Ulat bulu naik daun - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Tuesday, May 23, 2023

Ulat bulu naik daun

Habis daun daun pokok rubber fig MY kena serangan ulat bulu hari tu.
Habis rosak pokok.



Mama Yan bancuh neem oil dan sabun,
kemudian, semburkan pada pokok.
Hilang semua ulat.
Ingatkan mati semua..
rupanya, masing masing sempat melarikan diri bersembunyi bawah daun.
Ye lah.. benda benda organik ni,
lambat sikit bertindak.
Ramai yang masih selamat menyorok bawah daun.
Hishh... geram betul MY masa tu.
Esoknya, ulat bulu tu cergas kembali.
Ambik aerosol serangga,
Habis semua bergulung tumpas.
Bahaya kalau dibiarkan sebab dia boleh berjangkit kat pokok pokok yang lain juga.
Buka tu aje,
Kalau kena kat suami dan anak anak,
Habislah bergaru semua.
Diorang semua ada alahan dengan habuk, dan ulat ulat ni semua.

Lepas tu, suami potong semua daun daun yang dah rosak dimakan ulat tu.
Sebabnya,
Mama Yan geli tengok daun tu berlubang lubang.
merinding bulu roma semua tengok daun yang rosak tu...
Ulat ulat ni pun makan daun yang muda aje.
Daun tua tak kena usik.
Pokok apa ye yang tak dimakan ulat bulu, siput, belalang?
Senang sikit nak bela





 

4 comments:

  1. boleh lagi MY amik gambar ye kalau dana dah merinding nengok segala ulat tu, dahla banyak halus-halus lak tu. Buat masa ni tanam pokok nanas takde ulat lagi MY ehehehhe...

    ReplyDelete
  2. Kemain hensem si ulat tu ya! Biashe dia tu!

    ReplyDelete
  3. Haa.. samalah kita tak boleh tengok lubang2 angkara ulat, hihi.

    ReplyDelete
  4. itu yang terjadi kat pokok terung Pak Zain...sampai hari ni dab beberapa bulan bunga banyak tapi x berbuah sekarang ada ulat bulu plak...

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad