Masih kisah daging korban lagi,
Tapi bahagian paru la.
Mama Yan tak habis tolong adik beradik bahagikan daging dan tulang.
Apa yang dibungkuskan,
itulah yang kami bawa balik.
Sekali sampai rumah,
Mak aih.. satu plastik rupanya diorang bagi bawa balik paru.
jenuh la nak masak apa banyak banyak ni...
Ni kali pertama paru ni singgah kat rumah.
Selalu beli je kat pasar malam,
Paru sambal tu dalam dua cucuk jadilah untuk Mama Yan sorang ajepun.
Kali ni kena cuci dan masak sendiri.
Hmm..
kenalah google dan buat buat pandai ya..
MY potong dulu paru tu supaya jadi saiz yang lebih mudah dicuci dan direbus.
Ramai yang cadangkan rendam dengan air limau nipis,
Tapi takde limau nipis kat rumah ni.
Sebab kat rumah ada pokok limau purut dan buahnya pula besar besar,
Petik aje lah buat basuh paru ni.
Hiris limau purut,
Masukkan dalam bekas berisi paru dan masukkan air.
Rendam 10 minit.
Kemudian, gosok gosokkan limau purut kat paru.
Lepastu bilas bersih.
Jangan tinggal pula limau purut dalam bekas paru tu.
Kang ada yang sambal paru rasa tomyam pulak kang
Lepas dah basuh bersih bersih,
Kita rebus pula paru ni sampai empuk.
MY rebus guna periuk tekanan Noxxa je.
Setkan high pressure selama 30 minit.
Masa nak rebus tu,
Mama Yan letak 2 tangkai daun kari,
2 helai daun salam, dan 1 inci halia.
Daun daun ni kononnya nak hilangkan bau paru tu,
Air letak sama paras je dengan paru.
Tak payah banyak banyak,
Sebab nanti air dari dalam paru tu keluar.
Lepas 30 minit dalam periuk tekanan tinggi tu,
Keluarkan dan bolehlah dihiris serta dimasak ikut suka.
Dah terlebih empuk pula..
Lupa nak ambil gambar masa hiris,
Next boleh kurangkan kepada 25 minit aje.
Alhamdulillah...
Suami Mama Yan boleh makan.
Selalu dia tak makan paru ni,
Dia kata tak tertelan sebab ada bau dan rasa lembu yang kuat,
Tapi kali ni ok pulak.
Ucid dengan aril pun makan paru yang MY goreng hari tu.
Tapi gambar lauk paru lupa nak ambil.
Dah penat penat masak,
Rasa nak rehat je...
Lupa terus bahawasanya diri ini seorang blogger yang memerlukan gambar sebagai alat bantu trafik blog.
Banyak lagi lebihan paru yang dah direbus empuk dalam peti ais tu.
Siapa nak? meh datang rumah...hahaha
tq tqq ciknur dpt jga ni paru blh la ikut cara Yan
ReplyDeleteadik bg paru, kat umah suami dan ank bujang je mk.n yg lain x. goreng berlado sedapp suami kata
Tq share tipsnya MY... dlm peti pun ada paru lps korban hari tu masih bingung lg mcm mana nk masak sbb x pernah masak paru sebelum ni... beli je
ReplyDeleteParu fresh gini lagi sedap...
ReplyDeletelama beno 30 minit tu MY, 15minit ok dah rasanya tu... kalau dekat la dah mintak semangkuk dua paru tu boleh goreng atau buat sambal
ReplyDeletetu lah..terbenyek sikit.
Deleteabe kie x leh mkn paru. cuma makan perut je.
ReplyDeletePertama kali buat pun menjadi tu. Syabas MamaYan. Saya ni lagilah tak tahu sebab segala organ dalaman tak makan. huhu...
ReplyDelete