Makan malam di SDS Taman Universiti - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Friday, October 28, 2022

Makan malam di SDS Taman Universiti

Hari Selasa pagi nak pergi Mersing,
Malam sebelumnya tu baru teringat,
lupa nak ambil kunci projek rumah tu..
hahahadoi...
Suami MY ajak anak bujang tu teman dia pergi opis ambil kunci,
Tapi semua melompat nak mengikut...
So bawa lah semua pergi ke Taman Universiti.

Dari rumah terus sahaja menuju ke pejabat untuk ambil kunci rumah projek baru.
Kalau tak ambil dulu,
takut lupa lagi.
Dah bawa anak semua kan..
Terus la makan kat luar.
Anak anak nak makan kat SDS.
Hahahaha....
Mahal rupanya kos tertinggal kunci ni...

Yang ni suami order..
BBQ Chicken Portuguese Rice dan Hot Lemon Tea.
Tapi suami MY makan 2 suap je.
Lepas tu dia bagi MY.
Dah tu..
Bila masa la bini dia nak kurus.
Kebelakangan ni dia memang tak lalu makan.
Asyik sakit perut je.
Sendawa berpuluh puluh kali.
Suruh pergi klinik hospital taknak.
Pening kepala dibuatnya.

Ni makanan Sarah.
Dia memang makan kids meal lagi.
itupun tak habis pun.
Tapi takpe...ada ramai oppa yang boleh habiskan

Ni Aril dengan Moq punya menu malam tu.
Crispy Chicken Chop.
Tapi Aril nak black paper,
Moq nak mushroom.
eh ke terbalik.
Tak ingat dah sapa black paper... sape mushroom.
Tapi,
dua dua habis tinggal salad je.

Yang ni abang punya hidangan.
CRispy Chicken Burger with Fries
MY memang takde skill ambil makanan.
Pemalas pun iya.
Nak ambil gambar sambil duduk aje.
Kalau betul punya photographer,
tonggang tonggek ambil gambar makanan ni.

Mijan?
Macam biasa... adik Mijan makan spageti carbonara aje.
Makan tak habis pun..
sebab sebelum keluar dia dah minum susu sebotol
Lagipun portion kat SDS ni memang banyak.

Makanan Ucid?
tak sempat nak ambil gambar...
Makanan sampai dia terus kacau kacau,
Dah tak comel dah rupanya..
Malam tu dia order SDS Laksa Mee Hoon.
Pun makan takhabis sebab banyak sangat taugeh dalam tu.
Jadi Mijan punya spageti tu,
Ucid la yang makan.
Bihun Ucid? 
takde orang la nak sambung bekas Ucid makan...
hahaha..

Begitulah bila anak ramai kann..
sekali keluar makan..
meroket harganya...hihihi..
Tapi takpe..
Orang kata..
adalah rezeki anak anak..
Lagipun bukanlah selalu pun pergi makan kat tempat macam ni...
Jarang jarang...
Selalunya makan roti canai restoran mamak je budak budak ni.

SDS Taman Universiti ni pula,
memang port lepak MY dari tahun 1 kat UTM dulu.
Tapi dulu dulu..
Tak la semahal dan semewah ni makanannya.
Kami lepak minum teh o ais limau, makan sandwich ayam dan guna toilet aje pun.
Tak habis RM10 pun sorang.

Tapi tulah, takde pulak gambar kami outing dulu dulu kat SDS ni,
Oh ya..zaman dulu pakai kamera filem kodak...
Jadi...tak la setiap masa bawa kamera macam sekarang kita bawa handphone berkamera.
Jadi banyak la momen momen happy tak dapat diabadikan dalam bentuk gambar.
semoga SDS terus berkembang maju... 
Sebab kadang kadang orang datang bukan sebab makanan, harga dan suasana,
tapi ada juga yang datang kerana adanya kenangan di sana..

Sapa nak datang makan sedap sedap macam MY sekeluarga ni.
Ni alamat SDS Taman Universiti :-

No 1, Jalan Kebudayaan 2,
Taman Universiti, 
81300 Johor Bahru.
07-521 1576
Terletak berhampiran dengan Maybank Taman Universiti.
Bertemu belakang dengan Amim Dental Surgery Taman Universiti.
Senang je nak jumpa, 
Tapi susah nak parking...hahaha


 

5 comments:

  1. hahaha comel je ada oppa habiskan ye..

    ReplyDelete
  2. sedap semua menu yang MY ambil gambar tu, kita pun tak reti ngambil gambo lawo2, janji ada nampak cun dimata sendiri helok dahla tu. Memacam menu kegemaran mereka, seronok kalau tengok anak makan berselera

    ReplyDelete
  3. payahkan bila org sakit pastu taknak gi check.. tp hati2lah sbb biras haritu dok sendawa tak henti, pedih2 ulu hati rupanya ada 3 saluran jantung tersumbat. muda lagi tau

    ReplyDelete
  4. ha ha ha memang, MY, kalau bwk anak kluar, sikit punyer hal pun tapi kos tinggi :)
    confirm diorang ajak makan-makan hi hi hi...

    ReplyDelete
  5. Dah alang alang keluar semua terus makan. Upah teman ambil kunci tu KakYan.

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad