Selagi Syawal tak habis,
Rasanya tidaklah berdosa kalau cerita pasal raya kan...
Mama Yan nak tunjuk hidangan dan lauk pauk semasa 1 Syawal di rumah keluarga mentua di Segamat.
Bekas buffet yang kakak ipar beli di shopee.
Sangat praktikal,
sebab kat kampung banyak lalat.
Zaman dulu letak dalam besen plastik dan tutup surat khabar je.
Lagipun dulu dulu takde duit nak beli beli bekas macam ni...
Ada ayam goreng...
ni untuk cucu cucunya lah..
Daging yang dimasak dengan kelapa dan diperisakan dengan bawang, bawang putih, halia, asam jawa, garam, gula dan lain lain lagi.
Proses pembuatannya sangat lama.
Berjam jam lamanya..
Kena sentiasa dikacau pula,
Kalau tak kelapa akan hangit dan melekat pada permukaan kuali.
Tapi kali ni mentua buat sekuali aje.
Dulu dulu,
Buat sampai sekawah.
MY dan suami pernah jadi tukang godak.
Cramp oii...
Tapi sekarang dah surrender la nak godak serondeng
ada kuah lodeh.
Kuah lodeh ni MY yang masak.
Tapi, kakak ipar yang siapkan bahan bahan.
Tak tau dia bangun pukul berapa siapkan bahan.
Lepas Subuh MY pergi dapur,
Sayur dah siap potong,
rencah tumis dah siap kisar.
tinggal nak seng dalam periuk je.
Kami guna santan kotak je.
Sebab santan yang kami beli dan simpan dalam peti ais rosak.
Nasib baik sebelum tuang dalam periuk Mama Yan cium dulu.
Kalau tak, habislah seperiuk terbuang.
Sambal goreng Jawa.
Yang ni pun MY yang masak.
Tapi, mak mentua duduk sebelah.
Hahahah....
Lepas ni taruk ni..
Lepas ni taruk tu...
Garam lagi sikit...
Gula lagi sikit...
Taruk kicap sikit.
Sambal goreng ni bukan MY punya kepakaran.
Ni betul betul Javanese tradisional cuisine.
Mama Yan boleh jadi tukang koseng kat kuali ajelah.
Lagipun mak mentua MY dah tua.
Tangannya pun dah tak boleh buat kerja lepas mastektomi dulu tu (mastektomi adalah istilah yang digunakan untuk membuang satu payudara, atau seluruh payudara, atau nodus limfa di bahagian ketiak.)
Ayam sambal.
Ni hidangan yang wajib ada untuk setiap kali keraian.
Kenduri tahlil ke, doa selamat, hari jadi ke, raya ke...
Ayam sambal wajib ada.
Jangan tanya kenapa... sebab takde jawapannya.
Mama Yan pun tak pernah tanya.
Orang suruh masak, kita masak.
Tanya je...
Lepas ni nak letak apa?
Ni dah boleh letak?
Nak kacau sampai bila ni?
gitulah ye bila di rumah mentua..
automatik jadi boddo...
Padahal bukan tak pernah masak ayam sambal ni kat rumah sendiri...
Tapi kita hormat cara keluarga mentua,
Takut ada yang tak sama...
Merendah diri pun tak rugi apa apa..
Lagi dapat ilmu baru..ye dak?
Sambal kacang ni pun MY yang masakkan.
Masakkan aje..
Tapi bahan MY tak tahu sangat sukatannya.
Tapi tu takpe... Boleh cari kat blog.
MY cuma nak belajar stepnya,, tekniknya..
Masuk apa...lepas tu masuk apa...
nak masak sampai jadi macam mana...
Daging pula dihiris oleh anak anak saudara.
Last sekali,
Ketupat.
Tahun ni pakai ketupat segera aje.
Yang ni MY tak buat.
Potong pun tak.
Biras MY yang potongkan
Eh...ada lagi ni hidangan yang tak ada dalam gambar.
Lemang!
Yaaa... lemang.
Seharian mengerjakan lemang.
Ambikkk..
Harap harap tahun depan dah takde orang dah minta buat lemang.
Letih weh.
Kalau nak, beli ajelah.... hahaha...
Asyik sibukkan hal makanan...
Sampai lupa nak bergambar di pagi hari raya
Gambar dengan mentua dan ipar duai sekeping pun takde.
Raya kat mana mana pun... MY okay je.
Kampung mentua pun ok..
Kampung sediri pun ok..
Dah tua tua ni...
kita jangan banyak sangat fikir hal remeh temeh.
Gembira aje walau di mana berada.
Tenang is good kata netijen.
Meriahnya lauk-pauk raya MY... selamat hari raya MY sekeluarga.. maaf zahir & batin
ReplyDeleteMeriah betul. Sedap makan ramai-ramai.
ReplyDeleteKalau jadi tukang kacau atau masuk bahan memang senang sedikit, ikut sahaja kata orang.
ReplyDeletedah 11Syawal ni bila tengok juadah raya dah teringin semula...selamat hari raya akak&keluarga
ReplyDeleteMeriah hidangan raya. Semua nampak sedap belaka. 😋 Saya tahun ni belum rasa lagi nasi impit dengan kuah kacang, lemang pun sama. 😁
ReplyDeleteTenang-tenang saja nampaknya MY memasak mengikut arahan. Takpelah jadi boddo sekejap asalkan kita disenangi ipar duai. Hurmmm, rasanya sebelum habis Syawal ni nak kena repeat jugak la menu raya.
ReplyDeleteslmt hari raya maaf zahir batin
ReplyDeletesetujuuu dimana pun tetap Raya he hee dah tua2 ni kan
Yeah! Ketupat wajib!
ReplyDeleteSelamat hari raya kita!
alhamdulillah..meriah menu2nya
ReplyDeletesama la kita..amik tender masak kuah lodeh.. :-)