Lontong untuk pesakit diabetic - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Monday, June 19, 2023

Lontong untuk pesakit diabetic

 

Lontong

Macam ni lah Mama Yan makan lontong.
panggil lontong,
tapi lontongnya takde pun dalam mangkuk tu.
Cuma ada kuah lodeh dan telur sebiji sahaja.

Kuah lodeh MY pun simple aje.
Cuma ada tempe, tauhu, kacang panjang, lobak merah dan kentang.
Itu aje yang di rumah, belasah je la.

MY disahkan menghidap diabetes sekitar pertengahan tahun 2020.
Sekarang dah 2023 dah.
Dah 3 tahun dah.
Tapi dalam tempoh 3 tahun tu,
asyiklah culas makan ubat.
Jaga diet?
Langsung tak...

Baru beberapa bulan ni la MY cuba kurangkan pengambilan gula dan makanan tinggi karbohidrat.
Makan telur dan lauk pauk serta sayur dalam kuah lodeh pun sebenarnya dah cukup mengenyangkan.
Cuma perasaan kita je yang rasa tak lengkap makan lontong tanpa nasi impit atau ketupatnya.
Padahal, boleh aje kenyang.

Memandangkan minggu lepas suami MY masuk hospital kerana ulser dalam perut dan usus,
makanya,
kenalah Mama Yan paksa diri untuk jaga pemakanan.
Kalau Mama Yan sakit, siapa nak jaga MY nanti?
Suami pun sakit juga..
huhuhu...
seram pula nak bayangkan.

Ajomlah kita perlahan lahan berhenti makan minum benda manis dan kurangkan pengambilan karbohidrat.
sebabnya, karbohidrat ni akan menjadi gula apabila dia masuk ke dalam badan.
Jadi, makan sekadar perlu sahaja.
Kalau dulu MY makan penuh pinggan,
Sekarang penuh satu senduk nasi sahaja sudah.

Harap harap dapat jaga pemakanan secara berterusan..
InsyaAllah
 


5 comments:

  1. Harap2 MY dapat kawal diabetes tu
    Dan semoga suami MY cepat sembuhnya

    ReplyDelete
  2. masa jumpa pakar obes aritu dia tekan kan supaya ambil makanan suku-suku - separuh je, jangan skip makan 3 kali sehari.

    ReplyDelete
  3. insya'Allah jom kita jaga pemakanan sesama!

    ReplyDelete
  4. tengah nak kurangkan juga pengambilan gula dengan karbo tu. fighting kak yan!

    ReplyDelete
  5. Mudah-mudahan MY terus istiqamah menjaga diet pemakanan. Jangan lupa amalkan minum air kosong banyak-banyak.

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad