Asah Fikiran Dengan Permainan
Selain badan anda berpeluh dengan senaman yang dilakukan, apa kata anda biarkan otak anda 'berpeluh' demi untuk mengoptimumkan kesihatan anda. Melalui senam otak, anda boleh lakukan di mana sahaja dan ia hanya memerlukan 7 minit sahaja setiap hari.
👍 Menurut penelitian Dr Robert Wilson dari Rush University Medical Center, Chicago
mereka yang melakukan senaman otak dengan permainan 'asah otak' mempunyai risiko yang kecil untuk mendapat serangan penyakit Demensia dan Alzheimer pada lanjut usia berbanding dengan orang yang tidak melakukannya.
👍 Penelitian yang dilakukan Edinburgh University membuktikan bahawa senam otak akan membuatkan sel-sel otak sentiasa sihat.
👍 Dr. David Weeks dari Royal Edinburgh Hospital menyarankan untuk mengasah otak anda dengan permainan- permainan yang boleh menguji minda selama 45 minit setiap hari.
Antara bentuk permainan yang boleh dimainkan adalah seperti catur, word game, sudoku, jinsaw puzzle dan lain-lain lagi. Tambahan pula, aplikasi permainan ini juga boleh dimuat turun dalam telefon bimbit. Nah, sambil menunggu makanan sampai pun boleh buat senaman otak.
WORD GAME
Permainan yang paling popular dalam kelompak teka teki silang kata. Menurut penelitian dari The
University of Michigan Health System mengatakan permainan ini sangat baik untuk merangsang daya ingatan dan mengelakkan daripada masalah nyanyuk pada usia lanjut.
CATUR
Permainan strategi yang didaftarkan di International Olympic Committee (IOC) ini bukan sahaja untuk membuatkan otak anda segar tetapi dapat meningkatkan IQ anda.
Atur pola dan strategi permainan yang dinamik yang 'memaksa' kemampuan otak anda untuk terus digunakan
SUDOKU
Jangan panik apabila melihat banyak deretan angka-angka pada permainan sudoku. Ini bukan ujian matematik kerana permainan dari Jepun ini adalah kombinasi angka yang sempurna mengikut logika dan kecerdasan.
JIGSAW PUZZLE
Menurut penebitian yang dilakukan University of Alabama mendapati otak kita akan bekerja lebih optima setelah bermain puzzle selama 60-75 minit. Jenis permainan yang mempunyai
banyak warna serta efektif untuk gerakan tangan dan mata. Kesan jangka masa panjang, permainan ini mampu menguatkan ingatan Jangka pendek anda.
banyak warna serta efektif untuk gerakan tangan dan mata. Kesan jangka masa panjang, permainan ini mampu menguatkan ingatan Jangka pendek anda.
Sumber : majalah
Esok ada exam,
Malam ni main chess tu tak patut.
Hai lah bocahhh..
adik saya suka main chess kalau main dgn die slalu kalah HAHA
ReplyDeletekita suka juga main game minda ni. kalau mahjong..dikira tak..haha. sudoku pun baru nak start main balik ni
ReplyDeleteada benarnya tu.
ReplyDeletetapi main games tu berpada-pada :) ha ha ha ha...
satu lagi, bermain alat muzik.
tu pun cara utk asah otak, tajamkan ingatan.
cuma jigsaw puzzle je yg ngam dgn sy yg lain2 hampeh hehehee
ReplyDeletebagusnya dia pandai main chess...ciksun ni hurmmm malas nak berfikir agaknya hahahahah
ReplyDeleteGame macam ni memang best kan.. Ibu pun suka main. ;)
ReplyDeletesemua games kat atas tu ammi yg suka main...patutnya anak2 yg suka. sel otak sapa yang patut lebih bergabung ntahlah
ReplyDelete