Ni kisah hujung minggu lepas,
sekolah anak buat mesyuarat PIBG.
Dah dua tahun dah meeting atas talian.
Tahun ni meeting juga bawah dewan...
Alhamdulillah...
lebih mudah dapat bermesyuarat secara bersemuka ni sebenarnya.
Mesyuarat bermula jam 8.30 pagi.
MY sampai awal juga,
dalam 8.20 gitu.
Tepat 8.30 terus majlis dimulakan.
Tak tunggu tunggu dah.
Ye lah..
Yang datang pun para ibu bapa kan..
Patutnya dah tak payah dah pengerusi panggil panggil sila penuhkan kerusi di bahagian hadan..
Yang di belakang sila ambil tempat.
Sila faham sendiri.
Nyanyian Negaraku dan lagu negeri Johor pun dimainkan.
Tapi ... ampun Johor..
Mama Yan belum hafal lagi lagu Negeri Johor.
Kalau ada lagunya boleh la ikut.
Cakk...
dapat hadiah cabutan bertuah.
Hamper jajan.
Pun dah seronok dah anak anak.
Menyambar macam piranha bukak jajan.
Macamlah tak pernah makan jajan.
Ada banyak sangat hadiah cabutan bertuah yang disediakan.
Antaranya, wang tunai 4 x RM100,
dua buah basikal,
periuk elektrik,
Sejadah,
Tupperware,
hamper dan lain lain lagi
Patung merah sebelah tu, MY beli.
Kelab guru sekolah tu ada buat jualan amal.
Barang barang terpakai.
Semua barang harga RM1.
Semua hasil jualan dimasukkan dalam tabung kelab guru.
So MY belilah satu masa nak balik tu.
Kesian dia takde orang nak beli.
Pada hari tu juga,
MY ada terima sekeping sijil penghargaan.
Alhamdulillah...
Bagi MY,
semua yang kita lakukan untuk masa depan anak anak kita.
Lagipun, MY bekerja dari rumah.
Takde masalah punchcard merah,
Takde HR nak bagi memo.
Semua atur sendiri.
Jadi takde masalah bagi Mama Yan untuk beri sokongan kepada aktiviti sekolah anak.
Sampai suami MY kata,
Maknya yang lagi aktif dengan aktiviti sekolah daripada anaknya yang sekolah tu..
hahaha...
Tahniah dapat hadirkan diri bermesyuarat.
ReplyDeleteAlhamdulillah
ReplyDeleteRezeki dapat hamper
Lumayan hadiah² yg disediakan 👍
ReplyDeletecongrats.... ok la balik meeting bawa buah tangan.. :-)
ReplyDeletetahniah menang cabutan bertuah
ReplyDelete