Minggu lepas suami bawa anak isterinya makan di Menate, cawangan Johor Bahru.
yeayyy..
Dah lama teringin...
Baru kali ni kesampaian.
Wajib la ambil gambarkann...
Mijan kami orderkan spageti.
Dia mana reti makan daging.
Makan ayam pun dia makan bahgian daging putih sahaja.
Kulit kulit, kerak kerak semua taknak.
Semua tengah asyik menelaah makanan masing masing
Lensa kamera Insta360 ni,
bila masuk cahaya,
memang menyakitkan hati.
Sebab Mama Yan pakai lense guard kat kamera tu,
Kalau nak gambar dan video cantik,
takyah pakai lense guard,
Cuma kalau ditakdirkan terjatuh,
Silalah nangis guling guling.
Kat Malaysia takde pusat servisnya,
Anak anak makan chicken grill.
Suaminya kemain duduk bangun duduk bangun uruskan makan minum anak,
Bininya?
ada... duduk je pegang selfie stick mengalahkan diva AA
Ni wagyu yang suami MY order untuk MY,
untuk satu satunya bini yang dia ada kann..
Kenalah order yang mahal mahal...
Yang ni angus...
Yang ni lah suami MY potong potong bagi anak anak rasa sorang sikit.
Ohh... begini rupanya rasanya daging wagyu ni,
Bukan semua tekak boleh terima.
Tak tahulah kat sini aje atau semua tempat adalah sama.
Tapi ni kali pertamalah kami makan daging wagyu.
Bahagian tengah dia agak kemerah-merahan lagi.
Masih juicy sangat walaupun kami pilih yang well done.
Suami MY memang takleh makan langsung.
Dia suka daging yang dry sikit.
Kalau juicy pun, kenalah yang dah siap diperap.
Ada rasa rempah ratus dan asam garamnya,
Dia order lamb shank sebab lamb shank kat sini dah siap perapan.
Tapi daging daging macam wagyu dan angus yang kami order ni,
Raw tanpa perapan.
Dia kata tak tertelan.
Jadilah kan..
buat rasa rasa kata orang,
Buat rasa rasa pun,
total bil untuk makan sekeluarga kat sini,
dah boleh bayar ansuran satu bulan rumah dua tingkat 4 bilik 3 bilik air kat skudai tu..
Gambar gambar semua tak memuaskan ya.
Sebabnya macam biasa,
Mijan hijack handphone mamanya.
Jadi MY terpaksa guna Insta360.
insta360 tu pulak,
action camera.
Untuk outdoor cantiklah.
untuk indoor macam ni,
Kedai nya pulak suram suram,
memang hampeh la kualiti gambarnya.
Lepas ni,
jangan lupa bawa hp untuk Mijan.
Kalau kat kedai makan,
memang terpaksa bagi Mijan tengok video di handphone,
Kalau tidak,
Memang tak aman la nak makan.
Mama Yan, kalau ada orang nak belanja,
Ok je datang lagi,
Pada MY sedap gila kut...
Anak anak pulak,
Biasalah budak budak lagi suka fast food.
Tak kiralah sedap mana pun daging wagyu tu,
Tetap fast food yang jadi pilihan,
Entah apa mandrem yang digunakan oleh Col Sanders, Dick & Mac McDonalds, Dan & Frank Carney sampai budak budak ni pusing pusing pilih McD, KFC dan Pizza Hut.
Yang teringin nak rasa rasa je macam kami,
atau nak betul betul punya makan,
Bolehlah berkunjung ke :
Me'nate Steak Hub Johor Bahru,
No. 113 & 115, Jalan Glasiar, Taman Tasek, 80200 Johor Bahru, Johor
Tidak pernah lagi rasa wagyu.
ReplyDeleteNantilah cuba.
Wahhh... selalu lalu di bangi tu tapi x pernah makan kat situ lagi... brp total damage ni MY?
ReplyDeleteudah wangyu , angus dengan lamb shank tu compom mahai bebeno jadi mustilah sedap kan. Budak-budak kadang makanan gini memang tak minat sangat, kita jelah yang teruja kan.
ReplyDeleteTak pernah try lagi wagyu.. Selera berbeza kn. Kalau saya pun sy suka daging well done yg takde merah2 langsung. Janji lembut
ReplyDeleteLama tak ke Menate.. memang sungguh menate harganya tu, hahaha. tauke kan, apadahal.
ReplyDeleteOkay sangat MY sekali-sekali ferfeeling kayangan gittewww..
ReplyDelete