Sambal ikan bilis petai - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Saturday, January 28, 2023

Sambal ikan bilis petai

Sebenarnya,
ni lauk makan malam beberapa bulan lepas,
tapi dah ke bawah bawah dalam folder draft.
Draft banyak...
tapi sebaris ayat...
atau sekeping gambar...
lepas tu lost.
Tak tau nak tulis apa, tak tau nak sembung semula.
Tu yang makin lama makin membiak draft entry nya, 
Tapi tak siap siap sampai ke sudah,
Pasru delete je lah...
Serabut tengok...hahaha

Masa tu MY masak sambal ikan bilis campur petai.
untuk makan malam MY dan suami je.
anak anak mana makan lauk camni.
Diorang sanggup tak makan daripada makan lauk sambal ikan bilis gini.
Anak anak MY ni dimanjakan sangat makan minumnya,
Tu yang jadi memilih sangat tu.

Mama Yan dulu sebenarnya jarang makan macam ni.
Suami MY yang ajar buat sambal macam.
"Tumis lombok" dalam bahasa ibundanya...



Resipi Sambal Ikan Bilis Petai

2 labu bawang merah - hiris
3 ulas bawang putih - hiris
2 tangkai cili hijau besar - hiris
10 tangkai cili hijau kecil - hiris
Segenggam ikan bilis
2 papan petai dibuang kulit
Minyak untuk menumis
sedikit kicap


Cara cara membuatnya:

1. Goreng ikan bilis sampai kekuningan dan ketepikan.
2. Kurangkan minyak goreng ikan bilis tadi, lepas tu, tumis bawang merah dan bawang putih sehingga layu.
3. Masukkan cili yang telah dihiris, masak sehingga cili dan bawang agak kering.
4. Masukkan petai dan kacau kacau
5. Masukkan kicap.
6. kacau kacau lagi
7. Masukkan ikan bilis, gaul sebati.
8. Tutup api dan sedia untuk dimakan.

 Mama Yan masak tak letak garam pun sebab ikan bilis dan kicap tu dah masin.
Tapi kalau orang suka masin,
Boleh la tambah juga garam.
MY sederhana je..
Masin sangat tak, 
Tapi still ambil garam,
Bukanlah eat clean sangat. 
Dalam kicap pun dah ada garam gulanya kan.

Huduh betul kuali MY tu kalau tengok dalam gambar.
Rasa nak lantingkan aje, pastu beli baru,
tapi,
dia elok je lagi.
Cuma tulah,
Rupanya dah tak cantik menawan.
Agak orang geli ke tengok kalau upload di media sosial ni,
Takut takut je nak upload kadang tu.
Kang dapat komen bawak bawak la beli kuali baru,
Dah berkarat dah tu.
Masalahnya bukan la MY tak cuci,
Dah cuci dah,
Macam macam sabun dah MY cuba,
Siap rendam bagai,
Tapi warnanya tetap huduh.
Siap sembur dengan spray anti karat,
Tapi tetap lah itu juga warnanya,
Hilang sikit sikit je,
Tak berkilat seperti baru lagi dah.
Mama Yan walaupun muka nampak ganas,
sebenarnya hati dan perasaan MY ni mudah terhiris dan terluka.
Kalau ada orang komen komen negatif,
terus sahaja murung,
Memang sekelip matalah orang tu kena block dan komen dia kena delete,
Hahaha...
Memang tak berbakat sungguh untuk jadi influencer...kahkahkah.

Kalau kat tik tok tu kan...
Sepanjang masa rasanya ada aje orang live jual periuk kuali.
Punyalah teringin nak memiliki...
Tapi rasa macam dah takde tempat dah nak sorongkan periuk kuali ni semua.
Kuali banyak sebenarnya,
Tapi yang berkarah ni yang paling sedap digunakan.
Tahun lepas MY teringin sangat nak beli,
Check out juga la..
Mula mula tu kirim sebagai hadiah hari jadi untuk adik ipar - isteri adik MY.
Kali kedua tu, hadiah untuk biras MY - isteri adik suami MY.
Tapi untuk MY, masih belum ada.
Begitulah ya cara untuk memuaskan nafsu membeli. 
Jangan beli untuk diri sendiri...
Beli dan hadiahkan orang.
Ha siapa nak kuali juga?
Meh jadi adik Mama Yan...hahaha...


6 comments:

  1. Jgn buang kuali legend tu MY.. kt umh sy ada 3 pelbagai size.. tahan lasak ni.. paling sedap goreng nasik guna kuali legend.. yg shogun tefal bagai tu guna utk masak yg manja2 je.. nk ketang ketung mmg akn pakai kuali legend 😂😂😂 goreng telur pun lg sedap guna kuali legend

    ReplyDelete
  2. Saya setuju dengan pendapat Kakmim di atas. Kuali legend namanya, saya pun ada satu kat rumah. Sedap lauk ikan bilis petai masak macam ni. Selera nengoknya, mau tambah nasi.

    ReplyDelete
  3. Susah nak dapat kuali macam tu sekarang. Dia jenis tahan lasak walaupun rupanya begitu.

    ReplyDelete
  4. wah sedap ni makan dgn nasi panas

    ReplyDelete
  5. Ibu langsung tak perasan pasal kuali tu MY. Yg plg menarik mata ibu menu didalam dia tu. MY kuali ni lah penaik rasa tau sbb kuali lama ni dia dh sebati dgn tgn MY. Syg oiii kalau tukar biarlah org nak kata apa deme msk pun sbln sekali. Hahahahaha!

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad