Bibir merupakan antara aset manusia yang terpenting. la berfungsi untuk menggerakkan mulut ketika berbicara, menyuap makanan dan melakukan mimik muka. Malah bibir juga merupakan salah satu daya tarikan seksual antara lelaki dan wanita.
Seiring peningkatan usia, bibir secara semulajadi akan kehilangan air dan minyak, menjadikan kulit bibir lebih cepat dimamah usia berbanding bahagian lain jika tidak dijaga. Bibir yang mengering dan pecah pecah akan kelihatan lebih ketara apabila wanita memakai gincu. Gincu menjadi tidak kemas, tidak sekata serta adakalanya kelihatan comot.
Antara punca yang memudarkan kecantikan bibir :-
👄Perubahan suhu melampau seperti terlalu sejuk atau panas
👄Merokok
👄Pengambilan kafein yang berlebihan
👄Pengambilan alkohol yang banyak
👄Kurang minum air masak
👄Tabiat menjilat bibir
TIP MENJAGA BIBIR
Kecantikan seorang wanita boleh juga dilihat pada pesona bibir. Gerakan bibir menawan saat berbicara, saat tersenyum dan katawa tidak lepas menjadi hidangan mata orang yang memandang. Justeru itu, hindarkan penuaan pada bibir dengan menjaga dan melindunginya daripada kesan yang boleh mencemarkan kejelitaan bibir. Ikuti tip tip di bawah ini: -
1. Pelembab
Pelembab bibir merupakan asas kepada penjagaan bibir. Pastikan kita menyapu pelembab bibir, ketika keluar rumah atau ketika berada dalam penyaman udara. Sewaktu menyapu pelembab, pastikan bibir tidak dibasahkan. Ini adalah supaya pelembab bibir boleh diaplikasikan dengan sempurna.
2. Skrub
Skrub bibir beberapa hari sekali. Beli skrub bibir yang terdapat di pasaran atau gunakan tuala lembut yang dibasahkan terlebih dahulu. Ini untuk membuang sel sel mati dan sisa sisa gincu yang melekat pada bibir.
3. Makan buah
lebihkan pengambilan buah-buahan yang mengandungi vitamin B dan vitamin C. Ia baik untuk kulit dan bibir yang lebih segar
4. Elakkan tabiat yang merosakkan bibir
Tabiat menggigit bibir dan menjilat bibir boleh menyebabkan bibir anda semakin teruk. Jika terasa bibir mengering, segeralah menyapu pelembab
5. Minum air masak secukupnya
Tubuh badan kita memerlukan air secukupnya. Oleh itu pastikan pengambilan air adalah berpatutan dan cukup. Jangan berlebihan pula, kita bukan ikan.
6. Gunakan produk berkualiti
Elak menggunakan gincu atau pelembab bibir yang sudah melepasi tarikh tamat tempoh. Pastikan kandungan bahan sebelum membeli atau menggunakan sesuatu kosmetik.
*****************
MY mempunyai tabiat suka menyiat kulit bibir yang kering.
Boleh khayal jadinya.
Pulak tu,
Sampai berdarah darah bibir sebab kulit bibir tu tersiat.
Kebelakangan ni je Mama Yan cuba untuk pakai pelembab bibir dengan berdisiplin.
Satu letak di meja mekap,
Satu letak dalam beg tangan.
Bila bila bibir kering je,
Terus MY pakai pelembab.
yes...sama ngan MA, mcm habit plak kupas bibir bila kering, so MA pun letak merata lip balm..dlm hp, kat meja opis..kat rumah, dlm keta...senang bila kering ke terus sapu...alhamdulillah ok dah
ReplyDeletesama kita kak, suka siat2 kulit bibir..adeii..memang bibir jenis cepat kering...lepas tu susah nak ngam dengan mana2 gincu...mesti jadi lagi teruk..huhu
ReplyDeleteKalau menanam tebu di tepi bibir? Eh? hahahaha
ReplyDeleteAkak jarang bergincu, tapi lebih kerap guna pelembab bibir. Memang nampak berkesan sebab takde la jadi bibir kering.
ReplyDeletecantik bibir merah menyerlah andai sihat
ReplyDeleteKita sensitif gincu yg x sesuai.. ssh nak cr yg btul2 sesuai so far sesuai hanya revlon sahaja
ReplyDeletemakin seksilah bibir lepas ni hihihiii
ReplyDeleteAntara anggota badan yg selalu diabaikan penjagaannya.. tq sharing tips MY
ReplyDelete