Mi bandung ni kan,
Kali pertama MY makan, kat Muar.
Masa tu pergi menziarahi ibu saudara suami di Hospital Muar.
Dalam perjalanan pulang dari Muar,
Kami pun singgah di satu gerai tepi jalan.
Gerai tu takde jual benda lain,
Dia memang jual mi bandung aje.
Ada macam macam mi bandungnya,
Mi bandung biasa,
Mi bandung daging,
Mi bandung udang galah,
Dan entah apa lagi lah.
Mama Yan pun dah tak ingat.
Tu jaman pakai 3310.
Takde ambil gambar gambar,
Lokasi yang tepat pun dah tak ingat.
Tapi memang sedap betul rasa mi bandung kat situ masa tu.
Rasa nak repeat lagi...
Tapi apakan daya,
Kami tak mampu nak repeat,
Masa tu, nak beli beras hujung bulan pun korek tabung... hahaha
Sekarang ni,
Kalau Mama Yan makan kat luar,
Kalau ada menu mi bandung kat kedai tu,
Memang MY order mi bandung.
Tapi,
Dah tak jumpa dah mi bandung yang betul betul sedap macam yang kali pertama Mama Yan jumpa tu.
MY memang tak tahu apa bahan bahan utama untuk buat kuah mi bandung,
Jadi, tak tahu nak cakap apa yang terkurang atau terlebih.
Baru baru ni, Mama Yan temankan suami pergi potong rambut,
Sementara suami dalam kedai rambut tu,
MY pergi la kedai makan selang beberapa buah kedai dari kedai gunting tu.
Nampak ada menu mi bandung,
Tak fikir dua kali, terus order.
Untuk Adik Mijan Mama Yan orderkan bakso mi kuning.
Tapi ni bandung kat kedai yang MY pergi ni,
Aduhaiii...
Pedas sangat,
Kuahnya cair sangat.
MY makan sikit, tak larat nak hadap kepedasannya.
Gaya pedas macam buat guna cili padi.
Bila dah sejuk,
MY kuis kuis la dengan sudu,
Ingat nak cari kalau kalau ada daging lagi dalam tu,
Tapi kuah yang tadinya cair
Bila sejuk dah jadi pekat likat pula...hahaha
Tambah tepung jagung ke?
Ke memang macam tu?
Maklumlah, selalu mi bandungnya sejuk dalam perut...
Tak sempat sejuk MY dah puntal sampai habis.
MY perhatikan sekeliling,
Ramai pelanggan dari negara jiran nampaknya,
Mengertilah MY bahawa mi bandung bukanlah kepakaran mereka.
Tapi kalau bakso, ayam penyet, pecel lele, ngam teruk la kut...
Bakso Adik Mijan tu MY yang makan bebola baksonya tu,
Mijan makan mi aje.
Kat sini mane bakso dia ada macam macam,
Megi bakso, bakso beranak, bakso meletop, bakso apa entah lagi tak ingat dah.
Ini hanyalah sekadar satu cerita..
Begitulah ye..
Orang lain dah main SEO..
Trafik juta juta..
Adsense ribu ribu sebulan...
Saya masih menulis diari makan mi bandung...muahaha...
saya pun menulis diari di blog...apa ada kesah SEO ke OIS ke..
ReplyDeleteSekarang ni ammi sebelum order mee bandung ammi akan tanya, ni mee bandung ori atau buat pakai sos? penah pegi 2-3 kedai kuahnya macam sos..tak ada kacang-kacang, tak ada rasa udang kering bagai. ehhhh ko dah kenapa?
tu lah..MY saspek diorang boh tepung jagung..hahaha
Deletekalau saya lagi suka baca blog santai2 macam ni MY..blog saya lagi la tak ambil peduli langsung SEO ke OIS
ReplyDeleteada pun geng...hahaha
DeletePH tetap setia & bahagia dgn blog :)
ReplyDeletePH kalau ke Muar mmg wajib order mee bandung...nak buat guna pes tak reti, tak sedap macam org lain buat huhu...
kan PH.. kita buatlah ampa yang membahagiakan diri kita
DeleteHujung Mei hari tu singgah makan mi bandung di Pagoh. Sedap. Cukup rasa.
ReplyDeleteMasa ada kerja di Pagoh, tak sempat nak cari mi bandung. selesai je kerja, berkejar balik rumah.
DeleteNak mi bandung sedap, kena makan di Muar atau Batu Pahat.
ReplyDeleteAkak pencinta mi bandung BP 😁
Tu lah.. kat pekan nanas ni, banyak makanan indonesia, nepal, bangla..sbb byk kilang kan.. citarasa antarabangsa gitu
DeleteSaya pun dulu makan mi bandung muar memang sedap. Teringat ingat sedapnya. Sekarang dah tak tahu mana yang sedap sebab mesti dah bertukar tukang masaknya. Luar dari Muar ni lagilah, lansung tak jumpa mi bandung sebenar. Semua fake.
ReplyDelete