Makan Malam di Restoran Agus Skudai - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Tuesday, January 3, 2023

Makan Malam di Restoran Agus Skudai

Sebelum bermulanya sesi persekolahan,
Memang pulun bawa anak anak makan malam kat luar.
Siang suruh baca buku untuk isi NILAM,
Malam bawa makan makan kat luar.
Kali ni Diorang semua sepakat nak makan di Restoran Agus.
Sebab maknya suruh cari restoran biasa yang ada nasi nasi..
Taknak fast food.

Nah ni alamat :-

Restoran Agus,
41, Jalan Pulai 23, Taman Pulai Utama, 81110 Johor Bahru, Johor


Nasi ayam penyet
Suami MY dan anak sulung memilih nasi ayam penyet.
Perkenalan kami dengan ayam penyet ni di Restoran Agus ni la..
Masa tu Restoran Agus ni masih di Jalan Kebudayaan, Taman Universiti lagi.
Harga tak ingat dah berapa.
Tapi dulu banyak sikit ulam ulamnya,
Siap ada ulam raja daun tenggek burung sekali.
Sekarang ada sehiris timun, tomato dan kobis.
Suami MY tak boleh makan kobis mentah,
nanti angin.


Kue teow Hong Kong
MY pula order kuetiau Hong Kong,
Walaupun jauh,
Tapi cepat sampai.
Hahaha...
Kat rumah tak pernah masak kuetiau hong kong,
Kalau ada pun sekali sekala la...
Masak kuetiau goreng.
Tapi itu pun jarang amat.
MY suka ni...
Dah la sedap, sangat mengenyangkan pula tu.


Kentang Goreng Cheese
Ni hidangan sampingan sebab ada yang order roti telur cheese.
Biasa kalau order roti canai, roti telur ni memang dapat lambat gila.
Jadi sementara menunggu,
Boleh la diorang konyel konyel kentang goreng cheese ni.


Nasi Lemak Ayam dan Telur
Ni Nasi Lemak Ayam dan Telur.
Yang ni Ucid punya.
Anak anak memang suka nasi lemak sebenarnya.
Tapi Ucid ni,
Tak kira pagi ke..petang ke.. malam ke...
Kalau kedai tu ada nasi lemak,
Memang dia pesan nasi lemak.

Makanan Mijan, Aril, Moq dan Sarah takde dalam gambar.
Mijan punya MY pesankan mi sup takde sayur dan tak pedas.
Jadi, rupanya memang sangatlah tak menarik.
Takyah lah ambik gambar.
Kosong aje mi supnya..
Nanti boleh mendatangkan fitnah pula..hahaha
Yang order roti telur cheese tu,
Tak dapat la nak ambil gambar roti telur diorang,
paesanan sampai masa MY tengah sibuk makan sambil suap Mijan.
Memang tak kuasa nak keluarkan handphone untuk ambil gambar 

Begitulah cara kami menghabiskan cuti sekolah..
Orang lain siap bawa anak bercuti, berkhemah, umrah,
 Tapi kami asyik bawa makan makan,
Lepas tu tanya anak,
Apasal gemuk sangat ni?
Apa ketidaknya, 
Anak nombor 2 tu,
Seluar sekolah dia saiz 37.
Ayahnya masa baru baru kahwin saiz 27 je,
Selepas bini dia jaga dengan penuh kasih sayang,
barulah naik sedikit demi sedikit,
Tapi takde lah sampai 37 pun.
Ni dah besar dari ayahnya dah.

Sekarang dah start sekolah semula.
So jarang jaranglah makan klat luar.
Seminggu mungkin sekali aje,
Kalau hari sekolah memang takde sesi makan makan kat luar,
Diorang semua bangun awal dan penat bersekolah dari pagi sampai petang.
Jadi kalau nak bawa makan makan di luar, 
Pesanan belum sampai, masing masing dah tak larat nak angkat kelopak mata.
Okay.. Nanti pasni ada lagi satu entry makan makan...
Sila datang jamu mata ok..
Wassalam


7 comments:

  1. aida bwk anak2 makan2 jugak.
    sebenarnya, last weekend da reserve campsite.
    tapi dek krn tragedi goh tong-batangkali tu, ditangguhkan.
    so, jalan2 dedekat dan makan2 :)
    tak la stress anak2 dok rumah aje.

    sama la. bila hari sekolah, diorang x larat nak berjaga panjang malam nanti.
    so aida memang kena masak tiap hari. simple lauk. nasi putih.

    ReplyDelete
  2. seronok kan gantung kuali kak... muehehehehe. nampak menyelerakan semuanya

    ReplyDelete
  3. Samalah MY, kami kalau hari sekolah jarang sangat nak makan kat luar kecuali kalau petang tu keluar beli barang terus makan malam itu pun jarang sangat. Cuti sekolah ni memang kerjanya jalan dekat-dekat dan makan kat luar, heheheh. Ucid mmg peminat tegar nasi lemak ya..

    ReplyDelete
  4. dap dap tengok menu dia..nak tergelak kat part ayat mi sup tu..tak payah lah letak gambar sbb kosong je mi supnya..kang mendatangkan fitnah pulak..haha

    ReplyDelete
  5. Nampak sesedap belaka
    Selamat menjamu selera

    ReplyDelete
  6. nanti nak tunggu Dania cuti semester nak bawak dia staycation plak la...hari tu x sempat nak bawak jenjalan...

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad