Mula mula je nampak Ucid.
Lepas tu dah tak jumpa lagi dah.
Jumpa lagi mengadu haus tapi duit dah habis.
Aikk... kat rumah sukan kan ada sediakan air percuma.
Tak nak air tu, nak vitagenlah, farm fresh lahh...adoiii...
RM15 habis dia sorang.
Agenda utama diorang masa hari sukan hari tu... makan.
Membeli dan makan.
Ambil makanan pot luck kat khemah sukan,
Makan..
Hitam rentung anak dara MY main panas kat padang dua minggu.
Tak masuk acara pun kena berada di padang untuk sesi sukantara dan saringan.
Anak anak sendiri main kat pondok... tak masuk acara sukan pun. Mamanya tolong rakam anak orang aje.
Ni gambar dari Facebook sekolah anak. Haishh...segan pulak kita.... Cikgu ni suka sangat masukkan gambar MY kat facebook rasmi sekolah. Maklumlah wajah fotogenik...sila muntah berjemaah...hahaha
Selain sukan anak anak...ada juga acara larian guru dan ibu bapa. Masa larian ibu bapa, ada sorang bapa terciduk tergolek sejurus larian dimulakan. Time ibu pula lari 50 meter, dua orang ibu terciduk seawal 10 meter pertama. Kalau Mama Yan yang masuk acara, mohon sediakan ambulan yaaa....
Rumah kuning dengan nama Laksamana mennjadi johan perbarisan. Manakala rumah biru dengan nama Bendahara menjadi johan keseluruhan. Habis je sukan, Johor dapat cuti 4 hari. Rehat lah anak anak murid dan cikgu semua ye. Berhempas pulas di padang menjayakan sukan selepas 2 tahun takde sukan. Tahniah semua!
hahahah tak suka air free ye >.<
ReplyDeleteAmboi! Pandai deme yer pilih2 ayor.. Hihihi!
ReplyDeletePemeslah MY masuk fb sekolah
ReplyDeletehaha...pndai paw mama time hari sukan..boleh request air nak macam2..
ReplyDeleteYeah!! Rumah Kuning juara.. Kuning selamanya.. kikiki..
ReplyDeleteComel lah MY, seba tu cikgu suka ambil gambar MY..