Belajar Masak Ayam Masak Merah - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Friday, January 6, 2023

Belajar Masak Ayam Masak Merah


Masa nak jemput anak anak dari kampung bulan lepas,
MY belajar masak ayam merah dengan kakak ipar.
tapi belajar step je...
Bahan bahan dan kuantitinya tak sempat ambik notes..
Sebab masa tu MY sibuk garuk daun kering dan sampah kat laman.
Seminggu anak MY kat kampung,
Macam tapak pelupuusan sampah dah laman rumah atoknya,
Plastik aiskrim, plastik jajan, kapal terbang kertas,
belon semua piunggg aje dari beranda ke laman.
Bertuah punya anak anak.
"abang, kenapa tak sapu laman rumah atok ni"
"Hujan", dia jawab.
Adoi.. kemain manja eh duduk rumah atok,
Satu kerja pun taknak tolong buat

Nak buat ayam masak merah cara orang kampung ni,
Mula mula, kenala goreng dulu ayamnya.
Goreng jangan sampai garing sangat.
Goreng sampai masak elok aje dah le.
Hari tu pergi makan kat kenduri kawen, 
Ayam masak merah dia pakai ayam tua.
Sedap oi..
Ayam dia elok kejung, tak hancur tinggal tulang dan kulit je.
Kami beli ayam dua ekor,
Tapi tak pasti kakak ipar masak semua atau tak.


Kemudian tumis rempah tumisan yang terdiri dari kulit kayu manis, cengkih, bunga lawang dan buah pelaga.
Tapi jangan banyak banyak.
Minyak lebih sikit.
Sebab takut payang nak garing bawang dan cili kering nanti.
Blender bawang merah, bawang putih, halia dan kunyit.
Lepas tuang dalam minyak panas.
Kacau kacau sampai bahan yang blender tu macam kering sikit.


Lepas tu, masukkan cili kering yang telah dikisar.
Yang ni ikut jenis cili yang digunakan dan kuantitinya.
Kakak ipar letak sikit.
Mangkuk tu pun sebanarnya tak besar mana,
Effcet gambar aje.
Kacau kacau kacau sambal kita tu atas dapur guna api yang sederhana besar ye.


Kemudian masukkan serai dan gula melaka,
sambung kacau lagi.
Letak garam, gula dan sos tomato,
Sambung lagi kacau sehingga berwarna merah gelap sikit dan sedikit likat.
Pastu minyak minyak pun dah nampak berkilat kilat di permukaan atas sambal


Masukkan pula ayam yang telah digoreng tadi.
Gaul balikkan supaya keseluruhan ayam diselaputi sambal


Tarraaa....
Dah siap.
Tapi kurang kuah la pulak.
Takpe... Nanti MY boleh alter sendiri kuantitinya.
Cuma tak berapa fasih dia punya step tu.
Selalu tu MY punya sambal tak cukup "tua".
Lagipun selalu MY pakai gula putih dalam dua tiga sudu,
Lepastu, kacau lebih kurang,
Tutup api.
Dia rupanya lepas masuk gula,
Kacau lagi lama lama sampai warna gelap sikit gitu...
Nak belajar masak memang kena selalu praktis rupanya,
Setakat layan video kat youtube,
Dapat basic skills aja.

Okay..
Habis karangan satu entry..
Jom teman anak ulangkaji pelajaran.
Minggu depan ada peperiksaan akhir.
Byeee...wassalam



 

4 comments:

  1. menu fav ni..lama tk masak...slalu buat kuah kena banjir

    ReplyDelete
  2. Nampak sedap sekali, dua kali dan tiga kali!

    ReplyDelete
  3. mesti sedap ni, ayammasak merah antara menu kegemaran jugak ni

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad