Kereta merajuk - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Monday, November 21, 2022

Kereta merajuk


Kawan suami ajak temankan pergi showroom,
Layan kawan...pergi ajelah.
Suami pun ambil gambar kereta dalam tu whatsapp kat bininya,
Hati berkenan katanya,
Tapi duitnya pulak tak berkenan.
tak semena mena...
Kereta yang sedia ada merajuk..
Adehhh...
Kuat sangat sentap ni..
Jual kang baru tahu.

Tak pernah pernah meragam,
Tiba-tiba naik ambulan masuk wad.
pomen kata masalah starter.
2 malam kat bengkel,
sihat juga akhirnya.

Lepas kereta Starex merajuk,
kereta Triton merah ni pula.
Kereta ni kami bagi site supervisor pakai.
terbabas pula dalam perjalanan balik ke Kluang dari site pembinaan kami di Mersing.

Sorang sorang dia dalam gelap tu. Dah la banyak gajah kat kawasan tu.
Risau betul.
Mujurlah ada kereta lain berhenti temankan dia.
Kereta ni masuk bengkel, repair.
Syukurlah pemandunya selamat.
Takde apa apa kecederaan mahupun trauma.

Sebab kereta Triton merah ni masuk bengkel,
Suami MY bagi pakai staf pakai Triton dia.
jadinya, suami MY pakai la kereta MY untuk kerja.
MY pulak kena la bawa Starex untuk hantar dan jemput anak sekolah.
Bawa Starex untuk jemput dan hantar anak sekolah memang leceh sikit sebab susah nak parking kereta tu.
Panjang dan besar...
Berat pula sterengnya.
Tapi bila tengok ramai kaum ibu ibu yang menunggang motor, 
bawa anak kecik dalam baby carrier untuk hantar dan jemput anak sekolah,
Kadang panas, kadang hujan,
Insaf pulak.
MY yang sebegini selesa masih nak mengeluh leceh,

Lepas tu, pagi Jumaat hari tu,
Kereta MY yang suami pakai pulak puncture tayarnya di highway Perling.

Panas betul katanya berada di Highway tengah hari matahari rembang.
Macam mana lah orang yang kerja penyelenggaraan di lebuh raya tu agaknya.

Kejadian kejadian yang berlaku pada kita dan orang sekeliling buat kita lebih bermuhasabah dan insaf.
Buat kita lebih rasa syukur dan menghargai segala nikmat yang telah kita miliki selama ini. 
Mudah mudahan kita semua menjadi hamba Allah yang sentiasa bersyukur atas segala pemberian-Nya. Aminn

“Hai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang Kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar hanya kepada-Nya kamu menyembah” 
(Surah. Al Baqarah: 172).





 

8 comments:

  1. fuhhh berderet kereta merajuk ek, lepas ni kena pakai grab lah kalau nak pergi tengok kereta baru hehe

    ReplyDelete
  2. sbb tu kadang kala sy takut nk cakap psl kereta baru bila tgh memandu. takut 'dia' dengar heheheheh

    ReplyDelete
  3. byk dugaan kete tu...smoga dipermudahkan segala urusan...bw starex yg beso tu mmg payah la kn nk parking ..nk plak bila sesak nk amik ank sekolah....

    ReplyDelete
  4. Dugaan sungguh bila dia main pas baton merajuk ye MY..

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad