Samperit sedap - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Thursday, March 2, 2023

Samperit sedap

 Last week pergi Angsana kejap. Hantarkan barang anak saudara suami yang kerja di Angsana. Nak hantar ke rumah, kemain susah nak park kereta sebab rumahnya betul betul tepi jalan besar.

Neneknya kirimkan kerepek kerepek, keropok untuk cucu. Menantu dengan cucu pun sejak ibunya meninggal, boleh kira berapa kali je balik kampung. Boleh kira berapa kali je ziarah kubur. Harap harap kiriman doa tak terkiralah banyak dari suami dan anak anak kerana arwah seorang isteri dan ibu yang sangat baik. 

Nak balik dari Angsana tu, singgah beli kuih. Ni Moq yang nak beli. Nampak je kuih samperit, kelam kabut nak beli. Harga satu balang tu RM30.

Dulu dulu masa MY belajar kat UTM,
Kalau nak raya, belikan mak kuih raya di Angsana.
Harga sekitar RM15 ke RM20 ikut jenis kuih. Sekarang dah takde lagi harga kuih macam tu. Paling simple RM30 macam ni lah. Kalau premium premium macam biskut red velvet, biskut cadbury tu, lagi mahal rasanya. Yelah kan... bahan bahan semua naik harga kaw kaw punya. Manalah nak dapat harga biskut murah kalau harga bahan mentahnya dah mahal.

Tapi kami semua tak suka sangat biskut yang moden moden lagi premium sangat ni. Kalau biskut biskut ni memang cari samperit, biskut  dahlia, suji, bahulu.
Kalau yang goreng goreng, kerepek pisang, kerepek ubi, rempeyek, kuih siput, popia simpul dan lain lain lagi.

Tapi yang ni betul betul sedap. Rapuh tapi lembut. Dan yang paling terkejut, habis dalam masa satu hari. Ayahnya makan sekeping, maknya dua keping. 
Yang lain semua anak anak bedal. Ya ampunnn...
Sang bedal belaka anak anaknya.

Lepas ni kalau pergi Angsana lagi,
Boleh cari label Mokde Samperit lagi.


4 comments:

  1. yelah MY sekarang payah nak jumpa biskut harga bawah RM30 kalau ada pun jenis yang rasa sama je, rupa lain-lain tapi rasa sama je. Dana pun suka biskut pesen lama, biskut kelapa, biskut kacang tanah heheheh...

    ReplyDelete
  2. Semperit pun dah 30 sebalang ek, nasib baik sedap. Semperit yg sedap kenalah cair di mulut, kan.

    ReplyDelete
  3. Yang paling simple pun dah RM30 ya…
    Asalkan memang betul sedap dan kita masih boleh bayar, ok je kan. Kos bahan mentah pun dah meningkat.

    ReplyDelete
  4. Kalau sedap dan kena dgn citarasa, boleh beli lagi kan...
    Ada kawan baker, mengeluh sbb hampir saban minggu harga barang bakery naik, mcm takde yg control harganya :(

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad