Ex housemate zaman belajar dulu pergi umrah bulan lepas.
Pulangnya dari tanah suci,
Terus dikirimkan buah tangan untuk Mama Yan dan anak anak.
Terima kasih Shaira Mohd Hussin.
Inilah orang kata friendship goal kut...hahaha
Jauh pun ingat...
Lama tak jumpa pun ingat...
Ada air zam zam, kurma dan tasbih digital
Ada dompet yang sangat cantik dan juga minyak wangi raudhah.
Wanginya ya rabbi..
Mama Yan buat sapu sapu kat sejadah.
Ambil feeling sujud dalam raudhah.
Dan seplastik coklat pelbagai perisa.
Dah bawak balik kampung minggu lepas,
Bagi anak anak sedara merasa juga.
Sedap sungguh.
Yang ada diabetes ni pun,
Cekut juga 2,3 ketoi.
Hahaha...
Begitulah kan kita berkawan..
Mungkin kita tak boleh lagi nak bergosip depan TV sampai lewat malam,
atau melepak kat kedai mamak makan roti telur banjir,
tak dapat lagi nak meronda pasar malam dan pasar ramadan bersama sama,
Tapi kita akan sentiasa ada menyokong satu sama lain.
Dengan kiriman mesej, komen, emoji love love, hadiah dan kad dah cukup untuk buat kita saling menggembirakan...
ALhamdulillah rezeki MY
ReplyDeleteBegitulah jika kita baik dgn kawan, jauh dikenang, dekat disayang gitu.
ReplyDeletehadiah yang memang istimewa tak boleh dibeli kat tempat lain, kalau beli tempat lain pun auranya tak sama kan
ReplyDelete