Tumis Sawi Pendek dengan sos Tiram - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Monday, October 17, 2022

Tumis Sawi Pendek dengan sos Tiram


Masak sawi pun nak cerita ke?
Itupun nak kongsi resipi?
Ye la.. bukan nak cerita pasal resipi goreng sawi pun sebenarnya,
Tapi,
Lebih kepada ingatan dan kenangan je.
Petang tu MY nak masak pucuk manis,
Tapi pucuk manisnya dah lecur.
Terus la heret suami MY pergi kedai Aceh cari sayur.
MY malas pergi sendiri sebab leceh nak parking.

Sampai kedai Aceh,
budak kedai tu asyik promote beli ikan sebab dia kata ikan baru segar segar..
Ambik ikan tenggiri 2 ekor, ikan kaci 2 ekor, ayam sekor.
Sementara budak kedai bersihkan ayam dan ikan,
MY cari sayur.
Sebenarnya MY dan suami ni,
Selalu makan je apa yang ada.
Kalau hari tu sayur habis atau rosak,
Takyah sayur...
apa susah kan??
Tapi... mak mentua MY ada kat rumah hari tu.
Datang rumah MY sebab ada check up kansernya di HSA.
Jadi, bila ada mak mentua,
Tak boleh la makan apa yang ada..
Wajib la ada sayur dan lauk pauk sikit sikit kan.
Takkan nak hidang bilis dengan bawang goreng .,

MY beli sayur bayam, sayur sawi pendek dan sawi bunga.
Malam tu terus la masak sawi pendek tu.
Masak laju laju dan ringkas aje.

Sawi Pendek Tumis Sos Tiram

2 ikat sawi pendek (dalam 7-8 pokok)
4 ke 5 sudu besar sos tiram
4 ukas bawang putih
sedikit garam
sedikit air
minyak untuk menumis

Cara Menyediakan:

Bersihkan sawi dengan air.
Potong kecil sawi dan asingkan batang dan daun
Ketuk bawang putih, buang kulitnya dan cincang bawang putih.
Tumis bawang putih dengan sedikit minyak.
Apabila bawang putih sudah kekuningan,
Masukkan dahulu bahagian batang sawi bersama sedikit air.
Dalam anggaran suku cawan.
Masukkan sos tiram dan sedikit garam. 
Kalau suka boleh masukkan juga pati ikan bilis ke, pati ayam ke, 
jangan letak PATI imigresen sudah.
Masak lah sehingga batang sawi tu lembut.
Ini adalah kerana mak mentua MY dah takde gigi.
Ada gigi pelesu bahagian depan aje.
Masak apa pun semua sampai lembut.

Setelah batang sawi lembut,
Bolehlah dimasukkan daun sawi pula.
Kalau nak pekatkan kuah tu, 
bancuhkan sesudu kecil tepung jagung dengan beberapa sudu besar air.
Kemudian, masukkan air bancuhan tepung jagung tu dalam kuah.
Cuma MY tak sempat nak bertepung tepung sebab nak kejar Maghrib

Gaul rata daun sawi sehingga masak dan layu.
Kalau orang muda dan gigi penuh,
Lebih afdal makan sayur yang separuh masak.
Kiranya setakat matikan kuman ajela
Tapi, nikan hidangan untuk dimakan bersama warga emas.
Jadi kita masaklah sampai betul betul layu.

Boleh je nak asingkan dua, 
Yang masih segar dan krup krap angkat dulu,
Kemudian, baki yang dalam kuali masak sampai layu.
Tapi, perkara macam tu biasanya buat orang tua rasa tak selesa.
Jadi untuk beberapa hari,
Takde masalah untuk kami makan sayur overcooked.

Okay.. dah siap satu entry.
Jadilah buat ada ada...hahaha




 

8 comments:

  1. Betul tu, kalau ada orang datang rumah, segan nak buat ala kadar kan..
    Mesti nak menu tu complete..
    Fav VM sawi pendek ni hehehe

    ReplyDelete
  2. Bila ada mak ayah kita atau mentua dekat rumah tak boleh masak lebih kurang je kan MY, kene lengkap la sikit ada lauk ngn sayur kan.... kalu kita ayam goreng ke lauk sejenis dah ok dah hehehhe

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah "Ladang2 Pahala" sedang menunggu (Mentua dtg rumah). Teringat nasi minyak resepi mentua Yan, Kak Mirror pernah try juga.. sedap walau simple resepi.

    ReplyDelete
  4. sawi jepun ni sedap makan krup krap gini la diaaa

    ReplyDelete
  5. Sedap makan panas ni sawi tumis dengan sos tiram.

    ReplyDelete
  6. sawi pendek tu mende? siew pak choy ke?

    ReplyDelete
  7. Paling suka beli ikan segar. Makan pun sedap. Kalau saya masak sayur kat kg macam akak cakap tu lah, kena keluarkan dulu yang rangup untuk makan. Selebihnya kena layu betul untuk mak abah.

    ReplyDelete
  8. Best juga masak macam nie.. selalunya sha buat sup je..

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad