Sajalah nak share hasil memancing di tik tok shop...
MY beli baby brooches...
Kerongsang untuk pin tudung,
Sebanyak ni MY berharga RM13.28.
Yang ada batu ada dalam 30 biji.
Yang takde batu, ada dalam 40 biji.
selalu beli 5 biji RM2.
Siap ada dapat stopper plastik sekali.
Stopper tu fungsinya untuk sekat daripada tudung kita terkepit dan tertarik pada pin tudung tu.
Berkilat kilat lawa lagi..
Lama lama nanti..
kusam la warnanya..
Kadang tak sempat kusam..
Ghaib.
Murah la kan..
Cuma tak boleh pilih la...dia bagi random aje.
Tap MY tak kisah pun..
Janji tudungnya dapat dipinkan dengan baik.
MY juga selalu bawa bekalan sebiji dua kerongsang dalam beg tangan.
Kadang kadang kerongsang ni boleh buat magik juga...
Antara magika yang dibuat oleh kerongsang ialah:
pertama:
MY selalu pin bahagian bawah tudung tu...
pernah MY bangun dari meja,
Kerongsang tu tersangkut kat meja dan terus tercabut pinnya..
Takpelah, boleh simpul aje hujung tudung tu.
Kedua:
Menguap sampai tertpelanting kerongsang kat bawah dagu.
Menggagau mencari celah celah seat kereta,
Payah sangat, ambil aje yang lain dalam bag tangan.
Kadang kadang kerongsang ni boleh jadi pin kecemasan juga.
Mana tahu butang baju tertanggal ke..
Boleh la pin kejap dengan kerongsang.
Oh ya.. kerongsang ni..
walaupun kecil, dia boleh mencetuskan pergaduhan.
Teringat seorang rakan di pejabat bercerita kisah kerongsang ni.
Dia beli kereta terpakai...dah beberapa bulan juga guna.
Satu hari, Lepas dihantar ke kedai untuk dicuci,
pekerja kedai cuci kereta menemui kerongsang lama mungkin milik owner kereta sebelumnya.
Dengan baik hati pekerja letakkan kerongsang tu di tempat cawan dalam kereta.
Orang lelaki kan...
Manalah dia alert kerongsang, cincin, jarum tudung isteri ada warna apa, corak apa, ada berapa...
Sekali isterinya naik kereta..
Mengamuklah isteri...
Tuduh si suami bawa perempuan lain naik kereta sampai tercicir kerongsang dalam kereta...
Sebab katanya tu bukan kerongsang dia.
Mesti budak cuci kereta tu belum kahwin.
Dia kan..konsep dia..
Hilang takpe..
Kalau bertambah tiba tiba tu...
jeng... jeng,.. jeng...
Murah tu KakYan..Ghaib tu perkara biasa. Tahu tahu hilang dari radar. Bukan menguap je boleh terpelanting, kalau gelak sakan bergurau senda tu boleh jadi terpelanting jugak. haha..sebab tu saya jarang dah pakai brooch dan tudung bawal. lagipun alergik bawah dagu kalau pakai brooch.
ReplyDeleteHahaaha terigt beli brooch byk2 nak raya tp smp la ni x tau mana pegi brooch byk2 tu... #nangis hehe
ReplyDeletebab hilang tu betul sangat! Beli seguni pun hilang jugak. kesian kawan kak yan tu kena marah dengan isteri padahal tak tahu menahu pun pasal keronsang tu haha
ReplyDeleteTikTok Shop memang bahaya sis..
ReplyDeleteHahahahahaha
Sekecil2 benda pun ibu boleh kalah dengan pujuk rayu TikTok Shop ni..
Uish.. Berbaloi sangat harga tu dengan jumlah keronsang.. Sha pun nak kena beli juga.. Dah tak tahu mana perginya.. hahaha..
ReplyDeleteYang no dua tu selau berlaku.. Menguap sampai tertanggal pin.. hahaha..