Alhamdulillah...
Syukur sangat bila tengok anak anak naik pentas menerima hadiah.
Walaupun bukan yang terbaik,
Tapi ini adalah satu pencapaian yang membanggakan.
Kali ni Aril dan Ucid berjaya naik pentas,
Sarah walaupun tak naik pentas,
Keputusan peperiksaannya agak baik juga.
Cuma hadiah diberi mengikut bilik darjah, bukan darjah keseluruhan.
Cuma bagi nasihat jugalah pada Sarah dan Abang,
Bijak pun tak guna kalau jawab soalan peperiksaan kelam kabut,
cuai dan over confident.
Abang dengan Sarah banyak persamaan,
diorang berdua bijak,
dua dua cepat pandai menulis membaca,
Tapi sangat cuai,
Soalan memang nampak senang, tapi yang nampak senang tu sebenarnya soalan perangkap,
Banyak markah hilang kat soalan yang disangka senang tu la.
Aril berjaya lulus ujian pemulihan dan tak berada dalam kelas pemulihan lagi.
Ini adalah hadiah galakan kerana keluar dari kelas pemulihan.
Syukur sangat Aril dah lancar membaca walaupun agak lewat.
Yelah, pandai bercakap pun umur enam tahun,
Asyik berulang ke hospital Sultanah Aminah tu untuk check telinga lah, check kepala lah,
suruh main bongkah lah, tiup buih sabun, untuk kenal pasti kesihatan Aril.
sesi depan dah naik tahap dua...syukur.
Ucid pula dapat nombor dua dalam kelas.
Tapi Ucid kelas nombor tiga..
Tak kisah la... janji ada peningkatan dari sebelum ni.
Itu yang penting.
Dah la dia ni budak paling kepoh.
Bercakap tak berhenti henti.
Kalau dia diam aje..
Tu tandanya dia tidur atau pun dia tak sihat.
Selain dari tu,
Kalau dia tak bercakap,
dia akan buat sound effect yang menyampahkan.
Sebagai tanda penghargaan dari ayahnya,
Malam tadi ayahnya bawa keluar makan kat KFC.
Alhamdulillah...
Tapi tulah..
Bila kami keluar makan sekeluarga..
Mesti ada yang pandang pandang..
Senyum senyum..
Ye...anak kami ramai.
Kami keluar makan naik kereta Starex,
sebab kereta lain tak muat.
Kami kena gabung dua meja kalau nak makan sekeluarga.
Tapi takde masalah.
Kami okay je.
Tak payah susah susah fikirkan kami.
InsyaAllah.. rezeki anak anak Allah yang aturkan okay..
Jangan pandang pandang macam kami bukan orang ya..
tahniah buat semua hero-hero My
ReplyDeletepenuh feed FB saya dengan anugerah untuk anak2 sekolah ni..alhamdulillah, tahniah semua!
ReplyDeletesama la kita Yan, mak anak 6 pastu campur umi ayah dah jadi 8 orang, mmg kena gabung 2 meja. Tu belum lagi bab kecoh sebelum makan, dan masa makan...tu la yg akak rindu sbb skrg ni walau semua masih duduk sama tapi kena buat appointment utk makan bersama...
ReplyDeleteAlhamdulillah tahniah buah anak² MY. Besar atau kecil pencapaiannya kita raikan.
ReplyDeletepernah masuk juga kelas pemulihan tp sekejap saja. hahah. tahniah buat semua anak2 mama yan
ReplyDeletetahniah aril! tahniah ucid! you're awesome👍👍👍semoga kejayaan ni menjadi perangsang utk berjaya di semester baru chaiyok chaiyok💪💪💪
ReplyDelete