Re-pot pokok bunga - aziankhalil.com

Post Top Ad

Post Top Ad

Tuesday, January 24, 2023

Re-pot pokok bunga

20230120_093628
Pasu bunga ni dah penuh.
Pokoknya dah tak boleh menggemuk sebab saiz bawangnya dah tak boleh membesar.
Dah sempit sangat dah.

20230120_094710
Selalunya kerja kerja macam ni suami MY yang buat.
Jadinya MY tak pandai nak keluarkan pokok yang dah penuh dari pasu ni.
Cungkil cungkil tak boleh sebab dah padat sangat.
Tarik kang, putus pulak.
Baringkan pasunya atas rumput,
Kemudian golekkan bagi longgar.
Yeah.. berjaya juga la akhirnya keluarkan pokok tu dari pasu..
Tapi ada la sebiji dua bawang yang terluka parah kerana tangan MY yang rakus ni.


20230120_100740
MY buat sendiri la campuran mediumnya. 
Main agak agak je..
Tanah merah + tanah hitam + pasir
Lepas tu tabur 1 sudu kecil furadan dan penggalak akar.
Furadan tu untuk elak bawangnya diserang penyakit.
Kat kawasan rumah ni terlampau banyak serangga.
Suka betul serangga serangga tu inject jenis pokok yang berbawang macam ni.


20230120_110503
Yeahh..dapat dua pasu je...
Sebab dah malas..hahaha...
Lepas tu, terbiar kat laman.
Belum susun elok elok lagi.
Dalam pasu asal tu masih banyak lagi yang boleh dipindahkan.
Tunggu la suami MY pula sambung nanti


20221116_082346
Ni kalau berbunga, inilah rupa bunga dia..
Ada yang panggil bunga bawang, ada yang panggil lily, 
ada yang panggil bakung, 
Kalau tanya kedai, pokok jenis ni dipanggil amaryllis...
Nanti nak cari yang warna lain pulak...
Yang warna merah tu, tak sempat berbunga dah kena inject serangga,
Layu di hujung mekar lah jadinya...
Lepas lepas ni nak cari yang warna lain pula.
Mudah mudahan kerajinan itu datang berkunjung...aminnn 



 

5 comments:

  1. 9D48ADE9-A204-4AFF-AFF6-C810595F3740

    Seronok tengok MY semua tanaman menjadi. Ibu kalau pegang semua mati. Tangan panas kata orang tua2. ;)

    ReplyDelete
  2. Screenshot_2017-09-14-19-49-01_1

    Cantik bunga tu.. Saya ni tak reti sangat berkebun. Tapi, rasa macam berminat jugak laa. Hihi

    ReplyDelete
  3. 20190927_082126

    bunga ni memang mudah membiak.... cantik bunganya senang jaga

    ReplyDelete
  4. 6406225d-8868-48fa-8019-bfbe535aeda8

    Cantiknya...bunga lili... wangi ni..

    ReplyDelete
  5. 39846816_10216632032133830_6333715445945729024_o

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad