Anak anak ajak ayahnya makan di Old Town White Coffee hujung minggu lepas.
Layan la..
Mama diorang ikut aje...
Mana mana pun boleh,
Makan nasi lauk telur kicap pun boleh.
takde masalah problem.
Macam tu lah,
Bila nak keluar ada yang bawa telefon,
Ada yang tak bawa telefon.
Bila tanya mana handphone masing masing?
Ada yang lupa nak cas laa...
Ada yang lupa letak mana la...
Lepastu mengendeng la kat orang yang bawa handphone.
Nampak dah bujang dah.
yang biru muda tu asalnya baju Mama Yan tu...
Sweater biru yang abang pakai tu pula baju ayahnya.
Haishhh... macam tak caya pula anak dah besar gini.
Sedar tak sedar nanti dah minta ayah & mama nya tolong pinangkan anak dara orang.
Keluar malam takde mekap mekap..
Sebab nanti malas nak cuci beria.
Balik nanti nak terus solat Isyak lepas tu tidur.
Kalau mekap nanti lambat nak kena lama lama cuci mekap,
dah la sejuk sekarang ni kat johor ni.
Gari penuaan semakin ketara.
Pigmentasi semakin jelas.
Ye.. saya bakal berusia 42 tahun April nanti.
Suami MY minum Teh O lemon panas,
Zaman sekarang pakai air gula je,
takde gula paket dah.
Ni hot honey lemon Mama Yan punya...
Sejuk sejuk ni memang tak pandang air batu.
Tapi anak anak,
Tetap cari ais juga...
Pasni nak gi beli lemon lah.
macam sedap pulak air madu lemon ni.
Hari tu, ayahnya, abang, dan Ucid order Old Town curry mee,
Moq dengan Aril order Special springy noodles soup.
Mama Yan tak rasa nak makan berat berat,
order ni je.
Tapi MY makan sekeping je...
Sekeping lagi bagi Moq.
Mijan dengan Sarah order kid meal ni,
Tapi last last Mijan minta Moq punya noodles soup.
Okay, next time datang lagi takyah la order menda macam ni lagi.
Bukan nya Mijan makan sangat.
Dia makan sikit je.
Ucid yang habiskan.
Ini kerana Ucid makan mi kari dia tak habis.
Mi kari tu banyak nau taugeh..
hahaha hadoiii...
Pasni jangan order mi kari lagi dah.
Nak mi kari, mama la kena masak.
takde taugeh, takde sayur.
Senang korang nak makan.
Lama gak x mkn sini...klu dulu2 paling suka dia punya toast...
ReplyDeletemee kari OTWC tu feveret ummi ilhams. tapi versi meehoon la hehehe
ReplyDeleteseronoknya dpt spend masa ngan anak2 mcm ni kan...
ReplyDeleteSesekali makan di luar sambil layan karenah anak-anak dapat eratkan hubungan kekeluargaan.
ReplyDeletehehehe Sedar tak sedar nanti dah minta ayah & mama nya tolong pinangkan anak dara orang.
ReplyDeletejgn lupa kenduri jemput sy hahaha advance betul
sama dengan anak saya order mee di resto cuit2 je makan tak habis sebab banyak sayur,nak suruh dia habiskan kita pula terpaksa makan sayur2 tu..baik masak sendiri dekat umah makan mee dengan kuah je
ReplyDeleteLast makan kat Old town tahun ,epas bulan 11 rasanya...lupa plak...
ReplyDeleteBetullah MY. Kita ni mak2, malas nak memikir. Ikut aje pilihan family nak makan apa, makan di mana. Satu lagi persamaan, malam2 malas nak mekap, nak berbedak pun malas apalagi lipstik.
ReplyDelete