Suami masuk hospital - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Wednesday, June 21, 2023

Suami masuk hospital

Suami MY masuk wad selama 4 hari 3 malam di Hospital Columbia Asia, Iskandar Puteri.
Puncanya, sakit bahagian bawah perut selama 4 hari.
Terus doktor suruh masuk wad untuk buat beberapa ujian.
Doktor kata, kalau takde apa apa, 
Orang tak sakit perut sampai empat hari.

Sepanjang warded dari hari Sabtu hingga Selasa tu,
MY tak dibenarkan melawat dia pun.
Dah suami tak izinkan,
Takkanlah nak buat degil pula.
Lagipun di hospital tu ada doktor dan nurse yang jaga,
MY jaga dan uruskan anak je di rumah.


Antara sarapan suami ketika di ward.
Suami pula tak selera makan macam ni pagi pagi...
Air pula, hari hari air coklat.
Dia bawa paket segera Ali Cafe sendiri

Makan tengahari.
Suami MY kata,
Tak pernah waktu makan terjaga macam ni..
Hahaha...
Tu lah kan...
Selalu makan lambat...
Duduk hospital kena ikut waktu makan betul betul

Waktu makan malam di hospital agak awal.
Dia belum lapar lagi,
Cleaner dah datang nak angkat pinggan..

Kalau MY suka aje makan macam ni...
Sedap je...

Hasil daripada pemeriksaan yang dijalankan,
Doktor menemui ulser pada bahagian hujung perut,
Dan menemui 3 biji polip dalam usus.
Sampel polip yang telah diambil dan diuji,
Telah disahkan BUKAN kanser.
Alhamdulillah...
Syukur sangat sangat.

Doktor bekalkan ubat untuk seminggu dan alhamdulillah sekarang tak sakit lagi dah.
Cuma lagi tiga bulan doktor nak pantau lagi untuk pastikan polip tersebut betul betul dah takde.

Lepas dari keluar hospital,
MY limitkan suami daripada minum kopi A (bukan nama sebenar)
Selalunya, suami MY bancuh kopi tu paling kurang 4 sachet sehari..
Kali ni, limitkan 1 sachet aje sehari.
Sebenarnya, Lagi bagus kalau tak minum kafein buat masa ni.
So, MY belikan horlicks untuk suami.

Seram dengan sakit dalam perut ni,
bukan boleh sapu dengan minyak gamat. 
Harap harap suami MY terus sihat dan baik baik aje....




 

6 comments:

  1. Alhamdulillah.
    Hilang sakit yang ditanggung selama empat hari.
    Mudah-mudahan selepas ini baik-baik saja.

    ReplyDelete
  2. Semoga suami MY dikembalikan kesihatannya, insyaAllah, Amiiinnnn.

    ReplyDelete
  3. yelah suami MY takmo lah MY lawat dia uruskan anak-anak je kan, lelaki ni kalau masuk hospital dia suka jaga diri sendiri je. Mujur takde apa yg serius ya, moga 3bulan nanti pun ok jelah keputusannya ya MY.

    ReplyDelete
  4. Syafahullah ...
    Semoga kembali sihat dan dikembalikan kesihatan yg baik buat suami MY aamiin.

    ReplyDelete
  5. semoga diberikanNya kesembuhan segera buat suami Yan, aamiin

    ReplyDelete
  6. Semoga diberikan kesembuhan dan kesihatan yang berpanjangan.

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad