Kelmarin,
dan beberapa hari sebelumnya,
Mama Yan asyik diserang sakit kepala.
Tengok tekanan darah dan gula,
takdelah tinggi sangat.
Lagipun Mama Yan sentiasa je makan ubat ikut waktunya.
Ke sakit kepala sebab MY cuba kurangkan pengambilan gula dan karbohidrat,
Tapi bukanlah potong terus secara ekstrim,
Masih lagi makan nasi,
Cuma memang sesenduk sederhana ajelah,
Bukan sesenduk membuncit.
Jadi, sebab dah beberapa kali telan uphamol dan ia hanya mengurangkan sakit kepala,
Apabila effectnya habis,
Sakit kepala kembali menjelma.
Mama Yan pun lepas hantar Aril pergi sekolah agama,
terus ke Dewani beauty & salon yang terletak di perkarangan masjid Jamek Pekan Nanas.
Ingat nak cuci cuci rambut.
tapi...
Bila sampai...
Ehh.. takyah cuci rambutlah.
Kita urut.
Bahagian dalam spa tu.
Ni ruang menunggu.
Ni kalau nak ambil ambil gambar,
siap ada background Dewani ni haa..
Ni kalau ambil pakej relaxing,
nak rendam rendam kaki
Tu ha,
ada kerusi..
Nak rendam rendam kaki...sambil relax relax tenangkan fikiran
Ni hiasan atas meja ruang menunggu tadi tu..
Bekas abu rokok rupanya...
Ada juga orang letak letak kosmetik tumpang jual.
Tapi tak beli la...
Hari ni pekerjanya ada sorang je sebab sorang lagi ikut bosnya ke luar.
Spa Dewani ni ada buat khidmat urut dan penjagaan wanita lepas bersalin,
Mandikan baby pun ada...
Ye, Mama Yan memang tak mekap kalau keluar ambil anak sekolah.
Setakat pakai pelembab je.
Sun block pun kadang pakai kadang tak,
Tudung?
Wajib lah tudung sarung kain lycra yang kalis kedut...hahaha...
Memang tidaklah nak berlilit, berpusing bagai.
Sehari berapa kali MY keluar..
Ambil Mijan,
ambil aril, Ucid, Sarah,
hantar sekolah agama,
hantar Moq ngaji,
Jemput sekolaha agama, jemput ngaji lagi..
Kalau nak lilit lilit,
Mau MY yang tercekik dalam lilitan tudung tu nanti.
Ni bahagian dalam tu lah...
Tempat urutnya.
Semalam MY buat urut tradisional siap sengkak.
Harga RM75 je.
Murah gila wei..
Tempoh mengurut lebih kurang sejam la.
Tak la set masa tepat tepat..
Tapi MY datang lepas hantar Aril ke sekolah agama pukul 2,
Keluar spa tepat tepat jam 3.30 petang.
Bangun tidur pagi semalam dengan pagi ni..
Takde dah jalan terjengkit jengkit sakit tumit...
Alhamdulillah..
Harap harap sakit kepala pun turut sama pergi lah ye...
yang teringin nak berurut boleh pergi alamat :-
👉 No 8, Lot Perkarangan Mesjid, Pekan Nenas, 81500 Pekan Nanas, Johor
Cantik tempat.
ReplyDeleteHaha bekas itu rupanya bekas abu rokok.
Harap sakit kepala hilang.
tempat nya menarik, sesuai untuk wanita muslimah ya. Mesti lega lepas dah berurut kan
ReplyDeleteBest ya kalau dapat mengurut ni. Lama tak mengurut badan. Kena cari spa muslimah macam ni jugak
ReplyDeleteKalau dah beberapa hari sakit kepala, elok juga ke doktor. Akak pernah gitu, sekali check rupanya power mata makin meningkat, kena tukar spec 😅
ReplyDeleteRM75 sejam memang kira murah tu.
mmg syok pi spa...urut2 bdn hilangkan stress...br je last weekend pegi body massage
ReplyDeletepenat sgt kot, tapi dpt urut tu..lega sikit kot...
ReplyDeleteSekali sekala badan kita mmg kena urut. Mungkin sakit kepala MY tu sbb stress kot. Kdg kita sendiri pun tak sedar kita stress.
ReplyDelete