Restoran Kemangi Pontian lagi - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Tuesday, January 17, 2023

Restoran Kemangi Pontian lagi

Tiap tiap minggu anak anak ajak makan kat Restoran Kemangi di Pontian ni,
Mama ayahnya dah jemu tak tau nak order apa dah..
Diorang boleh pulak tak jemu jemu makan chicken chop kat situ.
Mujur lah si abang nak makan nasi je hari tu.

Ni tomyam ayam si abang.
Dia nak makan nasi + tom yam ayam je.
Ucid pulak nak makan nasi + chicken chop + tom yam abangnya.
Yang sorang ni,
Selera makannya memang luar biasa.
Sesuai sungguh di bawa ke majlis buffet.
Berbaloi bayar..hahaha

Keropok lekor ni hidangan untuk Mama Yan dan suami...
Yummmyyy...
Dah lama tak pergi melawat tapak di Mersing,
Maka dah lama la tak membeli keropok lekor.
Sedap keropoknya ni.
Garing di luar, lembut di dalam


Chicken Chop
Budak budak ni memang cari ni je.
Hai la anak...
Sedap sangat ke?
Mama Yan tak pernah rasa.
Tapi kalau tak jemu jemu makan ini je...
Memang sedap la agaknya tu.

Chicken Chop
Mama Yan kena belajar buat kuah black pepper macam ni kot...
Setakat goreng ayam bersalut breadcrumb tu,
Rasanya dah pass dah...
Goreng kentang tu memang dah hustler dah...
Kuah lada hitamnya ni...
Anak anak sampai curah banjir kuah ayam tu.
Sedap sungguh gayanya.

Mama Yan pernah beli macam macam jenis dah kuah kat Shopee...
Ada yang jenis serbuk tinggal nak bancuh,
Ada yang jenis pes tinggal tambah air,
ada yang jenis panaskan aje..
Semuanya tak sedap di tekak mereka...
Takkan nak mintak resipi kedai orang pula.
Aje viral muka Mama Yan nanti.
Tebiat nak mamp** minta resipi kedai orang...hahaha..

Lepas ni nak ke ruma kopi sogama kat rimba terjun tu pulak...
Sebab terbaca kat blog kak Ujie semalam...
Macam sedap aje...
InsyaAllah akan diusulkan untuk hujung minggu ni...

Gambar kami anak beranak,
selalu je lupa nak ambik.
Lagipun anak anak bujang ni tak suka bergambar...
Lainlah masa kecik dulu..
Pantang nampak kamera...
Kemain masing masing beraksi.
Sekarang?
Buat tak dengar je orang suruh ready nak ambil gambar.
Nyampass..




 

5 comments:

  1. haha..sabor je lah..gelak baca part mintak resipi kat kedai tu..terus viral muka mama yan agknya klu mintak gak resipi kat situ..udah lah resipi2 orang meniaga ni very da sensitive & private..hehe..

    ReplyDelete
  2. Akak kalau balik Pontian memang suka ke Kemangi, servis pantas, makanannya semua kena dengan selera. Macam-macam pilihan ada.

    Selamat menjamu selera di Rumah Kopi Sogama :)

    ReplyDelete
  3. Menarik menu nya. Keropok lekor tu pun menarik. Betul MY anak bujang bila dh besar payah nak diajak bergambar.

    ReplyDelete
  4. Kalau dah selalu sangat repeat makanan sama kat satu tempat, macam geram je nak mintak resipi kan. 😂. Buat sendiri pun ok mama yan. Buat senang je tapi renyah sebab ada few steps kene buat. Dah masak lepas masak nak kene blend lagi. Heheh. Buat banyak2 pastu frozen kan. U kenduit!. 💪🏻

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad