Kursus Pengurusan Fasiliti CIDB - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Tuesday, March 14, 2023

Kursus Pengurusan Fasiliti CIDB

Dalam lesen CIDB ,
Bidang pengurusan F01 ni hanya untuk Gred G4 ke atas sahaja.
Sebelum ni kursus untuk tambah bidang F01 ni asyik buat di KL aje.
Tu yang tak pergi pergi sebelum ni.
Lagipun,
Sebelum ni syarikat kami gred G3 je. 

Bidang pengurusan fasiliti ni merupakan satu bidang pengurusan yang sering terlibat dalam arena bangunan komersil, kompleks sukan, pejabat kerajaan, hospital, asrama, penempatan pekerja, institusi pendidikan dan lain lain lagi. 

Tujuannya untuk memastikan kestabilan, kecemerlangan serta menampilkan prestij organisasi yang berada di bangunan atau seluruh kawasan tersebut.
 Jadi, pengurusan fasiliti ni bukan bidang atau sub bidang yang kecil. 
Ia merangkumi pelbagai aspek fasiliti termasuk mekanikal, elektrikal, landskap, kejuruteraan awam, bangunan, perkhidmatan awam dan lain lain lagi

Kursus bermula hari AHad dan berakhir pada hari Khamis.
Setiap hari, waktu pagi kami akan belajar,
lihat nota dan dengar penerangan penerangan oleh pengajar.
Sebelah petang, akan ada sesi bengkel dalam kumpulan.
Mujurlah zaman dah modern.
Pembentangan dalam kumpulan guna MS power point.
Dan banyak juga guna data internet untuk submission project dan download references.

Nampak macam serius nau perbincangannya ye...
Macam projek juta-juta

Ni masa kena buat presentation.
Tapi Mama Yan tak bercakap pun.
Dah lama dah tinggalkan arena presentation ni.
Dah tak pandai dah nak bercalap kat depan sebab lagi suka menulis aje sekarang.

Alhamdulillah..
Dapat la sijil penyertaan 40 mata CCD.
Padan muka azian kan..
dah tinggal masa kecederaan lesen nak luput,
Bila nak renew lesen,
Tak cukup mata CCD.
Staf pun dah attend dah, tapi tak cukup lagi.
Kerja pun banyak.
Kenalah mem mencemar duli datang kursus.

Lagipun kalau nak tambah bidang F01 ni,
Pemilik atau pengarah syarikat yang kena attend kursus ni.
Kalau dapat tambah bidang, alhamdulillah,
Kalau tak dapat,
Dapat renew je cukuplah...hahaha



 

1 comment:

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad