Marilah mari, Kita Mengundi - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Sunday, October 16, 2022

Marilah mari, Kita Mengundi


Kali ini masih sama seperti tahun tahun yang sebelumnya. 
MY mengundi di Jalan Kebangsaan untuk DUN Kota Iskandar dan Parlimen Iskandar Puteri.
Nama lama bagi P162 Iskandar Puteri ialah Gelang Patah manakala DUN N49 Kota Iskandar sebelum ini dikenali sebagai Nusajaya. 
Dah 2 kali MY mengundi, 
Sekali tahun 2013, sekali lagi tahun 2018.
Kedua dua kalinya di sekolah Menengah Kebangsaan Taman Universiti 2.

Semasa PRU 13, tahun 2013, keputusannya ialah: -

P162 Gelang Patah - Parti Tindakan Demokratik,
Lim Kit Siang.

N49 Nusajaya - Barisan Nasional,
Dr. Zaini Abu Bakar


Manakala bagi PRU14 tahun 2018 pula:-

P162 Iskandar Puteri - Parti Keadilan Rakyat , Lim Kit Siang

N49 Kota Iskandar - Parti Keadilan Rakyat, 
Dzulkefli Ahmad.


Tahun ni... entahlah... dok membayangkan entah berapa kilometer nak kena beratur nak mengundi ni. 
Beratur nak jumpa cikgu kelas anak masa hari terbuka pun gigil tempurung lutut,
Ni lagi nak beratur untuk mengundi.
Dah la kali ni lebih ramai pengundi sebab atas 18 tahun dan boleh mengundi.
Ke nak kena bawa bersama bangku lipat?


Harap-harap negara kita dijauhkan dari musibah banjir bulan November nanti.
Semoga semuanya berjalan dengan lancar  dan dipermudankan urusan anak-anak rantauan pulang mengundi.
Sepatutnya JPN dan SPR auto ikut alamat dalam kad pengenalan.
Barulah betul.

Ada kawan dari Singapura bercerita,
Bila diorang berpindah rumah.
dalam masa 3 bulan,
wajib tukar alamat pada kad pengenalan dalam masa 3 bulan.
Kalau tak boleh kena saman.
Malaysia?
30 tahun merantau masih lagi guna alamat kampung...hahaha...
tapi bukan Mama Yanlah... 
Kita dah lama tukar alamat Johor untuk mudahkan urusan rasmi.







12 comments:

  1. Kalau mengundi bulan November, oklah.

    ReplyDelete
  2. Wah! Nama-nama heavy weight semua tu!

    ReplyDelete
  3. rasanya wak kene undi kat indonn tahun nih., huhuhu

    ReplyDelete
  4. Selamat mengundi sis..
    Ibu Aqil paling excited nak mengundi..
    Ibu Aqil masuk kali 4 mengundi kali ni..
    Hihihihihi

    ReplyDelete
  5. Belum dapat balik utk mengundi... Kos utk balik mahal huhu...

    ReplyDelete
  6. Semoga tak ada musibah banjir teruk lah. Risau cuaca sekarang ni. Saya masih mengundi di kampung. Encik suami pun mengundi di kampung. Balik kg suami dulu baru balik kg sendiri. Nasib baik dekat lagi boleh sehari sekali jalan.

    ReplyDelete
  7. Huyyyoooo! Selamat mengundiiiii yeee... Ha ah, ada yg tak tukor.. saja nanti dapat balik ke kg... alasan gitu ..

    ReplyDelete
  8. ammi tak check pun lagi..
    ammi rasa mmg ktia dah patut bawak kerusi lipatlah.

    ReplyDelete
  9. Sha pun dah check.. Mujur da tukar alamat awal, memang mengundi dekat dengan tempat tinggal..

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad