Macam dah selalu sangat MY masak kari daging.
Jadi hari tu,
Masa anak anak kat kampung,
Mama Yan main belasah je la masak apa apa...
Mula mula ingat nak masak kicap,
Tapi tengok dalam peti ais beku,
Bersusun cili kering yang dah siap kisar.
Bibik kisar semua cili kering dalam kabinet sebab dah berkulat.
Dia basuh dan rebus,
Kemudian kisar.
Lepas tu, masukkan dalam ruangan beku dalam peti sejuk.
Bila nak guna,
Rendam aje dalam air sekejap.
Takpun, defrost dalam microwave
Resipi daging masak pedas
Bahan bahan:
Setengah kilo daging lembu
1 biji bawang merah - dihiris
1 biji bawang merah - dikisar
6 ulas bawang putih - kisar
2 inci halia - ketuk
1 helai daun limau purut
1 mangkuk kecil cili kering kisar
2 sudu sos tomato
1 keping asam keping
Garam
Gula
1 senduk minyak masak
Cara memasak:
Mula mula hiris daging. Lepas tu cuci bersih.
Kemudian rebus daging bersama halia sehingga empuk.
Kisar 1 biji bawang merah yang bersaiz besar. Kalau takde bawang besar, pakai la 2 ke 3 biji. Kisar bersama dengan bawang putih.
Hiris lagi sebiji bawang.
Panaskan minyak dalam kuali.
Tumis bawang hiris sehingga layu.
Masukkan pula bahan kisar dan daun limau purut.
Tumis sampai pecah minyak sambil kacau kacau.
Masukkan sos tomato, asam keping, garam dan gula.
Kacau kacau sehingga larut sebati.
Masukkan daging yang telah direbus.
Kalau nak berkuah sikit,
Letak air rebusan lebih sikit.
Kalau taknak berkuah, letak air rebusan tu sikit aje.
Bila kuah dia dah pekat,
dah boleh angkat.
Air rebusan ni,
nak masukkan boleh,
taknak masukkan pun boleh juga
Simpan dalam bekas kecik kecik macam ni, bekukan.
Senang nak guna
Letak je cili kering dari mangkuk tu ke dalam tumisan macam ni,
Jimat masa..
Tumis bawang dan cili kisar sampai masak garing tau..
Mama Yan suka berkuah sikit.
jenis suka makan nasi banjir.
Ada orang tak suka berkuah, suka makan nasi kering je.
Lain lain citarasa kan..
Pasti sedap rasanya
ReplyDeletesaya tak tengok daging saya tengok pinggan hahaha
ReplyDeletesaya belum pernah cuba resepi ni biasa duk ulang daging grg kunyit,daging kicap,kari daging...boleh la cuba daging masak pedas pula nanti