Qing Palace Chinese Restaurant Pulai Spring Resort Johor - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Monday, December 26, 2022

Qing Palace Chinese Restaurant Pulai Spring Resort Johor

Hari Jumaaat lepas,
Mama Yan berpeluang pergi makan makan Promosi Eat All You Can di Qing Palace Chinese Restaurant yang terletak di Pulai Spring Resort, Johor.

Dari kiri : aziankhalil.com, sislin76.com, sunahsukasakura.com
Apa apa hal..gambar memang jadi agenda utama.
Apalah erti blog jika tiada gambar..ye dak?

Halal Chinese Food
Pintu masuk Qing Palace Restaurant

Halal Chinese Food
Bila baca papan tanda ni kat pintu masuk,
Mama Yan memang laju ajelah
Kalau tak berapa clear meh MY baca kan tulisannya:

"QING PALACE CHINESE RESTAURANT

The food is served according to 
Muslim requirement"



Halal Chinese Food
Patutnya ambil gambar duduk duduk kat sini...
kena bawa tripod la lainkali..hahaha..

Halal Chinese Food
Heh.. dah macam dalam drama Hong Kong yang MY tengok petang petang masa awal remaja dulu.


Halal Chinese Food
Interior design dia pun meriah dengan hiasan zaman zaman Dinasti..
Jarak meja agak berjauhan ya.
Sangatlah selesa nak makan sambil berbual bual


Halal Chinese Food
Ni additional menu.
Kalau nak tengok menu spenuhnya, 
Boleh melayari website Pulai Spring

Halal Chinese Food
Ada lagi yang tak masuk frame tu..
Meja dah penuh.

Halal Chinese Food
Braised Shark Fin Soup with Crabmeat.
Ini kira pembuka selera la.
Orang tu buat,
Semangkuk besar tu,
Ngam ngam aje untuk lapan orang satu meja tu.
Memang dah siap sukat agaknya...hahaha..

Halal Chinese Food
Braised Bean Curd with Seafood.
Tauhu bulat bulat ni memang kegemaran seoarang Azian Khalil.
Setiap kali makan kat kedai,
Kalau nampak lauk ni, memamg tak nampak lauk lain dah.
Kena pula dia masak sedap macam ni ha..
Pusing pusing meja lauk tu,
balik balik dia datang kat MY bali claypot ni.

Halal Chinese Food
Fried Chicken with Pumpkin Paste.
Mula mula ingatkan buttermilk,
sekali rasa...ehh.. sedap la. 
Takde rasa muak macam buttermilk chicken.
Nanti nak Google resipinya


Halal Chinese Food
Fried Mixed Vegetable with Assam Paste
Yang ni pun sedap jugak.
Pandai Sis Lin pilih lauk.
Semua yang MY boleh makan,
Kalau la hari tu Sis Lin pilih lauk terung ke, petola ke,
Habis la MY... sebab tak suka terung..hahaha


Halal Chinese Food
Fried French Beans with Minced Chicken
Lepas ni nak masak style macam ni la kacang buncis ni.
Ni antara lauk yang habis dulu.


Halal Chinese Food
Indonesian Style Curry Seabass.
Yang ni MY pungut tauhu aje.
Sebabnya,
dah selalu sangat makan ikan.
Dah tak rasa nak makan ikan lagi dah.
Tapi MY tengok habis licin isi ikannya, tinggal tulang dan kepala aje.
Agaknya, kalau tulang tu lembut, harus la tak ninggal apa.

Halal Chinese Food
Qing Palace Special Fried Noodles.
Walaupun dia outlook dia macam megi indomie,
Tapi rasa dia bukan biasa biasa ya.
Tiga kali nambah okay...
Ini antara makanan berat yang ada..
Yelah..
ada setengah orang tak boleh nak lauk sahaja.
So, ada beberapa pilihan mi dan nasi yang disediakan.
Antaranya Yang Zhou Frid Rice, Sambal Fried Rice, Stewed Seafood Noodles dan Fried Ho Fen Cantonese Style.

Halal Chinese Food
Sauteed Diced Chicken with Dried Chilles.
masak macam ni aje pun sedap.
Bukannya bahan bahan premium yang perlu dicari atas gunung pun,
Cili kering aje dan ayam aje.
Simple tapi menyelerakan

Halal Chinese Food
Oyster with Garlic Sauce.
Ya ampunnn....
Ni first time..kalai pertama MY dapat merasa makan tiram fresh.
Siap tayang kat suami gambar ni..hahaha

Halal Chinese Food
Gambar close up sikit...
Ha...sedap tau.
Sebab dia dah masak dah...
Kalau mentah tak tahulah boleh makan ke tidak.
Suami MY pun cakap..
"Dah rasa ya..
OKaylah..
Hilang rasa bersalah saya pergi berbuka kat luar makan tiram tapi tak bawak anak bini".
Hadehh...
Layan client tu.
Takyah lah angkut family sekali kan.
Bukannya MY kisah pun.
Kalau time family,
Family je..
Kalau berkaitan kerja, takyah bawa family sekali.
Nanti orang kerja pun tak selesa.
Kalau MY sorang je takpelah, 
sebab me as one of company director,
Kalau dengan anak yang mengganas makan minumnya,
MY takleh handle sorang.

Halal Chinese Food
Cuba selfie guna Insta360,
Hmm... perlu diasah lagi..hahaha

Halal Chinese Food
Ostrich Meat with Spring Onion.
Kalau ada rezeki datang sini dengan anak anak,
Nak orderkan yang ni.


Halal Chinese Food
Fried Prawn with Oat Meal.
Kalau buat sendiri tak pernahnya menjadi udang ni.
Nak kata sebab dia pakai udang fresh,
Rumah MY pun fresh gak.
Tapi tu la.. 
Memasak ni bukan forte MY.
Tu yang masak apa pun payah nak jadi...hihihi...
Udang goreng macam ni memang wajib ada dalam list la kalau makan dengan anak anak,



Halal Chinese Food
Braised Lamb Shank with Chef's Special Curry...
Kari kaki kambing oihhh..
Enak sehingga menjilat kaki.
Betul.. kaki kambing tu la...
Tak caya..
Cer tengok gambar bawah ni

Halal Chinese Food
Nasib baiklah kena share..
Kalau tak tinggal tulang lah...
Daging kambingnya..
lembuttt sangat sangat...
Anak anak MY suka kot ni.
Dia orang jenis sayang gigi,
Daging liat sikit taknak makan.


Halal Chinese Food
Honey Dew with Sago.
Ini sebagai pencuci mulut kami hari tu.
Ada juga hirisan buah tembikai dan buah nanas. 
Sejuk dan menyegarkan.
Sebenarnya MY tak suka honey dew...
sebab honey dew tu ada satu bau yang MY tak suka.
Tapi, hari tu,
habis pula semangkuk kecik tu MY hirup.
Haishhh... Apasal sedap pulak?

Halal Chinese Food
Kat sini air teh cina ni free aje..
air kosong pun free..
Tapi kalau nak air lain,
kena tambah ongkosnya lah..
tak termasuk la dengan harga Promosi Eat All You Can tu

Halal Chinese Food
Kena la ada gambar kenang kenangan kann..
MY ni memang susah sikit nak dapat permit keluar tanpa pegawai imigresen MY.

Halal Chinese Food
Gambar ni diambil menggunakan kamera Insta360 One X2.
Sekarang dah keluar edisi X3,
Tapi Mama Yan masih belum expert menggunakan X2.
Tu sebablah belum tulis review kamera ni..
Hahaha


Halal Chinese Food
Wajah wajah kewareken



Halal Chinese Food
Promosi EAT ALL YOU CAN di Qing Palace Chinese Restaurant Pulai Spring Resort bermula dari 16 November 2022 hingga 13 Januari 2023. 
Jadi tinggal 3 minggu aje lagi promosi ni. Dah tak lama lagi dah.
Kita cuma bayar satu harga sahaja,
kemudian order,
kemudian duduk tunggu makanan sambil berbual bual dengan keluarga.
Memang bagus,
Tak payah bangun duduk bangun duduk ambil makanan.

Harga:
Lunch (dari 12 tengah hari hingga 2.30 petang)
RM 75 dewasa
RM 37.50 kanak kanak (3-11 tahun)

Dinner (6.30 petang hingga 10 malam)
RM 80 dewasa
RM 40 kanak-kanak

.
Untuk tempahan:
WhatsApp: 017-733 8724 / 016-733 2919
Terma dan syarat:
* Prices are subject to 6% SST
* Minimum 2 paying adults required

Alamat:
PULAI SPRINGS RESORT
20km, Jalan Pontian Lama, 81110 Pulai, Johor
(Qing Palace terletak dalam Pulai Springs Resort)

12 comments:

  1. Warghhhhhh best best.. Sambil makan sambil nge’date ngan kawan2.. Nasib baik ibu Aqil jauh kalau duduk dekat.. Hihihi!

    ReplyDelete
  2. Nampak menarik semua menu...

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah rezeki
    Selamat menjamu selera

    ReplyDelete
  4. Waduhhhhh cantik kedainya apatah lagi semua menu yang dihidangkannya. Bestnya dpt join bersama sis lin dan sunah. Gambar My amik pun makin cun

    ReplyDelete
  5. kedai dh mcm makan di chinaa.. makanan pun semua sedap! wajib terjah ni kalau dkt dgn rumah. haha tp jauh

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah.. Semua menu menarik.. Mengujakan.. Harga pun nota bad.. Paling seronok dah tentulah pertemuan bersama..

    ReplyDelete
  7. chinese food ni salah satu kegemaran aida.
    cuma di melaka, kurang restoran chinese muslim.
    suka makan di bangi. byk choice pun ye.
    dekat dgn rumah kakak, ada 2-3 restoran chinese muslim.

    ReplyDelete
  8. eh, lupa nak beri komen.
    cantik sgt deko kedainya.
    di mana2 boleh mik gambar.
    sesuai sgt feeling makan dgn deko kedai :)
    terbaik. berbaloi membayar.
    makanan sure sedap. suasana 1st class.

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad