Berbuka di Restoran Pucuk Kemangi Pontian - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Thursday, January 5, 2023

Berbuka di Restoran Pucuk Kemangi Pontian

Hari Khamis lepas, MY nak puasa ganti,
Alih alih , anak anak semua nak ikut puasa.
Dah tak masal nak kena bangun sahur swmua sekali.
Kalau MY sahur sorang,
Biasa buat min kaffe dan makan biskut aje.
Tapi kalau anak anak nak join puasa kena la makan sahur elok elok siap naai dan air milonya.
Maka beramai ramai kami bersahur bening kentang dan twlur dadar pagi tu. 
Baca niat puasa sunat Khamis.
Sweet betullah anak anak ni...
Sudi nak temankan mamanya ganti puasa.

Dah puasa ramai ramai tu,
Ayahnya pun bawak la anak bininya buka puasa di Restoran Pucuk Kemangi Pontian. 
Kat sini senang kalau nak buka puasa sebab ada surau sekali. 
Makanan pun siap cepat.
Boleh minta reserved meja sekali


  MY, suami MY, si Abang dan Ucid order nasi putih. 


Ni Ikan Siakap Tiga Rasa. 
Sebenarnya nak order Daging Harimau Menangis, tapi takde pula hari tu.
Ikan pun bolehla.
Disebabkan ini bukan review berbayar,
Komen MY adalah,
ikannya terlalu goreng dan kuah tigara rasa sikit sangat.
Kalau dah masak sedap sedap tu,
Letak la banyak sikit.
Mana cukup secoet tu.

Kalau kat kedai Melayu, memang tak banyak pilihan sayur yang ada. 
Kangkung belacan, kailan ikan masin, sayur capcai. Ada 3 pilihan tu aje biasanya. 
Dan kami pun terpaksalah memilih salah satu daripada tiga pilihan tersebut iaitu kangkung belacan. Kami berdua suami isteri aje yang makan sayur. Anak anak tak makan sayur. 



Dan menu yang jarang sekali ketinggalan ialah telur dadar.
Sebenarnya MY ada juga order tomyam campur. Mana entah gambarnya. Takde dalam galeri handphone pula. Takpelah, mungkin tomyam tu akan buat orang terliur, jadi dia hilangkan diri awal awal. Kami tak habis pun makan tomyam tu. Bungkus bawa balik.

Selalu MY order satu set roti bawang putih dan mushroom soup tak cukup. Anak berebut rebut minta nak makan MY punya mushroom soup tu. Kali ni MY order 3 set. Tapi.... satu set je yang habis. Dua lagi bungkus bawa pulang. Aikk...lagi puasa lagi tak selera ye anak anak... MY memang suka Mushroom Soup kat sini. Pada MY sedap. Kalah yang dalan tin...hehehe... tapi rasa sedap itu adalah sesuatu yang subjektif kerana selera orang tak sama.

Last sekali, hidangan kegemaran anak anak. Chicken Chop. Actually ada koleslaw sekali. Tak masuk frame la pula. Koleslow Sarah selalunya mama dia yang habiskan. Kentang goreng dia, biasa dia akan pass pada kembar dia yang takkan pernah cukup bab makan. Kembar yang sorang kuat makan, sorang lagi tak kuat makan. Memang padanan yang sempurna. Sorang tak habis, sorang lagi tukang habiskan. Dah besar besar ni, dah tak suka diambil gambar berdua.

Takde gambar kami sekeluarga...lupa nak ambil. Suami ada je ambil gambar, tapi takyah letak la. Tak helok pun. Keras kejung tidak berseni langsung tangannya. Hahaha...

8 comments:

  1. Mesra alam restoran ni, menepati selera sekeluarga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh la..sebab dia ada meja besar bulat tu. memang sesuai untuk kami 8 beranak

      Delete
  2. Restoran Kemangi selalu jugak akak pergi kalau balik Pontian. Sama tak ya dengan Pucuk Kemangi yang Yan cerita ni?

    ReplyDelete
  3. Budak2 memang suka chicken chop kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah..betul uncle. anak saya dah order nasik putih, order lagi ciken chop, dia kata ciken cop tu sejenis lauk.

      Delete
  4. terasa macam bulan puasa betul bila semua berpuasa kan...

    ReplyDelete
  5. Best juga berbuka puasa di luar, satu family. Nampak sedap hidangan yang dipesan.

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad