MY jumpa Manifesto atas ni dalam twitter,
Me24 YO172cm, 54KG++Physically fit and like to walkWorking in KLFamily personPatientHer20-30 YOAcquired/acquiring degreeMuet band >4 (optional)Physically activeIntellectually inclined (opinionated butopen-minded)The relationshipTruthful.Understanding.Respectful and responsible.Willing to discuss problem if any.Willing to compromise for each other.Willing to learn new things about each other.Playful but not playing
Tapi untuk lelaki, umur 24 tahun,
belum perlu untuk iklankan diri seperti ini rasanya.
Belum wajib kahwin pun rasanya..
Nak cinta cinta je dulu ni..
Sebab tulis ' The relationship'
Bukan for marriage...
Lepas tu...adik adik sekalian,
sekarang lelaki pilih jodoh nak tengok result MUET sekali.
orang orang yang setakat ada paper english 1119 macam MY ni tak laku yaa..
daripada berusaha menghafal annyeong hasaeyo, saranghaeyo, gomawamo, ..
kena belajar untuk terror english juga...
Tapi bila perempuan letak syarat lelaki kena hafal surah Sajdah,
aje meroyan masing masing..
demand la, tak sedar diri la, hapa la...
hahahah...
Dulu dulu,
MY selalu cakap..
"Aku tak kisah dengan siapa sekalipun,
asalkan bukan orang Johor, orang Johor suka cakap besar"
Lepas tu...
"Aku nak yang kurus, macam Saiful Apek, kulit gelap, hidung mancung dan mestilah tinggi dari aku"
Kenapa macam Saiful Apek?
Dulu Saiful Apek la antara hero filem Melayu yang meletop letop...
Jaman tu Aaron Aziz pun masih berlakon di TV Suria Singapura,
Shukri Yahya pun belum ambil SPM.
Kemudiannya..
apa yg MY dapat?
suami MY 100% orang Johor tulen,
yang lahir dan membesar di Johor.
rendah daripada MY,
dan juga takde ciri ciri body Saiful Apek pun...
Hidung pun pure javanese styles,
Rupa Wahid Senario adala sikit-sikit dulu dulu...
Sekarang dah rupa Afdlin Shauki..hahaha
Hidup saling melengkapi antara suami dan isteri. Kesian nenek zaman dulu, kahwin pun tak boleh pilih, ikut jew arahan orang tua.
ReplyDeleteSamalah kita MY.. Sha selau minta tak nak kahwin dengan orang Perak, sekali dapat orang Perak.. Hehehe..
ReplyDeleteTapi budak-budak zaman sekarang punya request partner, kemain sangat..
Tentang jodoh ni, susah nak mencari kesempurnaan. Jodoh tu saling melengkapi gitu. Dulu orang tua tua selalu cakap, jangan benci sangat nanti tersuka :)
ReplyDelete