Bila kita berblog hanya untuk suka suka,
tapi nak kena buat kontent SEO,
cari keyword,
nak kena buat task..
merosakkan mood untuk berblog Mama Yan je sudahnya,
Hmm..
Teruskan ajelah blog suam suam kuku Mama Yan ni,
Sebabnya,
Mama Yan memang tak suka buat benda secara terpaksa, dipaksa dan memaksa,
Bila rasa terpaksa, automatik passionate tu hilang.
Haishh... entahlah...
Nak berblog, tapi malasnya ya rabbi
Keyword yang panas panas ni,
Rasanya ia sangat sangat bergantung kepada isu semasa dan situasi.
ke tidak?
Begitulah ye,
Mama Yan memang tak mahir SEO, tak mahir komputer,
Tak mahir teknikal.
Rasa dah malas dah nak fikir fikir sangat.
Tulis aje apa yang seronok.
MY ada masuk satu group whatsapp pasal SEO ni,
Memang tunggu ketika nak kena tendang ajelah nampaknya...
Hihihi...
Sebab MY memang tak mampu nak buat tugasan.
Tugasan kat rumah ni pun macam tak cukup kaki tangan dah nak buat,
Tambah lagi nak buat tugasan lain dan research.
Pasrahlah dengan statistik trafik blog Mama Yan yang semakin hari semakin menjunam ni.
Kebelakangan ni pun,
idea macam terbantut.
Gambar pun selalu lupa nak ambil.
Bila takde gambar,
memang idea terus tandus.
Apalagi lagi nak keyword keyword bagai...
keyword Mama Yan hari ini ialah: apakah keyword ?
Dan sarapan Mama Yan pagi tadi ialah :
Nasi goreng cili padi kampung pedas meletop!
Betul, blogging ni kena santai2 je kalau tak hilang mood nak blogging. Bila datang mood rajin baru la belajar pasal SEO, keyword ni semua.
ReplyDeletekalau saya lagi la MY main hentam koromo tak pernah belajar bab SEO
ReplyDeleteBetullah tu KakYan. Kalau tulis santai santai ni syok banyak idea. kalau nak menulis dengan keyword. Aduii jem terus.
ReplyDeleteKak..apa Keyword blog akak..Entri letops la tu yang ada keyword Terrbaikk! kann..huhu.. Saya pun tak amek peduli sangat bab keyword..entah bila nak duduk dengan sifu Dan fikir entri berkaitan Keyword yang sebenar tu...Hoho
ReplyDeletetujuan asas blogging ialah menulis diari secara elektonik untuk dibaca orang ramai..selain SEO, pembaca boleh dapat dari komuniti, page dan rakan-rakan blogger sendiri...cabaran kini..tidak ramai yang suka membaca kerana video seperti Tiktok, Youtube dan FB Reel lebih disukai...apapun kemampuan blog tetap relevan dalam apa jua zaman
ReplyDelete