Emina Clay Mask Pink - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Wednesday, February 1, 2023

Emina Clay Mask Pink

      Mengapa Perlu Pakai (face masker) Pupur Wajah?


Pupur atau masker wajah Banyak kegunaannya. Ada yang berguna untuk menegangkan kulit, ada yang untuk menyamarkan bekas jerawat, 
ada juga untuk menarik keluar white head & black head dan ada yang untuk mencegah garis-garis penuaan pada wajah serta membersihkan kulit.
Yang nak lifting up kulit muka pun ada tauu

 Pemakaian masker wajah dilakukan seminggu sekali untuk membuang sel mati kulit, mencerahkan dan menyihatkan kulit wajah. Oleh itu, rajin-rajinlah kita melakukan skrub dan memakai masker pada wajah agar wajah lebih bersih dan mulus berseri

Perkenalkan dari kiri:- Facial brush (untuk cuci mask nanti), Clay mask dan Mask Silicon applicator


Yang ni Mama Yan beli di Watson. 
lagi dua pengapit dia tadi tu beli di kedai Eco-Shop
MY pula tak sempat nak kaji beria sangat kandungan dan kelebihan dia masa kat watson tu.
Tanya budak kedai tu ada Clay Mask tak?
Dia pun tunjukkan yang ni.
MY pula memang suka warna pink.
Ya ambil terus dan bayar.
Rupanya Emina Clay Mask yang warna pink ni untuk hilangkan noda bekas jerawat, 
dan sesuai untuk kulit kusam.
Masker ni mengandungi ekstrak summer plum dan niacinamide sebagai kandungan aktif.
Walaupun pada tiub dia ada tulis brightening,
Tapi memang takleh jadi putih dah la.
Dah ok la ni..
Kulit orang Melayu.
Cuma lepas pakai beberapa kali tu,
terasa la kulit rasa bersih dan halus.
Noda jerawat tu, tak sue hilang ke tak,
sebab takde noda jerawat.
Yang banyak pigmentasi yang macam tahi lalat tu.
berbintat bintat,
Itu semua adalah kesan tidak menggunakan sunscreen dan pelembab ketika bekerja di bawah panahan mentari satu ketika dulu ya.

 
Tiubnya warna pink,
Isiannya pun sama juga..
warna pink pudar.
Tekstur nya macam dalam gambar atas ni lah. 
Siap ada skrub sekali untuk tanggal sel kulit mati.
Tak melekit lekit ya..
Tekstur dia macam bedak sejuk sikit.

Bila guna aplikator silikon ni,
Memang lebih mudah la nak sapu.
takde dah comot comot jari.
Lebih kemas dan lebih bersih la kekdahnya.
Kalau tengah tengah pakai mask tiba tiba ada iklan anak anak,
nak susulah,
nak buka tin biskut lah,
nak tukar chanel tv lah,
Boleh je berhenti kejap kan...
sebab tangan tak kotor dengan masker tu.

Sebelum pakai,
Kenalah bersihkan muka dengan pencuci dulu,
Janganlah pakai masa kulit tengah berminyak minyak atau bermekap,
Barulah kadar resapan masker tu pada kulit lebih mantap,
Lepas 10 minit macam tu,
Mama Yan pun cucilah masker tu dengan air,
Dia kata dengan air suam,
Tapi MY takde heater kat bilik air,
Pakai ajelah air sejuk tu.
Takde kerja menadah air Coway kat dapur buat cuci muka,
Bukannya kita ni Che' Ta pun..

Sebab masker ni susah nak dibersihkan begitu saja,
Tu sebab la MY beli facial brush sekali.
Senang nak sental manja manja.
Kalau takde facial brush,
Pakai span lembut pun boleh juga,
gosok lembut lembut sampai semua sisa masker hilang dari wajah ya.
Gosokan semasa membersih ni juga berfungsi sebagai skrub ya.

Mask ni pakai seminggu sekali je.
takpun 2 minggu 3 kali.
Tapi MY biasa pakai 2 minggu sekali atau 3 minggu sekali sebab asyik lupa aje...
hahaha..
masa mula mula beli semangat..
lama lama..malesss...

Satu tiub ni isiannya 60ml sahaja.
Harganya...
alamak..lupa...
Tapi sekitar RM21 lah rasanya.
Tak sure RM 20.90 atau RM21.90 di Watson.
Tengok di Shopee harganya RM16.20.

Okaylah ya..
bukannya review berbayar pun ni..
review buat update blog je...
Happy masking uolls!


3 comments:

  1. rajinnyeee kak yan pakai mask..kita ni malas betul..sebab tu la ada banyak jeragat huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ehhh, yeke dah ada jeragat...x pasang pulak ek..cik Sun ad jeragat

      Delete
  2. Ehh, semalam nampak brand ni..macam nak try..tapi x sure kaler apa yg ok..Nampak Kak Mai update ni, teringin pulak mencubanya.. Nanti habis scrub Baru tu, nak cuba ni pulak..Saja try try..hehe.. Saya pun malas..kdg dah berminggu Baru teringin nak menyental balik muka ni 😂😂

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad