Masak Lemak Pucuk Paku - aziankhalil.com

Post Top Ad

Post Top Ad

Friday, February 10, 2023

Masak Lemak Pucuk Paku

20230204_142834
Minggu lepas,
suami Mama Yan ke pasar Pontian yang denkat Sungai Bakek tu.
Beli ikan dan sayur.
Dalam banyak banyak sayur,
Suami MY teringin nak makan masak lemak pucuk paku.
Okay... ngam..
Petang tu juga masak sebab pucuk paku ni bukan boleh simpan lama lama dalam peti.
Hari ni beli, hari ni juga kena masa.
Kalau tak, esok lusa dah jadi zombie dalam peti ais tu

sayur%20zombie
Mungkin inilah perasaan sayur kecut dalam peti ais tu.


IMG-20230204-WA0002
Pucuk paku kat Johor tak sama macam kat Pahang.
Kalau abah MY yang cari atau beli di pasar pagi Ahad kat Raub tu,
Betul betul pucuk pakunya tu pucuk,
Bahagian batang pucuk paku tu boleh dipatahkan dan digulai.
Tapi kat Johor ni,
Tengoklah tu.
Dah kembang macam pokok krismas.
Dah tak nama pucuk dah.
Nama sayur paku pakis...
So bila sayur dah kembang macam ni,
Jangan masak bahagian batangnya tu sekali,keras.
Ambil daun nya aja dan pucuk atas sekali barang seinci dua.
Lain padang lain belalang,
Lain tempat lain adat,
Ye dak?

Resipi Masak Lemak Pucuk Paku


Bahan-bahan:

💓 1 ikat pucuk paku - ambil daun dan batang yang lembut sahaja
💓 1 kotak santan segera + air
💓 4 tangkai cili
💓 3 biji bawang merah
💓 segenggam ikan bilis
💓 1 inci isi kunyit hidup
💓 garam

Cara cara membuatnya:
1. Kisar bawang merah, cili dan kunyit sampai halus. Bila dah halus, masukkan pula ikan bilis yang telah dibasuh. Sambung kisar sekejap supaya ikan bilis tidak terlalu hancur.
2. Masukkan semua bahan bahan kisar dan santan serta garam ke dalam periuk
3. Dengan menggunakan kotak santan, masukkan lagi 1 hingga setengah kotak air ke dalam periuk.
4. Masak semua bahan dalam periuk sehingga mendidih. Guna api sederhana ya.
5. Bila santan dah mendidih, masukkan sayur pucuk paku. 
6. Masak sehingga pucuk paku lembut.
Siapppp.

20230204_135002
Susah nak jumpa cili padi kampung,
Guna ajelah cili yang ada kat pasaraya tu.

20230204_135703
Masak lemak yang mak Mama Yan ajar, tak payah tumis.
Lebur aje semua dalam periuk dengan santan.
Tapi mak ajar pakai santan kelapa perah sendiri.
Tapi sebab malas, terpaksa la guna santan segera.
Boleh ajaa... kita yang buat dia..
Kemudian, santan tu,
sebelum dia mendidih kena taruk garam siap siap.
Kalau tak nanti dia mudah berketul ketul.
Kemudian kena sentiasa timba.
Macam dalam gambar tu,
ambil sesenduk,tuang semula.
Buat macam teh tarik la gitu untuk elak dia berketul ketul atau pecah santan.


20230204_140412
Bila dah mendidih macam ni,
Barulah boleh masukkan sayur.
Dulu masa kecik kecik,
Bosan betul kalau kena tolong timba kuah lemak.
Hahaha...
Panas la tercegat berdiri depan dapur tu.
Sekarang?
Takde hal... sambil masak gulai boleh layan tik tok guna henpon.
Hahaha...
Kalau masak kat rumah sendiri okaylah nak masak sambil pegang henpon la,
sambil layan netflix la,
Kalau balik kampung,
abah marah.
Dia kata tak fokus buat kerja.
Padahal kita cuma memanfaatkan masa.
Buat dua perkara dalam satu masa.
hahaha

VideoCapture_20230205-142223
Bila dah masuk sayur,
relaks dah la.
Lepas santan dah mendidih, 
Dah kurang risiko santan pecah .

VideoCapture_20230210-083927
Tapi kurang pekat la pulak,
Begitulah kan.. risiko masak guna santan segera.
Kalau nak sedap,
Memang takde pilihan lain selain daripada guna santan segar.
Tapi, kita kena sedar hakikat kehidupan,
banyak lagi perkara yang nak kita kejar selain dari makan makan makan.
Jadi kalau lauk tu jadi tak berapa sempurna,
Terimalah seadanya... 💔




 






9 comments:

  1. Untitled%252520design%252520%25283%2529

    Sedap kan, teringin pula nak makan. Nak carilah. Haha

    ReplyDelete
  2. Screenshot_2020-08-31-23-24-32-04-01

    Kalau menu ni saya suka makan bersekali dengan sambal belacan.

    ReplyDelete
  3. 39846816_10216632032133830_6333715445945729024_o
  4. 20211230_075035

    goreng ikan sambal belacan nasi kena masak lebih hehe

    ReplyDelete
  5. gedek+for+profile+2022+copy
  6. 20200302_211551

    Sedapnya Yan 😋. Lauk kegemaran ni.

    ReplyDelete
  7. 20190927_082126

    Nampak pekat kuahnya tu MY, sedap betul

    ReplyDelete
  8. IMG_20230621_181642

    kelakar pulak tengok meme zombie tu.. XD

    ReplyDelete
  9. .com/-ZV1DvRuIQGg/Zh_ax5S3iAI/AAAAAAAAMiU/KLc8e_JGtw0PTKwYgCS4G5GL9xHtZ9fKgCK4BGAYYCw/s35/

    biasa kalau dibeli banyak pucuk tu.. mmg kutip daun je la batang semua buang hahahah

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad