Dugaan Puasa dan Raya 2023 - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Sunday, April 30, 2023

Dugaan Puasa dan Raya 2023

Ramadan tahun ni agak mencabar bagi Mama Yan dan keluarga bilamana kami bergilir - gilir demam.
Bermula dengan Aril, 
Muntah muntah lepas sahur hari ke-11 puasa. 
Badannya panas sikit.
Ok..cuti sekolah.
Esoknya, Ucid pulak dah jangkit demam Aril.

Hari Isnin tu, dua dua la cuti.
Pergi klinik swasta je...
Dapat MC dua hari. 

Hari Selasa, Sarah pula demam.
Ke klinik lagi la...
Dapat MC dua hari.

Rabu... si abang dengan adik dua dua tumbang.
Abang pergi klinik pagi,
Adik pergi hospital terus malam tu sebab makan ubat pun tak surut demam nya.
Abang takde gambar gambar la...
Dia dah besar,
Mana nak kena ambik gambar.
Masa kecik dulu,
Pantang kita halakan lensa,
Terus buat aksi.

Esoknya,
Khamis..
MY dan suami pula demam.
Dengan anak anak masih belum sihat betul.
Kami berdua pula tak larat nak bela anak.
Demam kali ni...
Dengan badan bisa bisa...
Kepala sakit yang amat..
Suhu tinggi...
Kerja basahkan kepala aje...
Makan apa pun tak lalu.

Hari Jumaat bawa Sarah dan Mijan ke hospital Columbia Asia pula,
Sebab Sarah tak baik baik lagi demam.
Terus kena ambil darah sebab doktor nak sesuaikan antibiotik dgn result darah.
Tapi result darahnya semua cantik,
Jadi, doktor kata tak perlu antibiotik,
Bagi paracetamol aje untuk jaga suhu.
Mandikan jika perlu untuk maintain suhu.
Dapat cuti lagi 5 hari,
Doktor kata tunggu sihat baru boleh sekolah.
Terus nangis dengar doktor kata kena cuti lagi 5 hari.
Viral fever ni mudah sangat berjangkit katanya.
Nanti satu kelas jangkit demam.

Minggu depannya,
MY bawa abang ke klinik lagi sekali minta MC lagi sebab belum sihat.
Cikgunya sampai whatsapp MY tanya kenapa Umar tak datang sekolah.
Risau betul cikgu 

Dalam satu rumah tu..
Anak yang nombor 2 aje yang tak demam.
Lepas tu...
Dia cakap macam ni...
" Orang lain semua demam, Moq sorang aje yang tak demam.
Moq rasa, mungkin Moq ni anak angkat"
Hadoii...
Sakit perut MY ketawa.
Suka hati dia je nak declare diri sendiri anak angkat.
"Penat penat mama beranakkan awak, naik ambulan dari hospital Kulai ke hospital Sultanah Aminah,
Awak kata awak anak angkat?"

Masa demam memang MY tak lalu langsung nak makan.
Makan apa pun nak termuntah.
Dan gastrik pun teruslah menyerang MY. 
Memang lepas tu hari hari la muntah cecair kuning/hijau tu..
Tekak sakit dan perit..
Sakit ulu hati..
Buang air tak menentu...
Sepanjang hari terbaring aje.
Waktu berbuka pun..
Masak separuh jalan, lepas tu minta bibik sambung,
Betul² tak larat nak berdiri,
Kadang kadang suami belikan aje...
Kadang kadang MY order dari food panda aje.

Sebab tak baik baik,
Suami bawa ke klinik kesihatan pula...
Dapat ubat yang sesuai,
Alhamdulillah...
Kurang la sakitnya..tapi..terpaksala bercuti puasa sebab kena makan ubat.
dalam tempoh demam tu,
MY buat test Covid dari semasa ke semasa.

Mama Yan dah rancang nak buat kuih raya sebagai buah tangan kepada keluarga,
Tapi, apakan daya...
Tak kesampaian pula.
sebab memang tak larat.

Sejak MY demam minggu ke dua puasa,
Sampai sekarang,.belum baik lagi batuk.
tapi malam semalam,
MY batuk yang sangat teruk,
tambah menggigil sejuk..
lain macam pulak.
Pagi semalam terus ajak suami pergi klinik Theesan kat Taman U.
Memang serasi dengan ubat kat klinik tu.
Masa doktor check,
dia kata paru paru macam ada kahak pekat,
jadi dia suruh buat self test covid yang jolok hidung punya.
jangan guna test kit pakai air liur.
teruslah singgah ke farmasi beli covid test kit.

hasilnya... taraaa...
Kali kedua dah ni..
Test suami.. alhamdulillah negatif.
Test anak kedua MY si Moq tu,
dia pun positif juga...
haduii...
dah la semalam ada orang nak datang beraya.
Kami duduk tingkat atas tak turun turun.
Lambai dari tingkat tingkat atas aje.
Takut orang tak selesa,
Takkan nak kata jangan datang pulak.

hadapilah ujian ini dengan tenang.



 

2 comments:

  1. Semoga cepat sembuh. Rehat banyak-banyak. Ujian tanda Allah sayang.

    ReplyDelete
  2. Betul MY. Dugaan tu.
    Saya pula, Firdaus seminggu tak sekolah sebab demam waktu bulan puasa. Fuad pula keracunan makanan, makan sahur di kantin tempat kerjanya, sampai masuk hospital, masuk air lagi. Seminggu juga cuti kerja. Hari raya, Fairuz bpula jatuh sakit. Sekarang Farid dan isterinya pula demam. Sabar sajalah ya Allah.

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad