Kenangan PRU 15 2022 - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Sunday, November 20, 2022

Kenangan PRU 15 2022

Meriah sungguh keadaan di sepanjang jalan pulang ke kampung kelmarin
Kempen di sana sini..
Para peraih undi mengedarkan banner dan bendera parti.
Bendera parti berkibar di serata tempat tumpuan.
Alhamdulillah...
Semuanya terkawal walaupun lalu lintas sedikit sesak.
Tapi tak mengapa, enjoy the moment,
lima tahun hanya sekali.
Ni keadaan di Felda Kemelah, Segamat.

Suami MY mengundi di Parlimen Sekijang.
Jadi pagi pagi hari Sabtu tu dia dah keluar untuk buang undi.
Sebab nak cepat dan mudah,
Pinjam motor mak ajelah,
Sekali,
Perjalanan balik dari pusat undi ke rumah mak,
Hujan lebat,
Maka, basah kuyuplah encik suami MY.
hahaha.
Nasib baik bawa baju lebih satu persalinan.
Kalau ngam ngam,
kena pinjam baju MY la..hahaha

Lepas selesai suami mengundi,
Teruslah kami pulang ke rumah untuk drop anak anak sebelum hantar MY pula nak buang undi...
Kali ni,dari mula masuk pagar sekolah sampai keluar pagar sekolah pusat undi tak lebih 10 minit pun rasanya.
Kosong.
Hanya ada petugas sahaja dalam kelas saluran MY mengundi tu...
Alhamdulillah.
Syukur urusan buang undi sangat mudah semalam.
Tapi takde gambar jari berinai pulak semalam.

Lepas siap mengundi,
Pergi kedai mamak Ayub untuk makan.
Sambil tu,
Hantar kereta MY untuk tukar tayar.
Hari Jumaat pagi tu, tayar kereta pancit.
Lepas tukar tayar, belum sempat hantar repair yang pancit tu.
Tu yang sambil tunggu tayar siap repair,
Kami makan nasi lauk kari kat mamak.
Itu je kedai makan yang paling sesuai sambil menunggu tukar tayar.
MY pun tak pasti suami tukar ke,
Tampal aje yang bocor tu.
Tak tanya dan tak ambil tahu pulak.
Semua suami yang uruskan.
Teruk betul perangai kann...
Makan je tahu.
Bab kereta zero habis.
Lepas settle tayar kereta,
Perut pun dah kenyang, terus lah balik rumah.



Jalan jem pulak tu nak balik rumah.
Sana sini merah/oren..
Apa lagi, gigih la google ikut jalan dalam taman dan kampung kat pekan nanas tu.
Tak mampu la nak redah jem berkilo kilo meter lagi.

Syukur ,
Selesai bab mengundi.
Padahal pada awalnya,
suami MY beria nak boikot pru, taknak balik mengundi katanya.
Eh...last last dia yang semangat kibat bendera..hahaha...
Memang hati kita milik Allah,
Apa yang kita ucap hari ni, 
belum tentu kita akan ucap benda yang sama esok.
Esok mungkin kita akan berubah fikiran.
entah entah takyah esok,
Kejap kejap lagi je pun kita boleh berubah , ye dak?



 

3 comments:

  1. Dekat sini xde suasana langsung.. poster2 dan bendera byk je tepi jalan tp peraih2 yg konvoi mcm ni mmg x jumpa di area sy

    ReplyDelete
  2. 'pesta' 5 tahun sekali... seronok kan?

    ReplyDelete
  3. Pergh!! meriah sungguh.. Sini pun ada rasanya diorang ronda dengan hilux dan bergendang..

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad