Majlis berbuka puasa syarikat di Pulai Spring Resort - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Monday, May 1, 2023

Majlis berbuka puasa syarikat di Pulai Spring Resort

Raya dah seminggu,
Tapi MY baru berpeluang nak up story berbuka puasa syarikat.
Haishhh...
Kalau macam ni rupa la...
Lambat lagi la nak jadi blogger tersohor yang dapat banyak banyak job.
Lembab nau hapdet story.
Tapi takpe,
Ni story sendiri je..
Lebih pada coretan kenangan.
Kami memilih Buffet Ala Bazar 28 Hari,Gleneagles Restaurant, 
di Pulai Spring Resort pada hari Sabtu 15 April yang lalu
Selain semua staf & family, kami juga menjemput sub kontraktor serta klien & keluarga.
Ni kali kedua dah buat majlis berbuka puasa kat Pulai Spring ni.


Mak mentua Mama Yan pun ada sekali sebab esoknya mak ada temujanji mammogram di HSA.
Yang speckie baju hitam tu anak buah suami,
sekarang kerja dengan suami sebagai site supervisor.
sebab dia masih single,
kamilah keluarga dia.

Ni pasangan kembar kami.
Kembar lelaki yang tak reti penat duduk bangun duduk bangun ulang ambil makanan.
Memang berbaloi bayar buffet budak Ucid ni

Haishhh...menda la ambik gambar time orang tak ready ni.?
Nyampah betul..hahaha...
Yang baju merah tu... engineer kami.
besar baktinya dalam membangunkan syarikat kami.
Dengan staf lain tak sempat nak bergambar...
Sorang lagi staf perempuan kami,
Keguguran kandungannya pada hari yang sama.
Harap harap cepat sembuh dan cepat dapat baby baru.
Nak tumpang rezeki baby....

Ha..ni wakil senior site supervisor kami...
Wady Junior...
papanya busy ke hulu ke hilir layan anak anak lain ambil makanan.
Kita tangkap yang paling kecik ni..
Bila main dengan baby,
Rindu nak ada baby..
Tapi taknak lalui dah fasa fasa mabuk, sakit pinggang semua tu..hahaha

Alhamdulillah... sejak syarikat ditubuhkan..setiap tahun ada je berita isteri isteri staf atau staf mengandung dan melahirkan.
Kami okay je..
walaupun syarikat kecil,
tapi sama sama ikhlas meraikan malaikat kecil yang hadir dalam keluarga kami.

Ni pinggan suami...
dia makan ni je... lepas tu buah dan air.
Banyak merayap ke meja meja orang lain.
berbual dah beramah mesra dengan kawan kawan

Ni pulak pinggan MY.
Semuanya rasa pahit.... hahaha
Sebab tekak MY yang pahit.
Masa ni gastrik tengah teruk.
Asyik muntah cecair hijau/kuning tu je.
Tekak pun rasa pahit/masam.
Padahal anak anak kata nasi tu sedap gila kot.
Apa boleh buat?
Masa tu tak berapa sihat.
Suami ambilkan kambing golek kegemaran pun jamah sikit je.
Macam tu lah bila kurang sihat ye...
Selera takde....huhuhu...
Kena minta repeat nampaknya..hahaha

Sebab tak sihat juga,
Takde mood nak ambil ambil gambar makanan...
Ingat nak duduk je diam diam kat meja,
Tapi suami heret bawa kat meja meja lain untuk berkenalan dengan klien dan tegur isteri sub kontraktor.
Nanti taklah orang kata sombong.
MY tak sombong,
cuma lambat panas aje sebenarnya.

Harap harap, Tahun depan ada rezeki lebih untuk jamuan berbuka puasa lagi..
Aminn...


Tapi ada juga beberapa orang yang tak dapat hadir last minutes.
Kita pun malas nak pening kepala cari pengganti.
Burned.



 

2 comments:

  1. Semoga ditambah2 lagi rezeki bos yang pemurah ni.

    ReplyDelete
  2. Rezeki dikongsi bersama, Insha Allah bertambah berkatnya 🤲

    Selamat Hari Raya MY ⭐🌜

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad