Infinence Intensive Brightening Treatment Mask - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Wednesday, February 22, 2023

Infinence Intensive Brightening Treatment Mask

Mama Yan pun tak tahu kenapa tangan ni gatal nak beli masker masker ni semua walaupun tahu dan sedar,
Diri ni bukanlah rajin sangat nak bermasker masker.
Tapi entahlah,
perasaan nak lawa tu kemain membuak buak walaupun duit tak ada dan rajin pun tidaklah rajin mana.

Infinence Intensive brightening Treatment Mask ni dirumus khas dengan Vitamin B3, Pro Vitamin B5, ekstrak kulit mulberi putih, ekstrak buah epal, ekstrak daun teh hijau, ekstrak bunga camellia Jepun, ekstrak kulit limau, ekstrak daun pegaga, kolagen marin, gliserin dan ekstrak alga serta bahan bahan lain yang sungguh berkualiti. Ia sangat berkesan untuk membersihkan dan mencerahkan kulit dengan formula yang menghalang pembentukan melanin. Penggunan yang teratur menggalakkan pertumbuhan sel kulit wajah yang lebih cerah, lebih sekata dan lebih halus


Ambil gambar dengan produk adalah satu kewajipan.
Cara nak guna mudah aje sebab dia dalam bentuk kepingan.
Mula mula cuci muka, kemudian buka plastik pembalut mask tu.
Lepas tu, tampal ajelah kat muka rata-rata.
Tinggalkan kat muka dalam 20 hingga 30 minit.
Lepastu, buka mask dan tepuk muka manja manja bagi semua saki baki lembapan yang tinggal tu serap kat muka.
Malas tepuk pun takpe, yang penting, jangan cuci pula,
Biar ajer kat muka bagi serap sepenuhnya.

Acah acah relaks la konon..
Kan nampak tangan sebelah lagi tu tak tengah pegang handphone nak selfie.
Handphone Mama Yan ni,
tak boleh nak guna selfie stick.
Sebab dia tebal.
Gambar ni Mama Yan nak tunjukkan,
bahagian mata pun boleh ditutup atas kelopak mata tu.
Yelah, takkan nak pipi je muda kan,
Padahal bahagian mata lagi cepat tua.
Nanti kang pipi dan muka putih dan tegang,
Bahagian mata pulak berkedut dan lebam...


Mama Yan baru je pakai sekali,
Jadi tak boleh la nak buat perbandingan sebelum dan selepas.
Mama Yan kena habiskan dulu stock stock masker yang ada ni sebelum boleh beli yang baru.
Kalau kantoi kat suami,beli tapi tak pakai sampai habis,
Aje kena ceramah kang.  
Jadi silalah rajin rajin pakai apa jua kosmetik yang dah dibeli... okay.
Cantik ke tak cantik,
Tu perkara nombor dua,
Yang penting, dapat shopping...hahaha...

 

2 comments:

  1. menarik tu, nanti dah pakai banyak kali jangan lupa cerita camne rasa dia gitu...

    ReplyDelete
  2. Samalah terjebak. Baru beli set penjagaan muka untuk percubaan.
    Harap hasil ok.

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad