Awal bulan 6 hari tu kan ada cuti seminggu,
Jadi apa lagi,
Jomlah kita singgah melawat Wetland Studios yang terletak di Prsint 13, Putrajaya ni.
Singgah sekejap aje pun.
Ni gambar mula mula sampai di Taman Wetland tu.
Ayahnya turun kami dulu,
Kemudian pergi cari parking.
Kami pun ambil kesempatan untuk bergambar
Si Sarah tu pakai baju kurung sebab sebelum tu kami pergi kenduri kahwin rumah sepupu suami.
Tak pasal pasal jalan taman pakai baju kurung.
Nasib baik bawa sport shoes dalam kereta.
Dari kawasan parking ke studios adalah dalam 500 meter kena jalan kaki.
Wetland Studios ni dibuka setiap hari dari pukul 10 pagi hingga 7 malam.
Harga tiket masuk ke sini pula ialah :
Dewasa MyKad RM25
Warga Emas MyKad RM15
MyKid RM15
MyKad Kelainan Upaya RM12
untuk bukan warganegara :-
Dewasa RM40
Warga Emas RM20
Kanak-kanak RM20
Kelainan Upaya RM16.
Jangan lupa tunjukkan kad pengenalan semasa membeli tiket sebagai bukti anda adalah warganegara yang sah.
Takde apa lah nak cerita sangat sebab dalam FB page Wetland Studios lagi banyak info yang disalurkan.
Share gambar aje.
Dalamnya penuh lampu lampu beraneka warna.
Memang cantik.
Banyak juga replika replika dinosour,
gajah, orang utan, harimau, rama rama dan lain lain lagi.
Tapi masa MY datang kat sini, tengah cuti sekolah dan ia baru sahaja dibuka.
pengunjung sangat ramai sampai penyaman udara pun dah tak rasa nyaman.
Wetland studios ni bukan taman hiburan semata mata,
Tapi taman pendidikan juga.
Cuma kurang aktitviti interaksi dengan pengunjung.
ada VR ride,
kena bayar RM15 la pulak sorang.
Orang beratur punya la ramai.
Yang lain lebih kepada pameran.
Kawasan pun agak sempit.
Tak tahulah kalau waktu biasa lengang gila.
tapi sebab baru buka,
memang berhimpit himpit jadinya.
Cakk!!
jangan terkejut..
ambil gambar dengan kembar lain mak, lain bapak dan lain species.
Setakat nak layan anak anak, boleh la..
Bagi kita yang dewasa ni...
Biasa biasa aje..
Sebabnya asyik berlari kawal anak-anak..
Takut yang kecik tu mengganas,
rosak pulak lampu lampu dan patung yang KRU buat ni
Mama Yan tertinggal kamera360 dan handphone MY pula habis bateri.
Guna handphone lama MY,
kameranya dah biol sikit,
Flash dan shutter macam tak seiring.
tu yang tak banyak gambar boleh dimuatkan.
gambar semua tak lawa.
Okaylah..dah pergi sekali...
Semoga Wetland Studios lebih maju jaya dan lebih banyak aktiviti interaksi dengan pengunjung..
Anak2 tentu suka beriadah tempat macam ni
ReplyDelete