Pencuci Muka Aloe Vera Terbaik Malaysia - Kulit Makin Sihat dan Tidak Berminyak - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Saturday, April 29, 2023

Pencuci Muka Aloe Vera Terbaik Malaysia - Kulit Makin Sihat dan Tidak Berminyak

Taraaa... Pencuci muka baru...
Kali ni pencuci muka Aloe AC Clean Bubble Cleanser dari Hansaegee Nature.
Rasanya dah tak asing lagi dah produk Hansaegee Nature ni di kalangan wanita Malaysia ni.
Mama Yan je terlambat sikit gunakannya.
Mama Yan Google juga tentang feed back pengguna produk Hansaegee Nature ni,
Ohh... memang banyak feedback dan review yang helok helok rupanya.
Jadi memang tak salah MY nak cuba.

Kulit wajah MY memang takde masalah teruk teruk,
seperti jerawat yang ekstrim.
Tapi sebab kulit MY ni jenis kulit kombinasi,
Bila pakai untuk kulit berminyak, 
bahagian pipi dan sekitar tepi bibir akan jadi kering dan menggelupas.
Bila MY gunakan pencuci muka untuk kulit kering,
Bahagian dahi dan hidung pula akan sakan berminyak.
Jadi, penggunaan Aloe AC Bubble Cleanser ni memang pilihan yang tepat untuk kulit muka Mama Yan nampaknya kerana ia dicipta untuk semua jenis kulit termasuk yang memiliki masalah kulit sensitif.

Hansaegee Nature

Kelebihan Aloe AC Bubble Cleanser dari Hansaegee Nature

1) Pencuci Muka Water Based
2) Pencuci Muka untuk Kulit Berminyak - Deep Clean Pores
3) Aloe Vera Cleanser Boleh Melembapkan Kulit
4) Pencuci Muka untuk Semua Jenis Kulit
5) Ingredients yang Dapat Membantu Masalah Jerawat
6) No Harmful Ingredients
7) Bau yang Segar dan Natural


1) Pencuci Muka Water Based

Dalam botol ni sebenarnya cecair, tapi bila pam,
dia akan jadi bentuk watery bubble foam (buih halus berair) yang lembut dan ringan .
Tengok gambar Mama Yan pump cleanser aloe vera ni,
Bubble yang keluar ni so soft and watery kann...

2) Pencuci Muka untuk Kulit Berminyak - Deep Clean Pores



Kenapa cleanser ni boleh cuci sampai ke dalam pori? 
Ini kerana buih buih pencuci muka aloe vera ni teksturnya memang halus dan sangat berair (watery).
Tekstur cleanser aloe vera yang halus dan watery ni memang berkesan untuk cucian mendalam kerana small particles lebih mudah nak penetrates masuk ke liang pori. 
Dengan kaedah ini, orang yang memiliki kulit berminyak pun takkan kelihatan kusam lagi,
malahan akan tampak lebih berseri dan lebih segar.

Cuba tengok gambar gambar Mama Yan sebelum dan selepas cuci muka tu,
Nampak lebih segar selepas cuci muka.
pencuci muka terbaik ni boleh mencuci excess sebum tau,
jadi memang akan membersihkan semua pores kita tu,
Kulit muka Mama Yan ni jenis kulit kombinasi, 
rasa kulit lembab je dengan menggunakan pencuci muka aloe vera untuk kulit berminyak ni

Dah lama tak selfie muka sebesar dulang tanpa filter ni.
Tanpa filter ye...
Boleh kira berapa biji tahy lalat Mama Yan kat muka tu.
Pori besar pun semakin kecil jika bijak memilih pembersih muka tau.
Nampak memantul bahagian tulang pipi dan bawah mata tanpa liang pori yang macam kawah. 
Kulit, kalau liang pori tersumbat, akan mendatangkan masalah jerawat.
Kalau liang pori aktif keluarkan sebum tapi tidak 

3) Aloe Vera Cleanser Boleh Melembapkan Kulit

Cleanser aloe vera ni memang sesuai untuk semua jenis kulit.
Pencuci muka untuk kulit kering, sesuai juga untuk kulit berminyak,
Dan tak terkecuali untuk kulit kombinasi macam Mama Yan ni.
Kulit MY ni, terlalu kering di bahagian pipi,
tetapi sangat berminyak di sekitar dahi dan hidung.
Tetapi dengan menggunakan pencuci muka aloe vera terbaik ni,
kulit lebih lembab dengan dan fresh dengan lebih sekata.
Ini kerana pencuci muka aloe vera ada bahan aloe vera dan glycerin di mana ia dapat melambabkan kulit,
Kulit tidak merengsa atau mengering, tetapi penuh dengan kelembapan semulajadi.


4) Pencuci Muka untuk Semua Jenis Kulit

Kenapa MY cakap pencuci muka aloe vera ni sesuai sangat dengan kulit muka kombinasi kering dan berminyak?
Sebab, kat bahagian kulit muka yang kering tu, 
ada kandungan aloe vera yang dapat melembabkan kulit.
Di bahagian muka yang kuat berminyak pula,
ada tea tree oil yang mengawal minyak.
Cleanser terbaik ni dapat remove minyak dan sebum yang berlebihan.
Jadi, kulit akan kurang berminyak.
Haa..nampak tak.. memang pencuci muka aloe vera ni memang the best cleanser untuk kulit kombinasi dan berminyak
Skincare tips untuk kulit berminyak ni,
 jangan guna pencuci muka jenis sabun muka yang mengeringkan,
Tetapi, gunakan pencuci muka untuk kulit berminyak yang dapat memberikan lembapan kepada kulit.
Kulit yang aktif berminyak turut memerlukan pelembab dan pencuci yang tidak mengeringkan seperti Pencuci muka aloe vera ni.
Kalau guna cleanser ni sebelum tidur,
Bangun tidur esok pagi kita akan rasa kulit maintain lembab dan kurang berminyak. 

5) Ingredients yang Dapat Membantu Masalah Jerawat

Buih pembersih muka yang ohsem sangat ni juga mengandungi 6 jenis minyak pati (essentiol oil).
Dua bahan utama dalam penghasilannya adalah Aloe Vera dan Tea Tree Oil. Kedua-dua bahan utama ini sangat banyak khasiat kepada kulit.
Jus daun Aloe Vera ni bersifat anti-radang dan sangat bagus dalam memberikan :
-kelembapan pada kulit
-Membersihkan kulit
- melegakan kesan selaran matahari
-merawat jerawat
- mengurangkan noda

Manakala Minyak Tea tree pula bersifat anti-fungus (kulat) :-
- Melicinkan kulit
- Merawat jerawat dan parut
- membersihkan kulit
- Mengurangkan jangkitan

Jadi, dengan semua sifat sifat dua bahan utama di atas, 
Ianya sangat sesuai untuk mereka dengan masalah kulit muka yang berjerawat, berminyak atau kering.
Setiap cucian wajah dengan menggunakan Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni hanya ada rasa yang segar selesa sahaja,
Tiada lagi masalah kulit rasa kering, meregang atau merengsa selepas mencuci muka,
Tiada lagi rasa pedih atau rasa terbakar pada jerawat.
Malahan ia mempercepatkan proses jerawat mengecut.
Mama Yan suka sangat aloe vera cleanser ni,
Memang cleanser terbaik.
Boleh jadi cara mencegah jerawat juga tau!.

6) No Harmful Ingredients

 Mestilah orang nak tahu bahan aktif yang terkandung dalam pencuci muka ni kan,
Zaman sekarang dah moden,
Semua orang dah bijak memilih.
Mesti nak baca dulu bahagian ingredient dia.
Dan MY mestilah nak bagitau yang pencuci muka Aloe AC Clean Bubble ni TAK mengandungi paraben, TAK mengandungi Sulfate dan TAK mengandungi alkohol.
Senarai bahan ada tertulis pada kotaknya.

Produk buatan Korea ni tidak diuji ke atas haiwan ya.. Jadi kepada pecinta haiwan di luar sana jangan risau okay.
Pencuci muka Aloe AC Bubble Cleanser ni diperbuat dari bahan semulajadi dan tidak ada penggunaan bahan kimia yang merbahaya seperti merkuri atau hidrokuinon yang boleh merosakkan kulit.
Sememangnya, aloe vera cleanser  i pencuci muka untuk semua jenis kulit.


7) Bau yang Segar dan Natural


MY suka bau dia yang fresh, light, natural dan tidak menyengat hidung.
Ada bau natural pokok pokok hasil penggunaan bahan semulajadi sebagai bahan utama. 

Skincare Tips - Cara Guna Pencuci Muka Aloe Vera

Rasanya, ramai yang dah tahu tentang langkah langkah asas rutin penjagaan kulit muka.
Mula-mula cuci muka, kemudian toner, lepas tu moisturizer, last sekali apply sunblock. Kat tengah tengah rutin tu ada juga step exfoliator, masking dan penggunaan serum juga. 
Tapi, apa apa pun, langkah pertama dalam rutin penjagaan wajah adalah pemilihan pencuci muka.
Apabila menggunakan pencuci muka yang tepat dengan jenis kulit,
Step step lain kat atas sana akan jadi lebih mudah.

Senang je nak guna pencuci muka ni... 
Meh Mama Yan tunjuk step cuci muka satu persatu.

Cuma basahkan muka kita dengan air. 


 Kemudian, pamkan bubble cleanser ke atas tapak tangan. 
Jangan lupa, mesti basahkan tangan tau.

Kemudian, ratakan ke seluruh muka dengan gerakan urutan bulat bulat.
Circular motion la kata omputih.

Gosok gosok lembut je..Tak payah tonyoh beria.

Ratakan buih di bawah dagu dan leher juga ye, jangan lupa pula.

Lepastu, bilas bersih dan keringkan muka.
Lap muka menggunakan tisu atau tuala bersih.
memang terasa segar dan lembab.
Langsung takde rasa cekang atau merengsakan.

Kesan penggunaan Aloe AC Clean Bubble Cleanser dari Hansaegee Nature

Mama Yan sangat berpuas hati dengan hasil menggunakan pencuci muka aloe vera ni.
Kulit jadi semakin sihat dan lembab, 
Makin awet mudalah nampaknya MY nanti.
bila bangun tidur kan,
Dah tak rasa muka terlalu berminyak sakan.
Kulit yang sihat dan tidak ada sel kulit mati menempel di bahagian muka,
Bila pakai bedak untuk bersolek,
bukan aje mudah untuk mengenakan alat solekan,
Tapi juga, alat solekan akan tahan lebih lama pada wajah.

Sejak menggunakan Aloe vera cleanser dari Hansaegee ni,
Suka betul tangan MY ni usap usap pipi sendiri,
Rasa macam makin licin dan gebu aje kulit.
Lepas ni MY nak belikan si anak bujang MY tu pula.
Jerawatnya tengah bermaharajalela di bahagian dahi.
Dah guna macam macam produk pencuci muka khas untuk lelaki dan untuk acne treatment,
Tapi tak berkesan.
Nampaknya memang kena belikan dia cleanser untuk kulit berminyak yang sama macam mama dia jugalah.
Anak zaman sekarang ni pelik,
Banyak sangat tengok drama Korea agaknya.
Sibuk nak jaga kulit muka.
Zaman MY sekolah dulu,
Tengok muka sendiri pun tak lalu,
Berkilat macam orang minyak, cuci muka pun pakai sabun buku.
hahaahaha

Oh ya...
Bagi yang nakkan kulit lebih sihat dan cantik,
Nak kulit yang lebih muda...
Boleh dapatkan Aloe AC Clean Bubble Cleanser Hansaegee Nature dengan melayari link tree yang disediakan di bawah okay.


1 comment:

  1. Saya pun kulit kombinasi. Pandai kering bahagian tepi bibir. Tapi perasan kulit muka menjadi sekata setelah amalkan minum jus buah segar setiap hari.

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad