Lepas Konsert Akhir Tahun Mijan berakhir,
Terus kami pergi cari tempat makan di Batu Pahat.
Alang alang dah sampai Batu Pahat kannn...
Meh la kita menerjah Nasi Pakistan No. 1 Batu Pahat yang viral di Tik Tok tu.
Restorannya terletak di No 29, Jalan Soga, Kampung Pegawai, 83000 Batu Pahat.
Boleh search guna waze atau google maps.
Senang je nak jumpa.
Masa kami sampai ngam ngam waktu orang makan tengahari.
Lebih kurang pukul 1 la macam tu.
Kat bawah penuh orang.
Jadi kami naik tangga makan di tingkat atas,
Kat atas dua bahagian.
Bahagian dalam ada aircond, Tapi kerusi meja dia tak boleh gabung.
Kat luar angin semula jadi je yang ada.
Memandangkan cuaca redup berangin,
Okay aje lah kami duduk kat koridor luar tu. Boleh gabung meja.
Pentingnya gabung meja ni,
Anak kecik kecik kan.
Yang kecik akan transfer sikit nasi pada yang besar,
Kemudian nak agih lauk supaya sama merasa.
Kalau meja asing asing jauh jauh,
Susah mak pak ni handle lauk pauk.
"Ayah, ambilkan gambar mama, cantik cantik sikit tau.
Nak letak kat blog."
Dan hasilnya, mata terpejam.
Padahal dah senyum dah rasanya.
tak berseni fotografi betul suami den ni.
Tulah, asyik ambil gambar batu, kayu, simen, longkang je..
ambil gambar bini sendiri pun dah rupa kayu juga.
Lagi sekeping pun tak lawa juga,
Menda muka herot petot gitu.
Sebab tu lah kena gabung meja,
Takyah la nak berangan lunch date dengan suami.
Yang kecik tu, Nak minum pun nak mama yang pegangkan gelasnya.
tu belum nak cubit lauk lagi,
Yang lain,
Ayahhh,.cuilkan daging, panasla..
Ayahhh..cubitkan ayam ni...
Ayahhh... tambah nasi lagi...
Ayahhh, taknak sayur...
Mujurlah ayah korang penyabar.
Kalau mamanya ni..
"Makan diam diam"
Tu pasalla orang perempuan suka ambil gambar dan video guna aplikasi Tik Tok,
ada alat bantu nampak lawa.
Atau paling tidak pun guna front camera,
Boleh edjah edjah bagi nampak lawa..
Senyum lebar Mijan dapat pegang handphone selepas setengah hari stress menunggu kena buat persembahan.
Banyak juga Mijan makan hari ni,
Confirm lapar sepanjang masa kat belakang pentas tu,
Dia tak berkenan dengan makanan yang teacher dia sediakan la tu agaknya.
Ni Close up sikit nasi Pakistan tu.
Ada banyak rempah ratus dalamnya.
Ada ketumbar, ada jintan,
Mijan pulak sekecik kecik jintan tu pun dia boleh keluarkan dari mulut.
Adoi, Pening mak ni nak menyuap dia.
anak anak kata sedap..
Suami MY pula kata biasa je rasanya,
Tapi bolehla..
Tapi MY rasa sedap aje...
Cuma nasinya tak berapa peroi macam nasi Arab biasa tu,
Dia macam melekit sikit.
Yelah lain lain kan resipinya.
Tapi sedap je...
Nak nak tengah lapar,
Bertambahlah sedapnya.
Kita orang pompuan jangan memilih sangat.
Apa yang suami belanja tu,
Cakap je sedap.
Yelah..
Dah untung la hari tu tak berkunyit jari menggoreng ayam ikan..ye dak
Yang ni Nasi Pakistan Lauk Ayam
Ayam dia pun nampak sedap.
Ayam beriani ke ayam merah ke...entahla..
Tapi tak pedas pun.
Elok je anak anak makan.
Bersulam air tu biasa, sebab tak de kuah sup biasa,
Diorang seriau nak makan nasi taruk sup merah...hahaha
Ada juga disertakan dengan sedikit salad + timun + tomato.
Anak anak tak makan sayur,
Mamanya la yang bedal
Kalau yang lauk kambing ni,
ada disertakan 2 potong oren sunkist,
Kalai lauk ayam takde oren.
Yelah..
Makan kambing ni kan...
Bila dah sejuk ada la rasa kambing tu,
Susah nak cakap rasa macam mana,
Tapi kehadiran buah oren ni memang kena la sebagai pencuci mulut lepas makan lauk kambing,
Ni la Lamb Shank yang diidam-idamkan suami MY,
Dapat pun merasa.
Takde kena beratur panjang pun...
Syukur Alhamdulillah...
Rupanya kuah merah dia tu sup merah singapore,
Bukannya sambal,
Cuak juga tengok merah merah gitu kot pedas melesing, rupanya tak pedas langsung,
Masa nak sampai kedai tu,
Kemain dalam kepala dah set,
Kali ni nak buat content review betul betul,
Nak ambil gambar bahagian dalam isi lamb shank tu,
Nak ambil gambar masa tengah menyuap nasi,
Nak ambil gambar hirup air asam boi,
Lepas dapat makanan,
Ambil gambar, simpan handphone,
Terus layan anak anak dan perut sendiri,
Takde mana nak bergambarnya...hahaha...
Yer..saya bukan blogger makan makan...
Saya blogger hampeh je...
Simpan kenangan untuk diri sendiri boleh la.., hahaha...
Secara keseluruhannya,
Kalau dekat, boleh la repeat lagi,
Tapi jauh la pula.
Harga?
MY tak tahu..
Lupa nak tanya suami..
Terima kasih la suami bawa kami jalan jalan cuti sekolah ni.
Walaupun asalnya hantar Mijan buat persembahan,
Kita menyelam sambil minum air kolam kat Senta Adventure Camp,
sambil makan nasi Pakistan dan sambil makan mi bandung sekali...
ahamdulilllah atas rezeki yang Allah kurniakan..
Wassalam
Terliur pula ibu tengok nasi lauk pauk tu MY.. Sedapnya! ;)
ReplyDeleteseronoknya menjamu selera sekeluarga di sana. keluarga bahagia pasti rezeki berkat.
ReplyDeletewahhh lamb shank tu memang menggoda sungguh, dah lepas viral itu mudah nak dapat kot tu. Yang nasi lauk ayam tu pun nampak sedap ayam nya. Bab ambil gambar ni kalau suami yang ambikkan memang sama jelah MY oi, kita beria la ambil gambar dia ngn anak bukan main cantik tang gambar kita hampeh hahahah... kadang amik 10 yg elok 2 je
ReplyDeleteBelum sempat nak ke sini, masih dalam wish list, hihi.
ReplyDeleteBalik kampung BP nak kena try nih. Akak suka nasi berempah.
ReplyDeletewah best nya dapat makan kat situ..suzie hari tu tapau jer..so far boleh la diterima oleh tekak suzie nie..suka lauk ayam nye sedap..boleh la repeat lagi kalau de yg sudi nak belanjer..hehehe
ReplyDeleteTelan air liur shatengok lamb shank nya.. mengancam dan padu..
ReplyDeleteBudak-budak MY.. Gitulah gayanya kalau makan.. hehehe..