyDelete
  2. semoga semuanya baik-baik sahaja...bagus juga jenis yang tahan dan kuat mental ini...tidak mudah koyak dengan cabaran hidup

    ReplyDelete
  3. Bos kerja kuat sangat tu. Kena berehat juga bos. Pening kepala kalau tak sepakat bincang. Kontraktor juga yang susah. Ish ish..Bab tanah pun susah juga kalau keluarga pun tak boleh bawak bincang. Sabar je lah KakYan.Yang penting projeknya ada progress dan siap.

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad