Perkenalkan, ini Encik Ducar.
Encik Ducar merupakan tukang kebun kami buat masa ni.
Tugas Encik Ducar adalah memotong rumput sahaja.
Tapi tu lah...
Kalau tak disorong, tak buat kerja.
Semuanya tunggu ditolak, disorong baru nak buat kerja.
Biasaaaa dia!
Mujurlah abang bujang ni rajin nak tolong Encik Ducar ni,
Ke hulu ke hilir menemani beliau bekerja.
Mesin ni ringan je,
Sebab dia ada roda kan...
Tolak ajelah.
Takde anak bujang pun takpe..
Mak dara dan anak dara pun boleh tolak mesin ni...
Lepas rumput rumput telah dimamah oleh Encik Ducar,
Wah, nampak berseri dan kemas sikit halaman asmara rumah kami ni,
Tapi dalam pada ulang alik ulang alik menyorong mesin rumput tu...
Ada jugak yang tercacak selai dua...
Rumput apa menda tah ni..
Macam helikopter, tapi bukan..
Cabut aje lah...
Sebelum ni pakai mesin rumput yang dukung belakang tu,
Tapi ayahnya selalu tak sempat nak mesinkan.
Suruh si abang mesinkan,
Nak hidupkan mesin pun berjam jam tak hidup.
Dah hidup mesinnya,
Rumputnya bertokak tokak tak rata...
Tu yang ayahnya belikan mesin rumput tolak tu.
Harga dah tak ingat dah berapa...
Tapi tak sampai seribu ringgit la rasanya...
Suruh anak anak settlekan lepas guna memang gitulah,
Takdelah usaha nak bersihkan ke..
Pasang semula bekas rumput tu ke...
Mama suruh buang rumput dalam bekas tu,
Maka, rumput dalam bekas tu ajelah yang dibuang,
Ni detail mesin rumput yang kami gunakan ni...
Okaylah untuk kegunaan ringan di rumah.
Untuk padang bola, MY tak pasti.
Kat rumah, rumputnya selompat katak je.
Guna pun seminggu sekali,
kadang dua minggu sekali.
Jadi setakat beberapa bulan ni masih memuaskan hati.
Nak hidupkan pun senang,
Sekali tarik je hidup,
Begitulah ye kehidupan suri,
Mesin rumput pun boleh jadi bahan story,
Takkanlah hari hari nak cerita nasi dan kari aje kann... hahaha...
Hahaha... semua boleh cerita MY... kan lifestyle... besar halaman rumah MY... seronok budak main bola
ReplyDeletewahh yg mcm ni mama pun boleh buat ni, tolak je
ReplyDeleteHalaman rumah sesuai kalu kebun tak kot kan. Sb rumput lalang, sb yg jenis mesin pikul ada berat sikit
Okey je cerita mesin rumput ni, boleh bagi idea kepada yang memerlukan. Kalau asik nak upah orang, banyak jugak kosnya. Dan macam rugi sebab ruang rumput tak luas.
ReplyDeletesesuai ni MY, kalau nak upah orang mesin pakai modal jugak kan, udah ada anak bujang dapat jugak mereka buat senaman menolak mesin rumput ni kan
ReplyDeletehaha kena sorong pun sorong jelah, janji bersih halaman XD
ReplyDeletemesin rumput kalau malas, mmg xde ape la.. hehehe.. ada mesin, kalau malas pun xde hasil kan.. Nak kena rajin.. Hehe... rumah kalau ada laman, mmg kena spent masa untuk rumput jugak.. kalau nak upah orang mesin pakai modal jugak kan, ada anak bujang dapat jugak mereka buat senaman menolak mesin rumput ni kan
ReplyDeleteUntuk rumah ada halaman, memang bagus ada mesin rumput. Nak upah orang, mahal gak, dia caj. Kalau ada rumput degil, cuba ke depan, ke belakang, ke depan, ke belakang, 2-3 kali. Dia tak boleh sekali lalu je. Ha ah, saya part time tukang kebun di rumah. :)
ReplyDeleteTeringinnya nak ada rumah yang ada laman macam ni...rumah SA xde rumput pun..harap depan rumah tu je la...
ReplyDelete