Citarasa Muhibbah 2023 At Olla Restaurant - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Monday, February 27, 2023

Citarasa Muhibbah 2023 At Olla Restaurant

 

Dah ada plan nak buka puasa di mana?
Kalau belum, boleh pertimbangkan Ramadhan Buffet Dinner
 di Olla Restaurant, Granada Hotel Johor Bahru.

Sebelum mula sesi makan makan,
kita dengar dulu ucapan & penerangan dari Tuan GM Hotel Granada ni.
Selain mempertimbangkan harga dan makanan,
Sila pertimbangkan hotel yang bagi park kereta secara percuma ni ya,
Surau yang selesa juga akan disediakan pada bulan Ramadan nanti.
Lepas habis ucapan,
mari kita serbuuu...yummm

Mr Adrian, the General Manager said: "The location, authentic
flavorful cuisine excellent service standards and being HALAL certified, will make the Ramadan celebration at our hotel truly welcoming experience. This Holy Month of Ramadan, we will create memorable and joyful guest experiences that are in line with the spirit of the season together.


Air ada macam macam...
Tapi MY minum air masak je malam tu. 
sebab dah mengopi kat AEON.

Aneka puding dan jelly buah dihidangkan


Apple Caesar Salad.
Sedap pula epal dioarang ni.

Durian goreng.. as always.. Laku keras guysss

Aneka potongan kek dan kuih muih disediakan

Coleslaw

German Potato Salad 

Telur Dadar

Ikan Gulai Darat

Gulai Nangka

Acar Jelatah

Siput Sedut Masak Lemak

Tofu Sos Szechuan

Kerabu taugeh

Yang ni memang jadi tarikan utamalah,
Kambing bakar dengan aneka pilihan sos.
Suami MY yang ambilkan daging kambing bakar ni untuk MY,
Memang sedap.
Suami MY pun cakap sedap.

Aneka ulam ulaman dan sambal

Ni sate Mama Yan malam hari tu.
Ambil tiga sate ayam,
satu sate daging berserta 3 hiris timun dan 2 ketul potongan nasi himpit.
Macam ni pun dah kenyang.
Dah la sebelum tu Mama Yan rasa salad epal, salad nanas la, kerabu la..
Dah terlebih makan yang remeh remeh,
Nak makan yang berat, dah tak muat.

Letak sekeping je la hgambar yang Mama Yan selfie.
Sebenarnya,
Ada banyak gambar dengan kawan kawan blogger yang lain,
Suami MY yang tolong ambilkan,
tapi bila tengok hasilnya..
Aduiii.. putus asa terus nak jadi blogger ke, insta ke, tik tokers ke...
Gambar terpejam mata la, terherot mulut la, terkembong pipi la...
hahaha...
takde bakat sungguh ambil gambar .

Upload gambar makanan aje la....
Sebenarnya ada banyak lagi menu yang tak dimuat naik gambarnya dalam blog antik Mama Yan ni..
Kalau upload semua,
Nangis blog ni nak loading nanti.

Antaranya :
Nasi Putih Pandan,
Ayam Masak Kurma,
Udang Sambal Petai
Sayur Pecal
Aneka ulam ulaman
Aneka sambal
Nasi Himpit, Lemang
Rendang Ayam
Serunding Daging & Ayam
Beraneka buah buah
Sup Berempah.. (marbeles lagi osem sup dia, semangkuk MY hirup)
Bubur Kacang
Ais krim,Ais kacang,
Aneka air 

Dah jangan tunggu lagi wahai orang JB,
Baik pergi tempah segera buffet ramadhan di johor bahru di Granada hotel ni,
Harga murah oii...
Tak sampai seratus nett.
Tak caya..
Tengok detail bawah ni:-

CITARASA MUHIBBAH" @ Olla Restaurant Hotel Granada, Bukit Indah, JB

Early Bird Promotion (25th January-22nd March 2023):-
Adult: RM79 Nett
Child&Senior Citizen: RM59 Nett
Normal Price:-
Adult: RM99 nett
🧒👵Child&Senior Netizen: RM79 Nett
(children aged 6 - 12 years old)

Contact person
📱Whatsapp : +6017998413 (Mohd Hafit)
📧Email : hafit.hgjb@careluxuryhotels.com

Group booking:
📱 Whatsapp : 017-7727358 (Mohd Adi)
📱 Whatsapp : 017-8188047 (Rohan)
📱 Whatsapp : 012-7727534 (Ruhila)
📧 Email : sales.hgjb@careluxuryhotels.com

Waze je ke alamat:
Granada hotel,
No 55, Jalan Indah 15/2, Taman Bukit Indah, 81200 JB, Johor
Landmark: Bersebelahan dengan McDonalds depan Aeon Bukit Indah

1 comment:

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad