Ada banyak benda dan bahan yang nak ditulis sebenarnya..
Tapi takde mood nak menulis.
Idea tak keluar.
Upload je gambar gambar,
Lepas tu tersadai dalam draft.
Buka laptop,
Lepas tu termenung...
Ala ala writers block la kononnya kann...
Muahahaha...
Kisah Jumaat lepas...
Lepas hantar anak anak nombor 3, 4 dan 5 tuisyen,
MY dan suami pun terus ke pejabat kami yang terletak di Taman Universiti.
MY ada banyak benda nak buat di pejabat.
Sebab lepas Kak Effa, kerani kami berhenti untuk meneruskan rawatan kimoterapinya,
Kami masih belum bertemu pengganti.
Tapi sebelum naik pejabat, wajib la minta upah kopi kopi dulu.
Kami singgah sarapan di Old Town White Coffee.
Tak ingat dah air apa ni...
Dah dekat seminggu berlalu.
Mama Yan order nasi lemak,
Suami pula makan roti bakar je.
Masa waitress tu hantar makanan,
Dia letak nasi lemak kat depan suami MY,
Roti bakar dia letak depan Mama Yan,
Lepas adik waitress tu beredar,
Suami MY cakap, mesti adik ni belum kahwin.
Kalau dah kahwin,
Mesti dia letak nasi lemak ni depan isteri.
Orang perempuan ni,
Masa belum kahwin,
Makan sikit je... kontrol ayu..
Lepas 5 tahun kahwin,
Hilang ayu..
Masuk 15 tahun kahwin...
Makanan anak tak habis, semua mak yang sapu...
Hahahaha...
Memang la...sayang kot makanan tak habis.
Habis kerja kat opis,
Kami gerak balik sebab nak ambil anak balik tuisyen pula.
Sebenarnya belum habis pun kerjanya.
Kerja memang takkan pernah habis.
Tapi pandai pandailah kita menguruskannya.
Jemput anak,
bagi anak makan,
jumaat,
Pastu sambung balik urusan.
Temankan suami pergi ambil cat dekat Nippon Paint kat kawasan Perindutrian Larkin.
Sebelum ambil cat,
suami ajak makan dulu.
Dah lama tak makan kat situ katanya..
Owhh... kedai makan ayam goreng kayu api tu.
MY pernah makan kat sini dulu dulu dengan dia juga..
Tapi dah lama la...
Ini la makan tengahari kami berdua hari tu.
Padahal kat rumah lauk ayam goreng jugak.
Cuma kami yang tak sempat nak makan sebelum keluar semula.
Kedai makan ni jual lauk ayam goreng yang digoreng menggunakan dapur kayu.
Sebenarnya biasa biasa je rasa dia..
Tapi orang ramai sentiasa.
Kami pergi ni dah lewat juga.
dalam pukul 2.30 rasanya.
Hujan lebat berangin.
Rasa nak terbang bumbung zink kedai tu.
Makan je lah laju laju...
Harap harap takde apa lah yang jadi.
Selesai makan,
pergi ambil cat kat kilang Nippon.
Cat ni semua nak dihantar ke Mersing,
Bukan takde cat yang dijual di Mersing,
ada...banyak...
bukan harga yang jadi masalah..
Tapi..
Kalau kita beli cat di luar dari kilang Nippon,
Kalau Nippon tahu,
Nippon akan void warranty.
Bila takde warranty dari pengeluar cat,
Bangunan susah nak serah nanti.
Tu je lah masalah dia.
Ada la orang ajar cara lain untuk dapat warranty.
tapi taknak gunalah.
Setakat ni masih selesa bekerjasama dengan Nippon Paint.
Dan tak mahu rosakkan kerjasama yang baik selama ni
Selalunya, cat ni, supervisor yang tolong ambilkan.
Tapi,
tu lah..
Seorang supervisor bercuti panjang urusan peribadi.
Sorang lagi kat Mersing.
Sorang lagi budak baru dan sangat berkira tenaga.
Dia taknak buat kerja yang tak masuk job scope dia.
Jadinya,
bos la turun kilang sendiri dan hantar ke site.
Masa ni memang terasa betul kehilangan supervisor yang sorang tu.
Hargailah orang orang yang ada di sekeliling kita sementara mereka masih ada.
Tapi tu lah,
nak hargai orang yang berkira serba serbi ni,
Malaslah nak cakap kat sini.
Cakap dalam hati je lah.
Sebab dah berazam nak tulis yang baik baik aje.
Kalau ada rasa nak maki tu,
bawak bawak je tengok drama korea..
eh bawa bawa je berzikir dan istifar...
astaghfirullah hal 'azim
Sesi luahan perasaan ye MY, tapi seronok musing sana sini . Memang payah kalau kerja dgn org yg berkira ni, tak boleh lebih kurang kata orang tua. Nak yg senang aje
ReplyDeletedapat yg jenis berkira mmg potong mood betul. moga dipermudahkan urusan MY utk hari-hari mendatang aminnnnnn
ReplyDeleteSesekali pergi office sesambil tu dapatlah menjamu selera kat luar kan. Boleh juga ambil angin luar dan jalan jalan.
ReplyDeleteAstaghfirullahal'aziiimmm... pagi tadi saya terlepas cakap orang...Allahu!
ReplyDeleteha ha ha hakikat kot, ibu yg kena perabih makanan semua org!
ReplyDeletekita sama. now makan-makan, asben kurang makan. aida mesti oder nasi.
da byr mahal-mahal, oder aje la yg berbaloi, kan :) ha ha ha ha...
betul la tu yg MY amalkan. guna cara yg betul, takde masalah warranty di kemudian hari, kan. kurang masalah. kerja smooth in shaa Allah.