Dua tiga hari ni rasa lemah aje...
Nak menulis pun malas.
Nak blogwalking pun tak rajin.
Rasa nak baring baring aje...
Nak jemput hantar anak sekolah pun malas aje rasa.
Tapi tak boleh la pula.
Tapi resipi sambal udang ni dah lama duduk dalam folder draft,
kata kata aluannya aje tak siap siap.
Post gitu aje kang, macam tak sedap pulak.
Tapi tulis pepanjang pun, ada ke orang baca sebenarnya?
Kadang kadang rasa jemu pula ulang alik ambil hantar anak sekolah ni,
Bila rasa penat dan jemu tu,
Cepat cepat istighfar kan ..
Mama Yan ni suami bagi kereta yang selesa,
Ramai je ibu ibu yang jemput dan hantar anak naik motor,
Gendong baby kat depan,
yang sekolah naik berdua kat belakang.
dengan panasnya..
dengan bahayanya..
dengan tak selesanya...
tapi masih gigih hantar anak ke sekolah.
Mama Yan ni...
Selesa taraf bintang bintang pun ada hati nak rasa jemu dan penat.
Tapi tu lah kan..
Kita ni hanyalah manusia biasa...
Kadang kadang dihasut syaitonirrajim...
kadang kadang hanyut dihasut nafsu sendiri.
Bila rasa lemau macam ni,
rasa macam nak pergi cari dessert pulak.
baru segar kot...hahaha...
Okaylah.. jomleh kita pos satu entry.
Lepas settle entry ni kang,
kita buat kek pisang.
pisang berangan banyak ni
sapa nak??
refer entry melawat kebun
Resipi sambal tumis udang simple
500 gram udang sederhana besar
2 biji bawang besar - kisar
4 ulas bawang putih - kisar
1 inci halia - kisar
20 tangkai cili kering - kisar
l inci gula melaka / kabung
1 keping asam gelugur atau boleh guna air asam jawa
Garam
Minyak untuk menumis
Cara menyadiakan:
1. Bersihkan udang. Buang kepala, kulit dan ekor.
Rendam udang dalam air panas.
2. Kisarkan bawang, bawang putih, halia dan cili kering
3. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar.
4. Tumis sehingga bahan kisar betul betul masak.
Minyak yang berwarna kemerahan akan timbul atas permukaan sambal.
5. Masukkan gula, garam dan serbuk perasa kalau suka.
6. Kacau lagi...
7. Masukkan udang yang telah ditoskan dari air rendaman.
8.kacau hingga udang masak.
Tak perlu lama lama...udang masak sekejap aje.
9. Matikan api. Angkat dan hidangkan.
sesuai dinikmati dengan nasi, roti, nasi lemak, cicah lempeng dan lain lain lagi
Terpaling ngam dengan nasi lemak ni.
ReplyDeleteSy baca aje apa MY tulis dari kata aluan sampai penutup, hahaha.
Masakan kegemaran saya ni. Boleh makan nasi bertambah. saya nak kek pisang!!!
ReplyDeleteSedapnya sambal udang tu MY oi, entah MY ni sila lah bersyukur walaupun penat berpanas ambil anak tapi selesa. Kalau orang yang kerja ni kena bekejar ambil anak, datang ambil kereta dah penuh tepi jalan kadang kene jalan jauh tau huhuhu.... Tapi syukurla kita masih dipermudahkan ada kudrat untuk ambil anak
ReplyDeletecicah dengan mantao sedap jugak ni
ReplyDeleteMemang sedap ni. Makan dengan roti potong saja pun sedap
ReplyDeleteSimple pun mengancam..
ReplyDeletePernah tgk org masak sambal udg ni.. setiap udng tu dia cucuk lidi utk tak bgai udng bengkok
ReplyDelete