Ni sarapan kami masa hari raya kedua hari tu.
Ketupat goreng.
Sebab banyak sangat ketupat lebih.
Mak masak tak banyak pun sebenarnya,
Tapi ramai sangat yang munjung bagi ketupat.
Munjung tu amalan orang kat sini..
berkirim kirim dan bertukar juadah sempena hari raya.
sebesen Mama Yan potong ketupat.
Tu pun ketupat daun banyak yang dah basi,
dah berbau dan berlendir.
Sayang sungguh.
Tapi nak buat macam mana.
kita juga dituntut untuk makan secara sederhana.
Nak sumbat dalam peti ais,
sampai dah tak muat dah peti ais kat rumah tu.
Ada 3 biji peti ais, semuanya penuh.
untuk buat ketupat goreng ni,
ketupat mini tu MY potong kepada 6 bahagian.
Nak bagi dia lebih mesra dengan bumbu.
Bahan bahan bumbunya,
macam biasa aje lah..
Macam nak buat nasi goreng cili kering je.
Bawang, bawang putih, ikan bilis, cili kering.
perasakan dengan garam gula dan aji kalau suka.
Kuantiti agak agak je semuanya...
Masak sampai bumbunya garing atau pecah minyak
Kemudian masukkan ketupatnya,
Masukkan juga telur.
kalau tak,
bumbu dia tak lekat kat ketupat.
ni anak MY yang ambil gambar.
penuh cahaya keimanan tu..
sebab tu lah masakannya makin sedap.
keliling dapur tu biasalah,
Rumah kampung kan.
Tu tangan mak mentua MY tengah tabur hirisan daun bawang dan daun sup.
Baguskan regu mentua menantu ni.
Bekerjasama kat dapur.
Mentari pagi menerobos memasuki ruang dapur.
Patutla semakin glowing duduk kat dapur ni pagi pagi.
berpeluh jugaklah menggodak kuali pagi pagi dengan disirami mentari merah dari ufuk timur.
taraaa...
dah siap dah ketupat goreng untuk sarapan kami sekeluarga.
Anak anak MY tak makan.
Diorang makan memilih.
Malas nak layan.
Biarlah makcik diorang yang melayan.
tahun ni kami tak sempat nak buat ketupat goreng licin semuanya
ReplyDeleteAik? Uncle baru tau ni....
ReplyDeleteNampak sedap.
ReplyDeletebaru tahu boleh buat ketupat goreng. makan macam ni nampak lagi sedap..
ReplyDeleteSedapnya... 😋 Dah lama tak makan ketupat goreng.
ReplyDeleteSelalu jugak buat mcm ni bila kuah kacang dah habis dulu..
ReplyDelete